Pilihan Warna Pakaian Mengikut Hari Mempengaruhi Penampilan Si Pemakainya
By Murni Mohd Yusof - 5/30/2016
Pilihan Warna Pakaian Mengikut Hari Mempengaruhi Penampilan Si Pemakainya | Assalamualaikum & salam sejahtera. Cara mudah nak serlahkan aura positif kita adalah melalui
pilihan warna pakaian atau aksesori yang dipakai setiap hari.
Bukan Murni yang
cakap tau, ni adalah hasil pembacaan Murni sendiri melalui ruangan info psikologi
mingguan wanita. Murni akan kongsikan kepada anda mengenai panduan pilihan
warna pakaian mengikut hari yang boleh mempengaruhi si pemakainya bermula dari
hari Isnin sampailah ke hari ahad.
Pilihan Warna Pakaian Mengikut Hari Mempengaruhi Penampilan
1. Warna Putih: Hari Isnin
Hari Isnin ni selalu dikaitkan dengan Monday Blues, tak dak mood
or malas nak pergi kerja katakan. Sebab tu kena pilih warna pakaian yang sesuai
untuk bangkitkan semula mood yang hilang dibawa angin sepoi-sepoi bahasa haha jangan
marah na.
Pilihan warna yang sesuai dipakai bila hari Isnin adalah warna
putih sebab warna ni polos suci murni lagi, malah mampu memberi impak yang
bersih. Warna putih juga dikatakan dapat memberi keyakinan dan ketenangan buat
si pemakainya.
2. Warna Merah Jambu dan Ungu: Hari Selasa
Kalau anda inginkan penampilan yang nampak manis dan sopan,
pilihan pakaian warna merah jambu atau ungu adalah yang paling tepat dan
sesuai. Menurut Mingguan Wanita, warna ni mempunyai aura yang sangat positif,
malah si pemakai akan lebih bersemangat serta mempunyai keyakinan dalam
melaksanakan setiap tugasan yang diamanahkan oleh ketua.
Siapa suka warna merah jambu, kita kawan haha kalau warna ungu
jarang sangat pakainya. Bagi kaum adam yang pakai baju warna merah jambu ni,
anda sememangnya seorang yang berani dan kalau boleh pilihlah warna merah jambu
yang lembut, baru manis dan segak dipandang, eh!
3. Warna Biru: Hari Rabu
Warna biru melambangkan ketenangan, kematangan dan rasional yang
mana dapat mempengaruhi seseorang untuk membuat keputusan yang tepat sama ada
berkaitan dengan kerja mahupun kehidupan peribadi. Nak buat keputusan yang
bijak, bolehlah cuba pakai pakaian berwarna biru tak kesahhlah biru muda or tua
pun boleh
4. Warna Oren dan Kuning: Hari Khamis
Warna ni dijadikan sebagai pilihan supaya semua urusan
dapat diselesaikan dan berjalan seperti yang dijadualkan. Warna ini dikatakan
mempunyai aura yang luar biasa kerana ia mampu memberikan keceriaan dan akan
menampakkan si pemakai lebih bertenaga.
5. Warna Hijau: Hari Jumaat
Warna ini sangat sesuai digayakan pada hari Jumaat kerana
auranya yang dapat memberi terapi yang dapat menyegarkan si pemakai selepas
berpenat lelah dengan kerja atau kuliah. Pilihlah kumpulan warna yang sesuai
mengikut jiwa memasing, ada yang sukakan warna hijau muda, hijau tua atau hijau
pucuk pisang.
6. Warna Merah: Hari Sabtu
Usai bekerja dari Isnin sehinggalah Jumaat, hari sabtu jadi hari
untuk menghilangkan segala tekanan dengan meluangkan masa bersama keluarga
mahupun sahabat. Tampil berani untuk menggayakan rona merah kerana ia bukan
sahaja membuatkanmu tampak menarik malah warna tersebut secara langsung akan
memberikan tenaga yang luar biasa.
7. Warna Hitam: Hari Ahad
Hari ahad merupakan hari untuk anda beristirahat di rumah. Oleh
itu, anda perlukan privasi bagi menenangkan fikiran dan merehatkan tubuh anda
sebelum memulakan hari baru. Warna gelap ini dikatakan dapat membantu anda
untuk mendapatkan mood bagi tujuan tersebut.
Jom sebarkan aura positif. Selamat mencuba! Salam, terima kasih na sebab sudi baca :)