Khamis, Mac 23, 2017

Kate Vanity Mirror

Kate Vanity Mirror | Assalamualaikum & hi readers 😁 For those yang mempunyai minat ke arah tatarias wajah atau bermekap, sudah semestinya punya impian untuk memiliki sebuah Kate Vanity Mirror. Macam Murni sendirilah memang teringin sangat nak ada cermin ajaib tu, mana taknya kadang jenuh weyhhh nak mekap guna cermin yang bersaiz kecil. Sesekali nak juga yang besar siap pasang lampu lagi.

Apa itu Kate Vanity Mirror

Bagi korang yang tak pernah dengar lagi Kate Vanity Mirror, Murni terangkan secara ringkas mengikut kefahaman Murni. Kalau salah mohon betulkan 😁. Kate Vanity Mirror merupakan sebuah cermin yang didatangkan dalam pelbagai saiz, reka bentuk, dan warna yang berbeza-beza dan ianya juga dilengkapi dengan hiasan lampu di bahagian tepi cermin bagi memberi kesan cahaya yang optimum.

Kebanyakan juru mekap seluruh dunia pastinya memiliki Kate Vanity Table & Mirror memasing yang lawa-lawa dan dipenuhi dengan syurga koleksi barangan mekap yang menjadi pujaan hati ❤ 


Kate Vanity Mirror
image via www.makeupmurahbynaomie.com

Impian Untuk Memiliki Kate Vanity Mirror

Kalaulah dapat sejibik cermin ajaib ni terus semangat nak berkarya conteng muka sendiri  😂😂😂 Murni ni selalu jugaklah usha harga cermin ajaib tu dekat website shopping online  harga dia kemain boleh tahanlah mahal banyak harga dia. Terus tak jadi beli haha. Memandangkan ianya hanyalah kehendak, bukanlah keperluan utama, Murni pun simpanlah impian nak memilikinya suatu hari nanti.

Sejak dua menjak ni, memang gatal sungguh tangan Murni nak praktis mekap. Bab praktis mekap sudah semestinya kena conteng muka sendiri dan kekadang anak buah Murni sendiri yang minta untuk dimekapkan 😂 Dengan hati yang gumbira macik dia sorang ni pun mekapkanlah.

Nah hasil mekap yang tak berapa kemas 😂😂😂

Kate Vanity Mirror
#makeupbymurnimy

Murni memang tak join mana-mana kelas mekap. Murni belajar sendiri cara macam mana nak mekap melalui video tutorial Make up by Bellaz. Setakat ni Murni dah kongsikan 4 makeup look yang berbeza di blog ni, if korang nak tengok hasil mekap Murni boleh klik [+] makeupbymurnimy . 

Tak lengkap rasanya bila bermekap kalau tak ada cermin yang bersaiz besar ditambah pula dengan sinaran cahaya lampu minyak tanah, eh! Perasaan dia tu lain macam sikit kalau dapat memiliki sebuah cermin ajaib yang dinamakan Kate Vanity Mirror. Sapa nak 🙋🙋🙋 MURNI MURNI MURNI . Moga ada rezeki Murni untuk memilikinya, aamiin

Kate Vanity Mirror Murah

Berita baik untuk korang yang nak beli Kate Vanity Mirror yang Murah, korang boleh try usha dekat page Makeup Murah by Naomie. Sumpah murah daripada yang Murni pernah survey dekat website shopping online sebelum ni.

Kate Vanity Mirror untuk Dimenangi

Kate Vanity Mirror

Bagi rakan blogger yang ingin memiliki sebuah Kate Vanity Mirror yang bernilai RM280.00, bolehlah sertai Contest Saya Nak Menang Kate Vanity Mirror yang dianjurkan oleh blogger Naomie Licouz. Info lanjut mengenai contest korang boleh klik banner di atas. Tarikh tutup contest pada 25 Mac 2017.

2 ulasan:

  1. good luck Murni ☺ boleh save bajet kalau dapat kate vanity mirror tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq NOUR ADIEB, boleh save banyak duit tak yah beli hihi

      Padam