Minyak Herba Asma Mujarab Pilihan Terbaik Untuk Keluarga Anda

Minyak Herba Asma Mujarab Pilihan Terbaik Untuk Keluarga Anda | Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah produk yang Murni tunggu-tuggu sudahpun selamat sampai ke tangan Murni pada Jumaat yang lepas. Nak tahu produk apa? Kenalah baca entri ini sampai habis na, In Sha Allah anda pasti akan peroleh pengetahuan baru dan manfaatnya di kemudian hari.

Berita baik bagi ibu bapa di luar sana yang berdepan dengan masalah anak-anak yang menghidapi penyakit semput, lelah, asma dan lain-lain penyakit, Murni ingin kongsikan kepada anda salah satu produk tradisional yang boleh dijadikan sebagai rawatan alternatif tanpa perlu bergantung sepenuhnya dengan ubat-ubatan ataupun teknologi moden.

Minyak Herba Asma Mujarab Asli, Minyak Herba Asma Mujarab Asli
Minyak Herba Asma Mujarab
Produk yang Murni maksudkan ialah Minyak Herba Asma Mujarab. Produk ini dihasilkan oleh seorang Pak Cik Tua yang menetap di sebuah perkampungan. Ramuan yang digunakan dalam menghasilkan minyak herba ini adalah warisan turun-temurun dan ianya diproses secara HOME MADE sejak 40 tahun yang lalu. Minyak Herba Asma Mujarab ini didaftarkan di bawah syarikat Enterprise (SSM) yang telah beroperasi sejak lima tahun yang lalu secara online dan offline.

Tentang Minyak Herba Asma Mujarab

Penerangan ringkas mengenai produk tersebut adalah seperti berikut:-
  1. Minyak Herba Asma Mujarab BUKAN melalui proses Research & Development (RnD) semula
  2. Produk ini tidak diproses di kilang
  3. Minyak Herba Asma Mujarab Asli 100% (YANG ASAL)
  4. Produk ini dihasilkan dengan menggunakan herba asli daripada ramuan turun temurun
  5. Bukan diproses di bawah Syarikat SDN. BHD.
  6. Ianya selamat sejak dari awal pengeluaran produk ini dihasilkan sehinggalah sekarang
  7. Telah berada lebih setahun dalam pasaran Online dan mempunyai ribuan testimoni


Manfaat Utama  Minyak Herba Asma Mujarab 

Minyak Herba Asma Mujarab  ini amat sesuai digunakan oleh seisi keluarga anda tanpa mengira peringkat umur. Bermula daripada bayi sehinggalah yang dewasa pun boleh menggunakan minyak herba ini tanpa rasa was-was kerana kandungan bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan minyak herba ini adalah dijamin halal. 

Minyak herba ini dikatakan dapat menjadi penawar dan menyembuhkan penyakit semput, lelah, dan asma. Bukan itu sahaja, minyak herba ini juga dikatakan mujarab untuk batuk, menghilangkan kembung perut, sakit perut, luka,terkena api, digigit binatang berbisa, sakit gigi, tergeliat dan lain-lain penyakit.

Testimoni Pengguna Minyak Herba Asma Mujarab

Tidak dapat dinafikan bahawa minyak herba ini mampu memberi manfaat ataupun kebaikan khusus kepada ahli keluarga anda yang menghidapi penyakit seperti batuk, semput, lelah, asma dan lain-lain penyakit, fakta ini dikukuhkan berdasarkan ribuan testimoni yang diterima daripada pengguna minyak herba sejak ianya diperkenalkan di pasaran lagi.

Berikut merupakan salah satu testimoni pengguna Minyak Herba Asma Mujarab;-

Testimoni minyak herba asma mujarab, minyak herba asma mujarab asli, minyak herba asma mujarab original
Minyak Herba Asma Mujarab Dapat Mengurangkan Penyakit Asma 

Tidak salah sekiranya kita cuba ikhtiar lain selain perubatan moden untuk merawat penyakit yang dialami dengan mencuba  cara tradisional sebagai rawatan alternatif. Semoga dengan penggunaan Minyak Herba Asma Mujarab yang asli (bukannya yang tiruan) secara konsisten dan sentiasa beristiqamah, In Sha Allah dengan izin Allah S.W.T penyakit dan rasa sakit yang di alami akan berkurangan dan sembuh. Mungkin kesannya akan berbeza-beza bagi setiap individu yang menggunakan minyak herba ini.

Perbezaan Minyak Herba Asma Mujarab Asli Dengan Minyak Herba Mujarab Tiruan

Menurut pengasas produk ini, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan dengan mengeluarkan Minyak Herba Asma Mujarab tiruan untuk kepentingan diri sendiri. Oleh sebab itu, Murni akan kongsikan kepada anda bagaimana untuk mengenal pasti sama ada minyak herba tersebut adalah asli atau pun tidak asli.







1. Warna Seal Minyak Herba Asma Mujarab yang Asli adalah berwarna hijau dan bukannya berwarna jernih yang menampakkan penutup botol berwarna merah seperti dalam gambar di bawah.

cara bezakan minyak herba asma mujarab tiruan dan asli, minyak herba asma mujarab asli, minyak herba asma mujarab original

2. Minyak Herba Asma Mujarab yang tiruan adalah berbau seperti asap rokok, berwarna jernih, cair dan kurang berangin.
3. Minyak Herba Asma Mujarab Asli menggunakan Hologram, QR Code dan Nombor Siri manakala Minyak Herba Asma Mujarab Tiruan menggunakan no telefon seakan-akan seperti hologram.
4. Pembaharuan pada sticker Minyak Herba Asma Mujarab yang asli telah dilakukan kerana difahamkan bahawa sticker Minyak Herba Asma Mujarab yang asli juga mempunyai persamaan dengan sticker Minyak Herba Asma yang tiruan. 

Minyak Herba Asma Mujarab Pilihan Terbaik Untuk Keluarga Anda
credit image via www.herbaasma.com

Berikut merupakan video ringkas mengenai cara-cara untuk mengenal pasti sama Minyak Herba Asma Mujarab Asli ataupun tidak.



Ulasan Ringkas Penggunaan Minyak Herba Asma 

Murni gunakan Minyak Herba Asma Mujarab sebagai minyak urut pada kaki. Sejak beberapa bulan lepas Murni mengalami masalah languh atau sakit pada kaki. Amaklumlah bila seharian bekerja mesti bahagian kaki akan rasa sakit, tambah-tambah bila menggunakan kasut yang bertumit. Bila sapu minyak herba ni pada waktu malam memang akan rasa berangin tapi sangat melegakan bila bangun pagi. 

Pada masa yang sama, mak Murni pun menggunakan minyak herba ini sebagai rawatan alternatif untuk penyakit kanser kulit (ketumbuhan kecil pada kulit muka) yang dialami sejak tahun 2013 lagi. Pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut pernah dua kali ingin dilaksanakan tetapi terpaksa dibatalkan kerana pada masa itu, tekanan darah mak Murni naik tetiba. 

Sejak daripada itu, mak Murni berhenti untuk mengambil ubat-ubatan dan pergi ke hospital dan hanya menggunakan minyak tradisional jenama XXX untuk merawat sakitnya tapi tidak menunjukkan kesan yang positif.

Bila Murni beri Minyak Herba Asma Mujarab ini kepada mak untuk dicubanya, Alhamdulillah mak Murni pun cakap minyak ni berangin dan bagus berbanding minyak tradisional yang digunakan sebelum ini. Nampak ada sedikit perubahan, nanah daripada ketumbuhan tersebut cepat keluar. Semoga dengan adanya Minyak Herba Asma Mujarab ini dapat menyembuhkan sakit mak Murni dengan izin Allah S.W.T.

Sekian.


Bagi anda yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Minyak Herba Asma Mujarab ini anda boleh klik mana-mana pautan link di bawah

Laman Web: Minyak Herba Asma

Atau hubungi

Puan Nurul : 017 623 9935 (Produk Owner)  
En. Hafis : 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran).

2 ulasan:

  1. Uhh kalau produk dah bagus .. memang ramai yang akan cuba tiru dan ambil peluang nak menipu orang ramai. Moga ramai yang baca post ini dan tahu mana satu Minyak Herba Asmak yang betul .. mana yang palsu

    BalasPadam
  2. bgus la ada jugak produk semulajadi yang boleh sebagai penawar asma.. terbaik minyak herba asmak..

    BalasPadam