Ruam Bayi Powder Penawar Pelbagai Masalah Kulit

November 24, 2016
Ruam Bayi Powder Penawar Pelbagai Masalah Kulit | Assalamualaikum & salam sejahtera. Pernah tak anda dengar mengenai produk Ruam Bayi Powder? Bagi anda yang belum mengenali produk ini sudah tentu tertanya-tanya apa fungsi dan kelebihan produk ini. Jangan risau mana yang baik mestilah dikongsi bersama. 

Sebelum Murni jelaskan dengan lebih lanjut produk Ruam Bayi Powder, Murni nak tanya ada tak di antara anda yang mengalami masalah penyakit kulit seperti psoriais, eczema, dan lain-lain penyakit kulit dan ingin mencuba rawatan alternatif untuk merawat penyakit tersebut mengikut cara Rasulullah S.A.W.? Jika ada, mohon angkat tangan eh! teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujungnya semoga bermanfaat ๐Ÿ˜‚

Tentang Ruam Bayi Powder 

Ruam Bayi Powder Penawar Pelbagai Masalah Kulit
Ruam Bayi Powder Penawar Pelbagai Masalah Kulit

Ruam Bayi Powder bukanlah sekadar bedak sejuk biasa, ia dikatakan dapat membantu untuk memulihkan hampir semua jenis penyakit kulit. Ia dihasilkan dari 100% tanah liat putih yang mengandungi mineral semulajadi bersama air galian yang telah ditapis secara khusus. Tahukah anda bahawa salah satu cara Nabi S.A.W mengubati penyakit kulit adalah dengan menggunakan tanah liat.
Dalam Sahih bukhari, Muslim diriwayatkan bahawa Aisyah ra berkata, "Jika seseorang mengadu mengenai kudis (penyakit kulit) atau luka, Rasulullah S.A.W meletakkan jejarinya sambil membaca: (maksudnya): "Bismillah, tanah bumi kami dengan campuran air liur di kalangan kami, disembuhkan orang sakit di kalangan kami dengan izin Tuhan kami." Kata Ibn Qayyim: "Manusia diciptakan dari Nabi Adam a.s dan Adam pula dijadikan oleh Allah S.W.T dari tanah, maka sebaik-baik penawar untuk segala penyakit kulit juga Insya Allah daripada tanah."
Produk Ruam Bayi Powder dihasilkan secara homemade warisan semulajadi turun-temurun yang diiktiraf oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL yang mana selamat untuk digunakan oleh bayi sehinggalah orang dewasa. Ianya dijamin HALAL, BERSIH & SUCI.

100% tanah liat putih yang mengandungi mineral semulajadi bersama air galian yang telah ditapis secara khusus.

Kelebihan Ruam Bayi Powder
๐Ÿ’• Menyerap segala kekotoran dan toksik yang terdapat pada kulit
๐Ÿ’• Cepat meresap dalam kulit dan akan terasa sejuk dan lembut
๐Ÿ’• Bebas paraben dan bahan-bahan kimia yang berbahaya
๐Ÿ’• Dapat mengurangkan ruam pada bayi
๐Ÿ’• Amat sesuai untuk semua jenis penyakit kulit
๐Ÿ’• Satu bekas boleh bertahan selama beberapa bulan.

Cara Penggunaan Ruam Bayi Powder
๐Ÿ’• Sapu pada kulit sensitif setiap hari terutama pada sebelah malam sebelum tidur
๐Ÿ’• Jika air di dalam bekas sudah kering, campur dengan air yang boleh diminum atau air yang bertapis sebaik-baiknya adalah air zam-zam. Jangan guna air paip kerana ia mengandungi klorin yang tidak baik untuk kulit.
๐Ÿ’• Jika keracunan makanan, gout dan gastrik, ambil secubit Ruam Bayi Powder bancuh dalam setengah gelas dengan air kosong biasa lepas tu minum
๐Ÿ’• Penjagaan pemakanan juga penting dan perbanyakkan minum air koong untuk mengelakkan kekeringan.

Testimoni Ruam Bayi Powder
Ruam Bayi Powder Penawar Pelbagai Masalah Kulit
Testimoni Ruam Bayi Powder
Ruam Bayi Powder Penawar Pelbagai Masalah Kulit
Testimoni Ruam Bayi Powder
Ruam Bayi Powder Penawar Pelbagai Masalah Kulit
Seluruh muka dan badan kena ekzema
Ruam Bayi Powder Penawar Pelbagai Masalah Kulit
Testimoni Ruam Bayi Powder

Review Ringkas Penggunaan Produk Ruam  Bayi Powder
Memandangkan Murni ada alergik dengan makanan laut, tapi degil nak makan juga even dalam kuantiti yang amat sedikit (selalu tergoda kalau mak masak hihi) alternatif terbaik yang Murni boleh cuba untuk merawat masalah gatal-gatal bila dah makan seafood adalah dengan menggunakan Ruam Bayi Powder ni. Alhamdulillah dalam masa beberapa hari penggunaannya dapatlah kurangkan rasa gatal-gatal tu. 

***Khas untuk makluman anda:

Ruam Bayi Powder (RBP) tidak pernah menukar packaging baru. Tindakan seetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menipu pelanggan untuk menjual produk tiruan yang kononnya mengaku lebih baik dari RBP. RBP sudah pun mempunyai ratusan testimoni dan masih menggunakan bahan-bahan tradisional yang diwarisi turun-temurun. RBP tidak diproses oleh kilang kerana pihak kami ingin menjaga kualiti dan sifat kesucian tanah yang ditapis khusus.

Bagi anda yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Ruam Bayi Powder ini, anda boleh klik mana-mana pautan link di bawah ini


https://ruambayi.wordpress.com/
http://www.bedakruambayiori.com/
Facebook: Bedak Ruam Bayi

Atau hubungi

Puan Nurul : 017 623 9935 (Produk Owner)  
En. Hafis : 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran).

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood

November 06, 2016

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hujung minggu macam ni baru Murni ada masa update blog mereput dalam bilik mengadap laptop hihi. Dah lama janji dekat IG @murnimohdyusof_mmy nak update blog pasai dinner bulan lepas. Tunggu punya tunggu gambar dari photog tak dak jugak, kecewa. Solusinya Murni gunakan jelah gambar ihsan dari kawan Murni biar berseri banyakkk entri kali ni haha.

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood
Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood

Murni berpeluang untuk sertai Majlis Makan Malam KWSP Sabah pada 08/10/2016 bertempat di Le Mรฉridien Kota Kinabalu Sabah. Majlis makan malam ni bertemakan bollywood fefiling macam Karisma Kapoor jap haha. Semua kos perbelanjaan beli baju, transport, dan tempat tinggal adalah Sendirian Berhad. Cuba teka berapa jumlah kos yang terlibat hihi Even poket rabak sekalipun, memori daun pisang yang tercipta tu yang tak boleh dilupakan. Rasa macam tak boleh move on lagi haha melampau sungguh.

Kami bertolak dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu menaiki bas pada waktu malam, 07/10/2016. Naik bas boleh jimat banyak tambang bas pun RM45 ja. Kalau diikutkan 8 jam masa perjalanan, tapi kan driver bas tu drive kemain laju serupa macam koboi boleh dia ambil masa 6 jam ja. Serius weyhh Murni pun tak boleh tidoq dengan tenang. Tobat tak mau dah naik bas tu. Matahari dah naik, kami pun gerak dari Terminal Bas Inanam ke Hotel Le Mรฉridien Kota Kinabalu Sabah. 

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood

Sampai hotel ja kami tak boleh check in lagi, so kami decide pi cari aksesori dulu. Then kami ada rehearsal tarian before check in. Semua cawangan kena buat persembahan tau time dinner ni dan Murni pun tak terkecuali kena juga menari. Baru tahu ada bakat terpendam, boleh menari rupanya haha. 

Ok tak mau cerita panjang lebar, siap awal mekap pun main hentam saja asal nampak comel sudah hihi. Ok jemput tengok gambaq kami na. 
Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood
Heading to Grand Ballroom Le Meridien Hotel

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood
Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood
Tarian Say Shava Shava. Maaf video tak boleh upload sebab kita malu

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood
Cabutan bertuah, semua dapat hadiah

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood

Majlis makan malam ni tamat dalam jam 12 tengah malam. Balik bilik kemas barang, tidoq. Hari minggu ingatkan ada bas gerak jam 9 or 10 pagi, kena ambil bas jam 2 ptg. Terpaksa jugaklah naik bas double decker. Even driver bas ni drive bas agak slow, rasa lebih selamat lagi dan part  yang paling best dapat menikmati view Gunung Kinabalu. Subhanallah cantik sangat. Sampai rumah kalau tak silap dalam jam 11 malam then esoknya kena pi keja haha

Ok tu ja memori daun pisang yang Murni nak share dekat hang pa semua. Alahai keluaq pulak bahasa utara, maaf tau ni kes sebab Murni rindu dengan tempat belajaq.