Jumaat, Februari 26, 2016

Sentiasa Kelihatan Muda Dengan Tudung Bawal

Februari 26, 2016 3 Comments
Sentiasa Kelihatan Muda Dengan Tudung Bawal
Sentiasa Kelihatan Muda Dengan Tudung Bawal | Assalamualaikum & salam sejahtera. Ada tak di antara korang sejak dari dulu setia dengan tudung bawal walaupun sekarang ni dah berlambak jenis hijab dengan pelbagai design yang lawa dan tak kurang juga dengan design yang pelik-pelik?

Ok, sekiranya ada, apa yang Murni boleh katakan korang memang terbaikkk sebab tak tergoda dengan iklan-iklan tudung selain tudung bawal & berjaya kekalkan fenomena bertudung bawal dari dulu, kini dan selamanya. Haaaa gitu tak macam Murni ni dah lama curang kut :p

Ada orang kata, bertudung bawal ni akan menampakkan seseorang kelihatan muda dari usia sebenar. Betul ke? Mungkin ada betulnya, kalau Murni tengok orang pakai tudung bawal sedap je mata ni memandang, nampak forever in young gitu. Pendapat korang macam mana pulak?

Sebelum Murni terjebak dengan wide shawl & shawl schiffon, Murni pun tergolong juga sebagai peminat tudung bawal. Tapi at the end terpaksa curang dengan tudung bawal sebab muka Murni memang tak sesuai langsung pakai tudung bawal. Muka jadi bulat T_T Ohhh tak sukanya.

Tapi semua tu depend pada individu juga, ada yang sesuai pakai ada yang tak. Selain tu, faktor lain maybe sebab senang nak digunakan, tak perlu nak lilit sana sini. Kalau boleh nak jimat masa lagi.

Sentiasa Kelihatan Muda Dengan Tudung Bawal


Bagi peminat tegar tudung bawal, korang boleh usha Tudung Claudya bidang  50 keluaran SimpleHijab

Sentiasa Kelihatan Muda Dengan Tudung Bawal, tudung claudya

Claudya (tudung bawal @ square bidang 50") didatangkan dengan material fabrik satin dull yang berkualiti tinggi, diperhalusi dengan jahitan yang kemas serta ditampakkan lebih eksklusif dengan label plate besi berwarna emas. - SimpleHijab

Pelbagai Pilihan Warna

Kalau korang nak tengok full view bagi setiap pilihan warna yang tersedia, korang boleh klik link pautan berwarna di bawah ni:


Pandangan Murni mengenai tudung bawal Claudya ni, serius nampak lawa, elegant, dan mewah sesuai digayakan untuk sebarang majlis formal atau santai, ke pejabat atau ke kuliah. Pelbagai style yang korang boleh buat dengan tudung Claudya ni & yang penting labuh depan belakang boleh adjust.

Alahai rasa macam nak pakai pulak tudung Claudya ni, huhu tunggulah pipi pau kita nampak surut sikit hehe. Korang penggemar tudung bawal atau shawl tak pun tudung sarung? Cerrr komen, Murni pun nak tahu juga :D



10 Individu Terkaya di Malaysia

Februari 26, 2016 1 Comments
10 Individu Terkaya di Malaysia


10 Individu Terkaya di Malaysia | Assalamualaikum & salam  sejahtera. Murni nak kongsikan kepada korang senarai individu terkaya di Malaysia. Menurut Forbes, Robert Kuok telah berjaya mengekalkan kedudukannya buat kali ke-11 berturut-turut sebagai individu terkaya dalam senarai Individu Terkaya Forbes Malaysia. 

Senarai Individu Terkaya Forbes Malaysia

Berikut merupakan 10 individu paling kaya di Malaysia untuk tahun 2015. 

Bil.
Nama
Jumlah
1
Robert Kuok 
10 Individu Terkaya di Malaysia









AS$10 bilion




2
Ananda Krishnan
10 Individu Terkaya di Malaysia







AS$7.4 bilion





3
Tan Sri Quek Leng Chan
10 Individu Terkaya di Malaysia







AS$5.3 bilion
4
Tan Sri Teh Hong Piow 

10 Individu Terkaya di Malaysia







AS$4.65 bilion
5
Tan Sri Lee Shin Cheng
10 Individu Terkaya di Malaysia







AS$4.6 bilion
6
Tan Sri Lim Kok Thay
10 Individu Terkaya di Malaysia






AS$4.55 bilion
7
Tan Sri Yeoh Tiong Lay
10 Individu Terkaya di Malaysia







AS$2.25 bilion
8
Tan Sri Lau Cho Kun
10 Individu Terkaya di Malaysia








AS$1.55 bilion
9
Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary
10 Individu Terkaya di Malaysia







AS$1.45 bilion
10
Tan Sri Surin Upatkoon
10 Individu Terkaya di Malaysia







AS$1.15 bilion‎
kredit foto www.bharian.com.my, www.forbes.com, beritaharian.sg, www.focusmalaysia.my


Sumber: Berita Harian, untuk maklumat lanjut mengenai 10 Individu Terkaya di Malaysia, korang boleh klik pautan ni http://www.bharian.com.my/node/127868


Rabu, Februari 24, 2016

DIY Bunga Mawar

Februari 24, 2016 1 Comments
DIY Bunga Mawar


DIY Bunga Mawar | Assalamualaikum & salam sejahtera. Murni update entri ni sebab nak lari sekejap dari kesibukan untuk siapkan job berbayar yang Murni dapat awal bulan ni. Masih berbaki 3 assignment lagi.      

                    
Berharap sangat boleh bahagikan masa dengan sebaiknya, even jadual dah susun elok-elok still ada yang termiss jugak. Eh! terluah pulak apa yang di rasa hihi, tu semua rezeki yang Allah nak bagi sebelum start latihan kat KWSP bulan depan. Moga bisa terus bertabah hadapi semuanya. 

DIY Bunga Ros

Ok tak nak luah lebih-lebih, balik kepada tujuan asal. Bagi penggemar bunga ros yang tegar like me, Murni nak kongsikan satu DIY bunga mawar yang mana korang boleh cuba buat sendiri, sangat mudah, nampak cantik dan menarik. Korang boleh guna tisu tak pun kertas. 

Korang boleh rujuk gambar di bawah ni untuk pemahaman korang cara nak buat DIY bunga ros. Kalau dah siap nanti bolehlah buat hiasan dalam rumah or pejabat korang. 


DIY Bunga Mawar

DIY Bunga Mawar

DIY Bunga Mawar

DIY Bunga Mawar

DIY Bunga Mawar

Murni belum berkesempatan lagi nak buat DIY bunga mawar ni, korang yang ada masa bolehlah cuba buat nanti. Selamat berDIY ya. 

Sumber gambar: Facebook 

Selasa, Februari 23, 2016

Menang Contest SEO Terbaik 2015

Februari 23, 2016 1 Comments
Menang Contest SEO Terbaik 2015 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Pemenang rasmi bagi Contest SEO Terbaik 2015 telah pun diumumkan oleh tuan Anuar menerusi blog beliau pada 19 Februari yang lepas. 


Murni tak sangka sebenarnya blog Murni ni tersenarai menang dalam contest SEO ni. Mana taknya masa keputusan belum rasmi dikeluarkan oleh tuan Anuar, mengikut perkiraan Murni (entah betul ke tak) blog Murni tak tersenarai pun dalam top 10. Murni beryukur sangat atas rezeki ini.

Menang Contest SEO Terbaik 2015

Entri yang perlu terbitkan bertajuk Pengalaman Bersama ONEXOX. Contest SEO ni mempunyai 3 fasa yang perlu di lalui oleh setiap peserta bermula pada 20 Oktober 2015 sehingga 20 Januari 2016.

Menang Contest SEO Terbaik 2015, pengalaman bersama onexoxMenang Contest SEO Terbaik 2015, pengalaman bersama onexox

Pemilihan pemenang pula dinilai berdasarkan SEO melalui kata kunci 'Pengalaman Bersama ONEXOX' yang mendapat tempat di Google Malaysia (http://www.google.com.my) pada tarikh 21 Januari 2016.

Blog Murni menduduki tangga ke-9 dan berada di Page ke-2 menerusi Google Malaysia. Apapun Murni nak ucapkan tahniah kepada semua pemenang. Mereka semua hebat dalam bab SEO ni. Dan tak lupa terima kasih kepada penganjur dan penaja-penaja Contest SEO Terbaik 2015. 

coretananuar.com | discount-hari2.blogspot.my | aktifmykad.com | 
tipsexamspa.com | kartun-online.blogspot.my | ajumohit.com | Hamba Allah | 
Hamba Allah | Hamba Allah | ciktom.com | vitamin-cerdik.com 

Rabu, Februari 17, 2016

Seni Buat Perabot Guna Tong Drum

Februari 17, 2016 2 Comments
Seni Buat Perabot Guna Tong Drum | Assalamualaikum & salam sejahtera. Murni nak kongsikan beberapa idea bergambar yang boleh korang gunakan untuk buat perabot berasaskan tong drum.

Seni Buat Perabot Guna Tong Drum

Jom layan gambar-gambar di bawah ni, kotlah korang rajin nak buatkan untuk Murni. Eh! boleh pulak macam tu haha gurau je.

Seni Buat Perabot Guna Tong Drum

Seni Buat Perabot Guna Tong Drum

Seni Buat Perabot Guna Tong Drum

Seni Buat Perabot Guna Tong Drum

Seni Buat Perabot Guna Tong Drum


Seni Buat Perabot Guna Tong Drum

Seni Buat Perabot Guna Tong Drum

Seni Buat Perabot Guna Tong Drum

Seni Buat Perabot Guna Tong Drum

Seni Buat Perabot Guna Tong Drum

 Seni Buat Perabot Guna Tong Drum

Lawa kan perabot ni semua? Selamat mencuba!

Sumber: Facebook

Ahad, Februari 14, 2016

Wakaf Bahtera Penyelamat

Februari 14, 2016 1 Comments
Wakaf Bahtera Penyelamat

Wakaf Bahtera Penyelamat | Asalamualaikum & salam sejahtera. Murni nak kongsikan kepada anda mengenai sebuah buku iaitu  BAHTERA PENYELAMAT yang mana anda boleh memberi sumbangan wakaf kepada 45 organisasi yang memerlukan untuk tujuan pengajian mereka.

Wakaf Bahtera Penyelamat

Buku ini digunakan terutamanya untuk pengajian pondok, madrasah, surau dan institusi pendidikan. Seperti yang Murni nyatakan di atas, terdapat 45 organisasi yang memerlukan buku ini dengan jumlah 1,968 naskah bagi tujuan pengajian.

Sehubungan dengan itu, Bookcafe telah membuka peluang kepada anda semua sekiranya berminat untuk memberi sumbangan wakaf minimum 1 naskhah sahaja dan tiada had jumlah maksimum wakaf.

Wakaf Bahtera Penyelamat


Bookcafe akan kumpulkan jumlah wakaf yang diterima dan akan dihantar kepada penerima mengikut kuantiti yang diperlukan oleh sesebuah organisasi.

Kos penghantaran dan pengurusan akan ditanggung oleh Bookcafe. Laporan wakaf yang sudah diterima dan dihantar akan dikemaskini di laman web dan juga media sosial BookCafe.

Anda boleh rujuk di [+] SINI senarai 45 organisasi yang terlibat dalam Wakaf Bahtera Penyelamat ini.


Buku Bahtera Penyelamat

Buku ini mempersembahkan huraian sebuah kitab ringkas berkenaan dasar-dasar asas ilmu fiqh berdasarkan panduan Mazhab Syafi'i.
Seiring dengan kesedaran agama sosial semasa, buku ini begitu solid (padat) dan mudah, serta secara langsung membincangkan kesimpulan hukum fiqh tanpa menyertakan dalil dan dasar penetapan hukum dengan begitu panjang lebar dan memberatkan.
Disebabkan itu, ia begitu sesuai untuk rujukan pantas dan segera para pelajar dan orang-orang yang baru ingin mengenali Islam.
Buku ringkas ini mencakupi panduan lengkap dan kukuh, dimulai dengan bab dasar-dasar akidah, taharah (bersuci), diikuti pula pelbagai penerangan berkaitan solat, pengurusan jenazah, dan zakat.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN-13: 978-967-411-762-7
Tarikh Terbit: 16 Jan 2016
Jumlah Muka Surat: 256
Berat (Kg): 0.38
===========================


Bagi anda yang berminat untuk memberi sumbangan wakaf, anda boleh ke laman web BookCafe di sini: [+] bookcafe.com.my

Fakta Tentang Bookcafe

  1. Ditubuhkan pada 5 Sept 2007. 
  2. Kini mempunyai lebih dari 50,000 pelanggan berdaftar. 
  3. Mempunyai lebih kurang 2000 produk termasuk buku, CD dan DVD. 
  4. Bookcafe mencatatkan e-commerce conversion rate lebih tinggi dari standard purata industri.
  5. Pemprosesan order yang cekap, pantas & berkualiti. 
  6. Mempunyai polisi pemulangan produk yang rosak. 
  7. Rating 4.5 bintang di Facebook 
  8. Buku Bestseller & Trending boleh didapati di Bookcafe
Semoga bermanfaat. Mohon share info ini kepada saudara mara anda atau kenalan rapat anda dengan menekan butang share di bawah. Sekian, terima kasih.

Ahad, Februari 07, 2016

Foto Sekitar Majlis Akad Nikah & Resepsi Perkahwinan Akim - Stacy

Februari 07, 2016 1 Comments
Foto Sekitar Majlis Akad Nikah & Resepsi Perkahwinan Akim - Stacy

Foto Sekitar Majlis Akad Nikah & Resepsi Perkahwinan Akim - Stacy | Assalamualaikum & salam sejahtera. Murni baru berkesempatan nak update mengenai hari bahagia kedua-dua penyanyi feveret Murni tak lain tak bukan Akim Ahmad & Stacy Anam yang mana telah selamat bernikah pada 5 Februari 2016 yang lepas. Tahniah Murni ucapkan.

Majlis Akad Nikah & Resepsi Perkahwinan Akim - Stacy

Majlis akad nikah berlangsung di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu Sabah pada waktu pagi. Pasangan mempelai, Akim Stacy dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Agama Negeri Sabah (JAIS) iaitu Tuan Haji Matlin Dimin, berwakil walikan abang Stacy, Mohd Adam Hakimi Anam.

Foto Sekitar Majlis Akad Nikah & Resepsi Perkahwinan Akim - Stacy

Foto Sekitar Majlis Akad Nikah & Resepsi Perkahwinan Akim - Stacy


Foto Sekitar Majlis Akad Nikah & Resepsi Perkahwinan Akim - Stacy

Foto Sekitar Majlis Akad Nikah & Resepsi Perkahwinan Akim - Stacy

Majlis resepsi perkahwinan mereka berlangsung pada sebelah malam & di tempat yang sama, Hotel Shangri La. Sama cantik sama padan apabila kedua-duanya memilih busana pengantin berwarna biru.

Foto Sekitar Majlis Akad Nikah & Resepsi Perkahwinan Akim - Stacy

Foto Sekitar Majlis Akad Nikah & Resepsi Perkahwinan Akim - Stacy

Foto Sekitar Majlis Akad Nikah & Resepsi Perkahwinan Akim - Stacy



Sumber: Astro Gempak

Jumaat, Februari 05, 2016

Fakta Mengenai Virus Zika

Februari 05, 2016 0 Comments
Fakta Mengenai Virus Zika | Assalamualaikum & salam sejahtera. Rasa terpanggil untuk turut sama berkongsi beberapa fakta mengenai Virus Zika yang kian menular sejak belakangan ini terutamanya di benua Amerika. 

Fakta Mengenai Virus Zika
imej via google image

Fakta Virus Zika

  1. Zika adalah virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes
  2. Mereka yang dijangkiti akan mengalami gejala seperti demam ringan, ruam kulit, sakit sendi dan konjunktivitis. Simptom ini akan dialami biasanya sehingga 2-7 hari
  3. Tidak mempunyai rawatan yang spesifik atau vaksin untuk merawat wabak ini.
  4. Pencegahan terbaik adalah dengan mengelakkan daripada gigitan nyamuk
  5. Wabak ini bermula di Brazil dan telah merebak ke 26 buah negara. 

Pengenalan Virus Zika

Virus Zika pertama kali dikesan di Uganda pada tahun 1947 yang menjangkiti monyet Rhesus melalui pemantauan demam kuning sylvatic. Virus ini kemudiannya telah di kenal pasti pada manusia pada tahun 1952 di Uganda dan Republik Bersatu Tanzania. Wabak ini telah direkodkan di Afrika, Amerika, Asia dan Pasifik.

Genre: Flavivirus
Vektor: nyamuk Aedes (pada kebiasaannya menggigit pada waktu pagi dan lewat petang atau malam)
Reservoir: Unknown

Tanda-Tanda & Gejala Virus Zika

Tempoh inkubasi (masa terdedah kepada gejala) adalah tidak jelas, tetapi mungkin dalam beberapa hari. Tanda-tanda yang akan dialami adalah sama dengan jangkitan arboviral seperti denggi, demam, ruam kulit, konjunktivitis, sakit otot dan sendi, kelesuan dan sakit kepala. Gejala seperti ini biasanya ringan dan akan berakhir dalam tempoh 2-7 hari.

Fakta Mengenai Virus Zika
imej via google image

Virus ini telah dikaitkan dengan kejadian “microcephaly” iaitu kelahiran bayi dengan kepala/otak mengecil dan juga dikaitkan dengan gejala saraf iaitu sindrom “Guillain-Barre”. “Microcephaly” merupakan kecacatan otak/kepala yang kekal yang boleh mempengaruhi kualiti hidup bayi sehingga dewasa. - Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kessihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia.

 Transmisi Virus Zika

Virus ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti genus Aedes terutamanya Aedes aegypti yang terdapat di kawasan tropika. Ia merupakan nyamuk yang sama membawa denggi, chikungunya dan demam kuning.

Wabak penyakit virus zika telah dilaporkan buat pertama kalinya dari Pasifik; Yap pada tahun 2007 dan Perancis Polynesia pada tahun 2013. Selain itu, lebih daripada 13 buah negara di benua Amerika turut merekodkan jangkitan virus Zika. Hal ini menunjukkan bahawa pengembangan geografi yang pantas dalam penyebaran virus Zika ke beberapa buah negara yang terlibat.

Risiko Penularan Virus Zika di Malaysia

Berdasarkan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 29 Januari 2016, berikut antara sebab-sebab risiko penularan virus Zika di Malaysia:
  1. Malaysia mempunyai nyamuk pembawa jangkitan ini iaitu nyamuk Aedes. 
  2. Densiti nyamuk Aedes di negara ini adalah sangat tinggi. Ini berdasarkan kepada hasil pemeriksaan premis-premis di seluruh negara serta hakikat bahawa kita juga dibebani dengan masalah denggi yang disebarkan oleh nyamuk yang sama. 
  3. Penyakit ini belum terdapat di Malaysia dan oleh itu rakyat Malaysia amnya tidak mempunyai imuniti terhadap penyakit ini. Oleh itu, jika virus ini dibawa masuk oleh rakyat Malaysia yang dijangkiti atau pelancong luar ke Malaysia, ia boleh merebak dengan pantas. 
  4. Seperti denggi, tiada vaksin dan ubat khusus untuk membunuh virus ini. Oleh itu, orang yang dijangkiti akan menjadi sumber jangkitan kepada orang lain jika digigit oleh nyamuk Aedes. 
  5. Terdapat laporan menyatakan sebahagian besar (terdapat anggaran mengatakan 80%) tidak menunjukkan gejala dijangkiti, yakni mereka boleh menjadi “pembawa yang sihat” dan menyebarkan virus ini tanpa disedari.
Kementerian Kesihatan Malaysia turut mencadangkan beberapa langkah bagi menghalang kemasukan virus ini ke Malaysia.

  1. Semua pelawat dari benua Amerika Selatan dan Amerika Tengah serta rakyat Malaysia yang pulang dari benua berkenaan yang mempunyai gejala demam dan bintik-bintik hendaklah melaporkan diri ke Pusat Kuarantin Kesihatan atau Pejabat Kesihatan berhampiran semasa tiba di Malaysia. Buat masa ini terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika virus dari rantau Amerika Latin iaitu Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S. Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.
  2. Mengedarkan Nasihat Kesihatan (Health Advisory) kepada pelancong dan rakyat Malaysia berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil jika gejala sedemikian berlaku. Seterusnya, mereka hendaklah segera ke Klinik Kesihatan berhampiran.
  3. Menasihatkan rakyat Malaysia yang mengandung untuk tidak melakukan lawatan ke negara-negara terlibat.
  4. Rakyat Malaysia lain yang melakukan perjalanan ke negara terlibat hendaklah mengambil langkah-langkah pencegahan daripada digigit oleh nyamuk Aedes seperti tidak berada di luar semasa waktu puncak gigitan Aedes di awal pagi dan lewat petang, memakai pakaian yang menutupi anggota badan dan menggunakan ubat pencegahan gigitan (repelen) secara tetap. 
  5. Mengeluarkan “Health Alert” kepada semua fasiliti Kesihatan kerajaan dan swasta.
  6. Meningkatkan pemantauan di klinik dan hospital bagi kes yang mempunyai tanda-tanda Zika dan mempunyai sejarah perjalanan ke 22 buah negara yang melaporkan jangkitan Zika virus. Di samping itu, pemantauan bagi kes “microcephaly” juga ditingkatkan di hospitalhospital.

*sumber
1. World Health Organization (WHO)
2. Kenyataan Akhbar KKM -  Risiko Penularan Virus Zika Ke Malaysia.