Sabtu, Mac 26, 2016

[Buku Pilihan] Tun M - Inilah Perjuangan

Mac 26, 2016 1 Comments
Tun M - Inilah Perjuangan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Lama menyepi, akhirnya Murni berpeluang untuk update blog. Murni akan kongsikan kepada anda serba sedikit mengenai sebuah buku yang berkisarkan tentang seorang tokoh negarawan ulung Malaysia iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad. Buku bertajuk Tun M - Inilah Perjuangan merupakan hasil karya penulis Sabarudin Hussein.

[Buku] Tun M - Inilah Perjuangan

Catatan Mengenai Buku Tun M - Inilah Perjuangan

Tun M - Inilah Perjuangan merupakan catatan peribadi penulis mengenai idea dan juga pemikiran tokoh dan negarawan terkemuka di Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kisah ini bermula dengan budayawan dan tokoh bahasa Tan Sri datuk Wira Haji Abdul Aziz Tapa dari Kampung Rim, Jasin, Melaka yang menjadi pendorong kepada permulaan usaha untuk menerbitkan sebuah buku mengenai sejarah perjuangan orang Melayu dalam membina negara bangsa Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia; bertajuk Selagi Hayat Dikandung Badan; Lembaran Perjuangan pada tahun 2006, seterusnya membawa kepada pertemuan penulis dengan YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad.

[Buku] Tun M - Inilah Perjuangan

Inti Pati Buku Tun M - Inilah Perjuangan

Buku ini mengandungi kata pengantar, pendahuluan, nota penerbit dan terdiri daripada 10 bahagian utama. Berikut merupakan senarai bahagian tersebut:


BAHAGIAN 1  : Bertatih Hari Ini, Esok Kita Berlari
  • Maktab Kerjasama Malaysia: Tugasan Khas
  • Peringatan Daripada Seorang Negarawan
  • Kunjungan Ke Bandaraya Bersejarah
  • Perjuangan Orang Melayu
  • Jikalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Di Mana Boleh Mendapat Sagu
  • Pertemuan Pertama
BAHAGIAN 2 : Bermula Dengan Langkah Pertama

        ·         Penantian Yang Mendebarkan
        ·         Menyingkap Latar Belakang Seorang Pejuang
        ·         Malayan Union Dan Dato’ Onn Jaafar
        ·         Terjun Ke Arena Politik
        ·         Pertentangan Dengan Lee Kuan Yew Dan Konsep ‘Malaysian Malaysia’
        ·         Hubungan Dengan Tun Abdul Razak Hussein
        ·         Dasar Dalam Negeri Dan Cabaran Politik
        ·         UMNO Di Ambang Perpecahan
        ·         Pendirian dan Dasar Luar Negeri
        ·         Perjuangan Belum Selesai Dan Melayu Mudah Lupa
        ·         Berpisah Untuk Bertemu Lagi

BAHAGIAN 3 :  Tidak Pisang Berbuah Dua Kali
  • Keikhlasan Penyulam Kemesraan
  • Kenangan Lalu Mengusik Kalbu
  • Bangkitlah Segera Daripada Tidur
  • Orang Melayu dan Politik
BAHAGIAN 4 : Malu Makan Kelaparan, Malu Bertanya Sesat Jalan
  • Masih Segar Dalam Ingatan
  • Pertemuan Kedua
  • Kembali Kepada Ajaran Al-Qur’an Sebenar
  • Meraih Sokongan Orang Cina
  • Kegagalan Ekonomi Orang Melayu
  • Tidak Mahu ‘Overstay’
  • Etika Kerja dan Sikap
BAHAGIAN 5 : Pohon Yang Rendang, Tempat Berteduh Musafir dan Dagang
  • Mencari Penaung
  • Perbincangan Dengan Pegawai Yayasan Perdana
  • Pengubat Kecewa Tidak Dapat Menyaksikan Perlumbaan F1 Dubai
BAHAGIAN 6 : Yang Bulat Tidak Datang Bergolek, Yang Pipih Tidak Datang Melayang
  • Kegigihan Mula Membuahkan Hasil
  • Natijah Yang Baik
  • Bagaikan Kelahiran Anak Pertama
  • Tanda Penghargaan
BAHAGIAN 7 : Ular Yang Menyusur Akar Tidak Akan Hilang Bisanya
  • Menetapkan Tarikh
  • Misi Memujuk Tan Sri Arshad
  • Ujian Di Hari Pelancaran
  • Yang Ditunggu Akhirnya Tiba Jua
  • Berkongsi Pentas Dengan Negarawan
BAHAGIAN 8 : Bumi Mana Yang Tidak Ditimpa Hujan
  • Pertemuan Di Bulan Mulia (Ramadhan 2012)
  • Ada Yang Tertinggal
  • UMNO Dilanda Masalah
  • Impian Membina Taman Islam
BAHAGIAN 9: Rendah Gunung, Tinggi Lagi Harapan
  • Lebaran Yang Menjadi Kenangan (Syawal 2012)
  • Minat Terhadap Senibina
  • Mengenai Konsep Pembinaan Putrajaya
BAHAGIAN 10 :Kecil Tapak Tangan, Nyiru Kami Tadahkan
  • Masih Ingatkah Tun Kepada Kami?
  • Menghantar Undangan
  • Hasrat Yang Tercapai

Preview Buku Tun M - Inilah Perjuangan


[Buku] Tun M - Inilah Perjuangan[Buku] Tun M - Inilah Perjuangan

Klik gambar di bawah untuk paparan penuh

[Buku] Tun M - Inilah Perjuangan [Buku] Tun M - Inilah Perjuangan
[Buku] Tun M - Inilah Perjuangan [Buku] Tun M - Inilah Perjuangan


 Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-829-7 
Tarikh Terbit: 15 Mac 2016
Jumlah Muka Surat: 320
Berat (Kg): 0.48


Bagi anda yang berminat untuk memiliki buku ini, anda boleh ke laman web BookCafe di sini: [+] bookcafe.com.my

Fakta Tentang Bookcafe

  1. Ditubuhkan pada 5 Sept 2007. 
  2. Kini mempunyai lebih dari 50,000 pelanggan berdaftar. 
  3. Mempunyai lebih kurang 2000 produk termasuk buku, CD dan DVD. 
  4. Bookcafe mencatatkan e-commerce conversion rate lebih tinggi dari standard purata industri.
  5. Pemprosesan order yang cekap, pantas & berkualiti. 
  6. Mempunyai polisi pemulangan produk yang rosak. 
  7. Rating 4.5 bintang di Facebook 
  8. Buku Bestseller & Trending boleh didapati di Bookcafe

Semoga entri ini bermanfaat untuk anda yang suka jadi 'ulat buku', buku pilihan yang lain Murni akan update kemudian bila Murni ada masa terluang na. Ok bai ~