Alah Kepada Seafood, Tapi Nak Juga Makan

Jun 26, 2016
Alah Kepada Seafood, Tapi Nak Juga Makan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Pejam celik pejam celik tak lama lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Banyak dugaan dan cabaran yang dilalui sepanjang bulan mulia ni. Moga diri ni diberi kekuatan dan tabah. Dah lama sebenarnya Murni tak menulis tentang personal life di blog, rasa rindu pulak. Almaklumlah tak dak benda best pun nak dikongsikan. Tapi kali ni Murni just nak meluah rasa sedih yang meruntun jiwa haha.

Alah Kepada Seafood, Tapi Nak Juga Makan


Tiga minggu lepas, hari Khamis memang seronok sangat sebabnya kena belanja berbuka puasa, order makanan pun macam dah tak hengat dunia hihi. Terima kasih kak Tini sebab belanja, semoga Allah murahkan rezeki kak Tini sekeluarga. Bila Murni ikutkan sangat keinginan hati nak makan tomyam dan sayur kailan ikan masin, alahan seafood yang dialami memang tolak tepi. But at the end memakan diri sendiri. 

Ni sebahagian menu yang diorder, makanan yang selebihnya nak berbuka baru sampai tak dan nak snap gambar

Keesokan harinya, muka dah naik bintik merah-merah bila basuh muka memang terasa pedihnya. Sah mesti sebab makan tomyam semalam. Rasa macam tak nak pi kerja ja pagi tu, dahlah jumpa ramai orang terpaksa pakai mekap tebal. Memandangkan time tu hari Jumaat, waktu rehat Murni dari jam 11:30 a.m - 2:00 p.m, Murni ambil keputusan nak pi hospital lama tapi sayangnya tutup pula. Then, Murni pun terus jumpa bos maklumkan nak pi klinik panel. 

Kalau nak diikutkan time mengaji dulu, tomyam sememangnya one of my feveret food tau. Boleh dikatakan selalu jugaklah Murni makan tapi tak pernah pun kena alahan yang teruk. Masa di klinik panel tu, doktor ada beritahu kalau ada rasa sesak nafas dan selalu demam means alahan tu memang dah teruk sangat. Nasiblah dua-dua ni Murni tak alami, tapi tetap rasa alahan Murni ni macam dah teruk sangat haha. Merasa jugaklah Murni kena inject sampai empat kali sebab tak jumpa urat. Tak apalah relakan ja nak sembuh cepat kan.

Ubat Kurangkan Radang & Ubat Gatal-gatal/Selsema

Kalau ubat-ubat ni memang Murni tak suka makan tambah-tambah kalau terhidu bau dia. Terpaksa juga telan 7 biji time berbuka untuk lima hari berturut-turut. Time bersahur memang tak makan ubat bagi mengelakkan rasa mengantuk. Selepas seminggu, muka dah beransur baik. TAPI

Kata dah tobat tak mau dah makan seafood, then after a few days sekali lagi tewas dengan godaan masakan mak yang sedap hehe mak Murni masak sayur peria campur dengan udang. Lahai mana tak tergoda dahlah Murni memang suka makan sayur peria dengan udang yang membanjiri sayur. Sedap bak hang haha. Alahan Murni datang semula tau dalam minggu ni huhu degil sangat tak nak dengar cakap mak. 

Dah rasa malas nak pi klinik or hospital tak mau dah makan ubat or kena inject trauma kut kena inject sampai 4 kali. Tak suka. Ubat biji yang hari tu memang dah habis, so sekarang ni Murni just guna ubat sapu yang dibekalkan hari tu ja. Kali ni memang tekad dah tak nak makan seafood lagi, kena jaga muka sebab kerja bahagian perkhidmatan memang hari-hari akan jumpa orang. Malas dah nak pakai mekap tebal seinci haha

Ok dah lepaskan rindu nak menulis, tetiba datang rajin update blog. Semoga cepat sembuh sebelum raya hihi. Selamat menjalani ibadah puasa.

Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2016

Jun 18, 2016
Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2016 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hujung minggu macam ni bila tak ada benda yang nak dibuat sangat, barulah Murni ada kesempatan update blog. Murni nak ajak korang yang masih belum menyertai Raya Giveaway RM1000 by Nile.com.my bolehlah cecepat klik link yang berwarna untuk turut serta meriahkan giveaway ni.

Jualan Raya Meletop 2016

Jualan Raya Meletop 2016

5 item dari nile.com.my yang menjadi pilihan hati Murni tak lain tak bukan kalau bukan handbag or kasut. Full details mengenai kelima-lima item ni korang boleh klik pada gambar.

Jualan Raya Meletop 2016

Product: Mini shoulder bag
JLM2016 Sales price: RM6.50
Date: 22/06/2016
Time Start:11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 500 units only


Jualan Raya Meletop 2016


Product: Bow Design Princess Flats
JLM2016 Sales price: RM12.50
Date: 23/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 250 units only


Jualan Raya Meletop 2016

Product: Korean Style Chain Shoulder Bag
JLM2016 Sales price: RM13.90
Date: 30/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only

Jualan Raya Meletop 2016

Product: Shinny Surface Woman Flats
JLM2016 Sales price: RM11.90
Date: 29/06/2016
Time Start:11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 400 units only


Jualan Raya Meletop 2016

Product: Fashion 6-in-1 Women Bag
JLM2016 Sales price: RM42.90
Date: 20/06/2016
Time Start: 11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Mana tahu rezeki Murni tak pun rezeki korang menang wang tunai dari Nile.com.my:

  • RM 300 Duit Raya x 1 pemenang
  • RM 200 Duit Raya x 2 pemenang
  • RM 100 Duit Raya x 3 pemenang
Tarikh tutup untuk menghantar penyertaan 30 Jun 2016, 11:59 p.m. Semoga berjaya!

Jom Audit Diri Kita - Prof Dr Muhaya

Jun 18, 2016
Jom Audit Diri Kita - Prof Dr Muhaya | Assalamualaikum & salam sejahtera. Murni nak ajak semua  untuk sama- sama perbaiki diri dari semasa ke semasa dan sentiasa audit diri memasing. Macam mana nak audit diri kita? Nak tahu caranya kenalah baca antara 10 himpunan kata-kata Prof Dr Muhaya yang Murni petik melalui laman Facebook beliau. 

Jom Audit Diri Kita


Jom Audit Diri Kita - Prof Dr Muhaya, motivasi, nasihat

Tak perlu perubahan secara drastik kalau nak berubah ke arah kebaikan. Perlahan-lahan saja asalkan ianya berterusan.

10 Himpunan Kata-kata Prof Dr Muhaya

1. Hijrahlah diri kita, daripada kesedaran keegoan ke kesedaran ketuhanan, daripada mengikut nafsu kepada mengikut iman, daripada maksiat kepada taat, daripada didekati syaitan kepada didekati malaikat, dan daripada dosa kepada pahala. Jom audit

2. Semoga kita sibuk merasa di lihat Allah dan tidak sibuk merasa di lihat manusia. Jom audit dan latih diri ke arah ini yakni hidup paling tenang, nikmat dan membahagiakan merasakan kasih Allah setiap saat. Jom audit

3. Insya-Allah kita akan mendapat ketenangan dengan mengamalkan sikap suka memaafkan, walaupun terhadap orang yang melukakan hati kita atau menyakitkan fizikal kita. Amalkan tiga perkara yang dituntut dalam Islam. Pertama, hubungilah orang yang telah memutuskan hubungan dengan kita. Kedua, berilah kepada orang yang tidak memberi kepada kita. Ketiga, maafkanlah orang yang pernah menyakiti hati kita. Jom audit

4. Semoga kita sentiasa menjaga hati kita, agar merendahkan tahap ‘kesedaran keegoan’ kita. Iaitu tidak berasa kita lebih baik daripada sesiapa pun di dunia ini dan kita tidak menghina sesiapa pun, sebaliknya dikurniakan Allah kemuliaan hati untuk mengakui kesilapan dan memohon kemaafan serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Ingatlah bahawa, kesilapan yang paling besar adalah mengulangi kesilapan yang sama setelah kita sedar akan kesilapan kita. Jom audit

5. Kita tidak boleh mengawal apa-apa yang bakal berlaku dan telah pun berlaku ke atas kita, tetapi kita boleh mengawal reaksi kita terhadap apa-apa yang berlaku itu, sama ada perkara itu buruk atau baik. Semua reaksi kita itu melibatkan kawalan emosi yang akan melibatkan tindak-tanduk kita menjadi positif atau negatif, dan impaknya hasil kehidupan kita juga akan menjadi positif atau negatif. Kesabaran, kesyukuran dan keredaan merupakan respons positif, sebaliknya  kemarahan, ketidakpuasan dan kekecewaan  merupakan respons negatif.  Jom audit

6. Jom 'Reset Minda’ dan ubah cara kita melihat sesuatu, dengan terlebih dahulu menilai dan melihat diri sendiri dari segi perlakuan fizikal dan hati nurani. Kualiti hidup kita bergantung kepada kualiti emosi, dan kualiti emosi pula bergantung kepada fokus kita. Apabila kita fokus kepada perkara yang membahagiakan, kita akan sentiasa bahagia. Sebaliknya apabila kita fokus kepada kesusahan hidup, kemarahan dan kekecewaan kita terhadap seseorang, kita akan berduka, tidak berpuas hati dan tidak tahu menghargai apa yang kita miliki sampai bila-bila. Jom audit

7. Semoga kita semua berkata perkara yang baik pada diri sendiri dan orang lain. Dunia dalaman menentukan dunia luaran kita. Jom audit

8. Jom jaga akhlak kita tidak kira waktu. Supaya Allah tidak ambil nyawa kita bila kita sedang engkar pada Allah dan membuka aib sesama manusia. Jangan jual akhirat untuk habuan dunia yang sedikit dan sementara. Jom audit

9. Jom Sentiasa berdoa dapat cahaya dalam kubur yakni sedekah dan wudhu. Jika kita bakhil dan tidak solat bayangkan bagaimana alam kubur kira nanti? Kaum wanita jaga aurat dan solat. Jom audit

10. Jadilah diri kita yang sebenar, kerana orang yang menjadi dirinya yang  sebenar, merupakan seorang yang bervisi dan tidak hidup dalam kepura-puraan. Orang yang menerima hakikat dirinya yang sebenar,  hidup dengan penuh kesyukuran dan keredaan. Andainya hidup didatangi kejayaan demi kejayaan, mereka akan bersyukur dan yakin, bahawa semua yang mereka miliki itu bukan kerena kehebatan mereka, tetapi kehebatan Allah SWT yang meminjamkan kehebatan-Nya kepada mereka. Jom audit

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. 

Cantik dan Sihat dengan Produk Keluaran RF3 WORLD

Jun 17, 2016
Cantik dan Sihat dengan Produk Keluaran RF3 WORLD | Assalamualaikum & salam sejahtera. Sempena cuti Hari Kaamatan hari ini dan esok, ada baiknya Murni manfaatkan cuti Murni dengan menulis di blog. Bagi anda yang bercuti pada hari ini selamat bercuti dan beristirahat di samping famili atau sahabat handai dan kepada anda yang bekerja jangan malas kena rajin tau :)

Entri kali ni Murni akan kongsikan kepada anda mengenai produk-produk kecantikan dan kesihatan keluaran RF3 WORLD yang mendapat sambutan yang cukup baik di Malaysia dan untuk pengetahuan anda RF3 WORLD sudahpun berjaya tembusi pasaran antarabangsa.

Cantik dan Sihat dengan Produk Keluaran RF3 WORLD
Profil Syarikat RF3 World


Cantik dan Sihat dengan Produk Keluaran RF3 WORLD

Terdapat empat jenis produk kecatikan dan kesihatan keluaran RF3 WORLD yang mana acap kali mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna teridiri daripada kaum adam dan hawa yang ingin cantik dan sihat dalaman dan luaran, antara produk keluaran RF3 WORLD seperti berikut;

  1. Firmax3
  2. SoulMax3
  3. O2Max3
  4. Slimax3

Cantik dan Sihat dengan Produk Keluaran RF3 WORLD
Barisan Produk Keluaran RF3 WORLD

1. Firmax3

  • Krim pertama di Malaysia yang menggunakan kaedah terapi daripada bahan tumbuhan semulajadi dari seluruh negara.
  • Penstabil hormon bagi memulihkan hormon dalaman seterusnya dapat merawat pelbagai penyakit berpunca daripada ketidakseimbangan hormon seperti tekanan, menguruskan badan, dan menegangkan payudara dan sebagainya.
  • Menggunakan teknologi Nano untuk menegangkan kulit dan memperbaiki sel kulit

Klik [+] Kelebihan, Kandungan dan Cara Penggunaan krim Firmax3 

2. SoulMax3 

  • Produk minuman gabungan untuk kesihatan luaran dan dalaman yang menggunakan 7 teknologi dari 6 buah negara.
  • Berfungsi untuk membaiki sel-sel yang mati dan bertindak sebagai antioksidan yang terbaik untuk tubuh.
  • Kesan yang sangat positif pada kecantikan kulit, kesegaran tubuh badan, minda dan yang paling utana untuk menjalani kehidupan yang sihat.

3. O2Max3
  • Serum khusus untuk mencerahkan kulit dengan menggunakan oksigen sebagai penghantar serum menyerap masuk ke dalam kulit.
  • Berfungsi untuk membersihkan, memperbaiki dan memutihkan wajah serta membunuh bakteria.
  • Pada masa yang sama ia boleh mengubah tekstur kulit agar kelihatan licin dan cantik, menghidrat dan menambah antioksida pada permukaan kulit, menambah baik penampilan kulit, tekstur, seri dan gaya hidup seseorang.

4. SliMax3
  • Bukan pil kurus, losyen atau krim kurus. SliMa3 menggunakan teknologi Monte Carlo yang berasaskan Gel Air yang mudah menyerap, tidak melekit dan tidak panas. Mengandungi 19 ramuan terpilih yang dapat memberi kesan pantas.
  • Kelebihan SliMax3 dapat membantu mencairkan darah dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh terutamanya pada bahagian yang berlemak, di samping dapat membantu membakar lemak secara maksima dan dapat mengurangkan masalah selulit.

Adakah Produk RF3 WORLD Selamat Untuk Digunakan?

Cantik dan Sihat dengan Produk Keluaran RF3 WORLD
Produk RF3 WORLD dapat kelulusan KKM

Jawapannya, YA. Kesemua produk keluaran syarikat RF3 World adalah selamat untuk digunakan kerana telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM dan disahkan HALAL oleh pihak JAKIM. RF3 WORLD juga memiliki Amalan Pengilangan Yang Baik atau Good Manufacturing Practices (GMP)

***Artikel Cantik dan Sihat dengan Produk Keluaran Rf3 WORLD ni merupakan entri sokongan bagi Contest Cari Duit Raya 2016 yang dianjurkan oleh blogger AkmaOmar.com. Jemput baca artikel [+] RF3 World Firmax3 Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai krim hebat yang memberi banyak manfaat kepada penggunanya.

TudungSiComel Mudah, Lembut dan Selesa Untuk Kanak-kanak

Jun 09, 2016



TudungSiComel Mudah, Lembut dan Selesa Untuk Kanak-kanak | Assalamualaikum & salam sejahtera. Entri ini ditujukan khas untuk golongan yang bergelar mak dan ayah dan umum kepada sesiapa sahaja yang membaca entri ini. 

TudungSiComel Mudah, Lembut dan Selesa Untuk Kanak-kanak

Murni nak perkenalkan kepada anda dengan satu website yang menjual tudung kanak-kanak yang mana ianya merupakan salah satu pembekal tudung kanak-kanak di Malaysia dan telah dikenali sejak tahun 2013 lagi. Website yang Murni maksudkan ialah TudungSiComel.com. Selain daripada tudung kanak-kanak, TudungSiComel turut menjual jubah, telekung kanak-kanak dan aksesori.

tudung kanak-kanak, tudung kanak-kanak online 2015, pembekal tudung kanak-kanak
TudungSiComel Mudah, Lembut dan Selesa


Mengenai TudungSiComel.com

TudungSiComel.com merupakan antara Pembekal Utama Tudung Kanak-kanak di Malaysia dengan hasrat untuk memudahkan terutamanya rakyat Malaysia bagi mendapatkan tudung kanak-kanak yang berkualiti dengan nilai hebat.
“Misi kita adalah untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda. Kita percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya" 

TudungSiComel ditubuhkan pada tahun 2013. Pengasasnya merupakan seorang bekas pegawai tentera yang pernah berkhidmat dengan TUDM selama 12 tahun sebelum menamatkan perkhidmatan. 

Beliau mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan iaitu pemasaran secara online agar dapat meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama-sama keluarga. Apa yang menjadi keutamaan belaiu adalah dapat melihat anak-anaknya membesar di depan mata serta mendidik menjadi insan soleh/solehah.

Koleksi TudungSiComel

Klik pada gambar untuk direct ke katalog TudungSiComel. Terdapat pelbagai design dan pilihan warna yang bakal buatkan hati anda rasa geram bila melihat kecomelan anak-anak kecil yang menggayakan koleksi TudungSiComel. Serius tak tipu haha. 


tudung kanak-kanak, tudung kanak-kanak online 2015, pembekal tudung kanak-kanak, Tudung Kanak-kanak, Shawl Instant Kanak-kanak
Instant Shawl Hyrid 

tudung kanak-kanak, tudung kanak-kanak online 2015, pembekal tudung kanak-kanak, Tudung Kanak-kanak, Shawl Instant Kanak-kanak
Tudung My Love

tudung kanak-kanak, tudung kanak-kanak online, pembekal tudung kanak-kanak, Tudung Kanak-kanak, Shawl Instant Kanak-kanak
Instant Shawl Batrisya

InshaAllah TudungSiComel sangat mudah untuk dipakai, rasa lembut dan sangat selesa untuk digayakan oleh kanak-kanak. 

Jaminan Wang Dikembalikan



Haaaa ni ada berita baik punya yang Murni nak kongsi kepada anda. Katalah anda tak puas hati dengan tudung yang dibeli di TudungSiComel.com, anda boleh tukar tudung tersebut atau pun duit anda akan dikembalikan. Jaminan yang diberikan dalam tempoh 180 hari dari tarikh penerimaan. 



Testimoni Pelanggan TudungSiComel


Testimoni Pelanggan TudungSiComel

Testimoni Pelanggan TudungSiComel


Testimoni Pelanggan TudungSiComel

Testimoni Pelanggan TudungSiComel


Cuba bayangkan kalaulah anak-anak/anak buah anda yang pakai TudungSiComel ni, mesti terserlah kecomelan mereka. kan??? 

TudungSiComel mudah, lembut dan selesa untuk kanak-kanak, so apa tunggu lagi jom grab sehelai dua untuk anak-anak kesayangan anda. Masa mereka kecik-kecik ni lah yang sesuai untuk didik mereka bertudung, nanti bila dah besar mesti rasa segan nak tayang aurat dah. Melentur buluh biarlah dari rebungnnya.

Salam.



RF3 World Firmax3 Malaysia

Jun 06, 2016
RF3 World Firmax3 Malaysia | Assalamualaikum & salam sejahtera. Kalau bercakap mengenai kecantikan dan kesihatan sudah semestinya ia amat sinonim dengan kaum hawa, tetapi kini kaum adam juga tidak ketinggalan untuk terjebak bersama-sama dalam hal yang berkaitan dengan kesihatan dalaman dan kecantikan luaran mereka. 

Pada kesempatan ni, Murni ingin kongsikan kepada anda mengenai salah sebuah syarikat bumiputra iaitu RF3 World yang terbukti mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna yang percaya akan keberkesanan dan kualiti produk-produk keluaran syarikat ini.

Latar Belakang RF3 World

RF3 World merupakan sebuah syarikat e-dagang yang dimiliki oleh anak tempatan dan sudah menapak di Malaysia sejak tahun 2013 lagi. Produk keluaran syarikat ini terdiri daripada produk-produk kecantikan dan kesihatan yang berkualiti tinggi di samping menyediakan platform bisnes kepada masyarakat. 

Pada masa ini, RF3 World telah berjaya meluaskan perniagaan ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Bukan itu sahaja, syarikat ini telah mengembangkan lagi perniagaannya dengan menembusi pasaran antarabanga di Asia seperti Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura. 

Anda tidak perlu berasa ragu untuk menggunakan produk keluaran syarikat ini kerana ianya telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan disahkan HALAL oleh pihak JAKIM. RF3 World juga memiliki Amalan Pengilangan Yang Baik atau Good Manufacturing Practices (GMP).

Tentang Produk RF3 World Firmax3 Malaysia

Produk RF3 World Firmax3 Malaysia merupakan krim yang bertindak sebagai penegang kulit yang sempurna dan ianya amat sesuai digunakan oleh lelaki dan juga wanita.

RF3 World Firmax3 Malaysia, FirMax3, SoulMax3, Slimax3, O2Max3


Kelebihan Krim Firmax3

Antara kelebihan krim Firmax3 adalah seperti berikut:
  • Menegang dan 
  • Mengurangkan kendur bawah lengan
  • Menegangkan perut dan membentuk pinggang
  • Mengurangkan kedut
  • Membentuk peha dan punggung yang cantik 


Kandungan Krim Firmax3

Bahan Utama
Fungsi
Kigelia Africana Extract
Membantu untuk menegang dan melembutkan kulit, tindak balasnya berkeupayaan untuk mengurangkan sel parut.
Pegaga
Tinggi dengan Vitamin A and C. Membantu proses keratinization dan penyembuhan. Menggalakkan sintesis kolagen secara semulajadi. 
Yam Liar (Dioscorea Villosa)

Kandungan aktifnya, diosgenin boleh ditukarkan kepada phytohormone dengan aktiviti progesterone. Meningkatkan metabolisma. Antioksida dan merehatkan otot.
Aloe Vera 
Agen pelembap dalam produk penjagaan kulit. Menegang, merangsang dan membaharui kulit untuk kelihatan muda.
Sel Asas Epal 
Kandungan sel asas dalam Epal adalah tinggi. Sel asas tumbuhan seperti sel asas manusia berupaya untuk membentuk sel yang baru.
Tongkat Ali 
Eurycoma longifolia diakui membantu dalam pembentukan testosterone, Ia digunakan untuk merawat erectile dysfunction dan pulmonary arterial.
Ekstrak Soya 
Soya mempunyai kandungan yang hampir sama dengan hormon wanita, kandungan aktif isoflavones boleh ditukarkan kepada pytohormone oleh estrogen. Menambah Estrogen badan. Selain itu ia membantu dalam masalah endocrine, sintesis collagen, juga sebagai agen pemutih dan pelembap.
Kollagen 
Kollagen membantu proses pengantian “soft tissue” dan kartilage yang rosak.  Menggantikan sel parut dengan sel yang baru dan sihat.
Vitamin A 
Membantu kulit melawan kerosakan akibat radikal bebas. Vitamin A larut dalam lemak membantu pembentukan sel baru kulit.

Vitamin B3 
Vitamin B3 diperlukan untuk pernafasan sel, membantu penghasilan tenaga dan metabolisma karbohidrat, lemak dan protin, peredaran darah yang sempurna dan kulit yang sihat. Berkesan untuk merawat kadar kolesterol darah dan mencegah sakit jantung. Ia juga digunakan untuk merawat kencing manis, sakit sendi dan juga migrain.
Vitamin E  
Membantu mengurangkan kesan “stretch marks” juga menghalang kesan “age spots”, mengimbangi minyak pada kulit, mencegah lembapan hilang dari kulit dan menguatkan fungsi perlindungan kulit
Vitamin B5 
Vitamin B5 berperanan mengawal kandungan kolesterol jenis (LDL, HDL) di dalam salur darah. Selain lemak, Vitamin B5 juga digunakan oleh badan untuk proses pemecahan karbohidrat dan protin kepada tenaga. Juga kebiasaannya digunakan dalam merawat dan mencegah jerawat.


Cara Penggunaan Krim Firmax3:

Sapu krim Firmax3 pada leher, bawah lengan ke atas, payudara, belakang pinggang, pergelangan tangan ke atas, abdomen lawan arah jam, dan belakang peha ke atas dengan cara sapuan yang lembut.

Terdapat empat jenis produk kecantikan dan kesihatan khusus yang sering kali mendapat sambutan yang tinggi, iaitu:

  1. FirMax3
  2. SoulMax3
  3. O2Max3
  4. SliMax3

RF3 World juga membuka peluang keusahawanan kepada mereka yang minat untuk menjadi usahawan. Anda dapat menjadi usahawan sebuah syarikat produk hebat, tanpa modal yang tinggi dan menghasilkan keuntungan yang berlipat ganda.

Untuk sebarang informasi tentang produk boleh hubungi Team Agen RF3 World yang merupakan pengedar sah RF3 World

Facebook Page: RF3 World
Nor Jannah: 017 344 8876
Yuli: 019 302 5099
Mahani: 011 3124 8158
Faezah: 012 906 3849

Contest RF3 World Firmax3 Malaysia ini dianjurkan oleh: AkmaOmar.com ditaja bersama RF3 WorldRF3Worldmy.wordpress.comOmbakCreatives.comBengkungOpah.comAlphaLipid.mydammahumnib.comKongsiBersamaNoraOnlajer.com

WW: Kucing Berwarna Hijau Wujud di Bulgaria?

Jun 01, 2016
WW: Kucing Berwarna Hijau Wujud di Bulgaria? | Assalamualaikum & salam sejahtera. Betul ke kucing berwarna hijau ni wujud di bumi Bulgaria? Nak tahu jawapannya, scroll sampai bawah, ok!

Kucing Berwarna Hijau Wujud di Bulgaria?

Kucing Berwarna Hijau Wujud di Bulgaria?

Kucing Berwarna Hijau Wujud di Bulgaria?


Kucing Berwarna Hijau Wujud di Bulgaria?

Kucing Berwarna Hijau Wujud di Bulgaria?

Kucing ini disyaki dianiaya oleh individu tak bertanggungjawab, selepas beberapa siasatan dijalankan rupanya kucing ni suka tidur di garaj yang ada serbuk cat hijau. - Johanandhiscats Studio

Lahai kenapa comel sangat, please be mine hihi