Pilihan Warna Pakaian Mengikut Hari Mempengaruhi Penampilan Si Pemakainya

Pilihan Warna Pakaian Mengikut Hari Mempengaruhi Penampilan Si Pemakainya | Assalamualaikum & salam sejahtera. Cara mudah nak serlahkan aura positif kita adalah melalui pilihan warna pakaian atau aksesori yang dipakai setiap hari. 

Bukan Murni yang cakap tau, ni adalah hasil pembacaan Murni sendiri melalui ruangan info psikologi mingguan wanita. Murni akan kongsikan kepada anda mengenai panduan pilihan warna pakaian mengikut hari yang boleh mempengaruhi si pemakainya bermula dari hari Isnin sampailah ke hari ahad.

kurung najwa, kurung moden, baju raya

Pilihan Warna Pakaian Mengikut Hari Mempengaruhi Penampilan


1. Warna Putih: Hari Isnin

Hari Isnin ni selalu dikaitkan dengan Monday Blues, tak dak mood or malas nak pergi kerja katakan. Sebab tu kena pilih warna pakaian yang sesuai untuk bangkitkan semula mood yang hilang dibawa angin sepoi-sepoi bahasa haha jangan marah na.

Pilihan warna yang sesuai dipakai bila hari Isnin adalah warna putih sebab warna ni polos suci murni lagi, malah mampu memberi impak yang bersih. Warna putih juga dikatakan dapat memberi keyakinan dan ketenangan buat si pemakainya.

Dalam banyak-banyak warna, warna putih ni yang Murni tak berapa nak berkenan sangat rasa macam tak sesuai dengan penampilan. Tapi Murni cuba jugaklah gunakan warna putih bukan pada baju tetapi lebih kepada pemakaian hijab yang bercorak.

2. Warna Merah Jambu dan Ungu: Hari Selasa

Kalau anda inginkan penampilan yang nampak manis dan sopan, pilihan pakaian warna merah jambu atau ungu adalah yang paling tepat dan sesuai. Menurut Mingguan Wanita, warna ni mempunyai aura yang sangat positif, malah si pemakai akan lebih bersemangat serta mempunyai keyakinan dalam melaksanakan setiap tugasan yang diamanahkan oleh ketua.

Siapa suka warna merah jambu, kita kawan haha kalau warna ungu jarang sangat pakainya. Bagi kaum adam yang pakai baju warna merah jambu ni, anda sememangnya seorang yang berani dan kalau boleh pilihlah warna merah jambu yang lembut, baru manis dan segak dipandang, eh!

3. Warna Biru: Hari Rabu

Warna biru melambangkan ketenangan, kematangan dan rasional yang mana dapat mempengaruhi seseorang untuk membuat keputusan yang tepat sama ada berkaitan dengan kerja mahupun kehidupan peribadi. Nak buat keputusan yang bijak, bolehlah cuba pakai pakaian berwarna biru tak kesahhlah biru muda or tua pun boleh

Dalam banyak-banyak baju yang Murni ada, warna ni yang paling dominan dalam wardrobe hihi Mak pun cakap kalau nak beli baju, belilah baju warna lain. 

4. Warna Oren dan Kuning: Hari Khamis

Warna ni dijadikan sebagai pilihan supaya semua urusan dapat diselesaikan dan berjalan seperti yang dijadualkan. Warna ini dikatakan mempunyai aura yang luar biasa kerana ia mampu memberikan keceriaan dan akan menampakkan si pemakai lebih bertenaga.

Well warna oren dan kuning memang Murni tak berapa suka tapi warna oren bata Murni masih boleh terima lagi kalau kuning tu memang tolak tepi haha. Nampak orang lain pakai memang lawa dan segak, tapi kalau untuk diri sendiri rasa macam tak sesuai. Ikut cita rasa memasing :) Kebiasaanya hari khamis Murni akan pakai warna peach.

5. Warna Hijau: Hari Jumaat

Warna ini sangat sesuai digayakan pada hari Jumaat kerana auranya yang dapat memberi terapi yang dapat menyegarkan si pemakai selepas berpenat lelah dengan kerja atau kuliah. Pilihlah kumpulan warna yang sesuai mengikut jiwa memasing, ada yang sukakan warna hijau muda, hijau tua atau hijau pucuk pisang.

Warna hijau merupakan warna kegemaran Murni terutamanya warna emerald green, tapi sayang warna baju ni pulak yang tak ada dalam wardrobe. Hari tu beli blouse labuh dapat warna hijau pucuk pisang arghhh sudah terpaksa pakai haha

6. Warna Merah: Hari Sabtu

Usai bekerja dari Isnin sehinggalah Jumaat, hari sabtu jadi hari untuk menghilangkan segala tekanan dengan meluangkan masa bersama keluarga mahupun sahabat. Tampil berani untuk menggayakan rona merah kerana ia bukan sahaja membuatkanmu tampak menarik malah warna tersebut secara langsung akan memberikan tenaga yang luar biasa.

7. Warna Hitam: Hari Ahad

Hari ahad merupakan hari untuk anda beristirahat di rumah. Oleh itu, anda perlukan privasi bagi menenangkan fikiran dan merehatkan tubuh anda sebelum memulakan hari baru. Warna gelap ini dikatakan dapat membantu anda untuk mendapatkan mood bagi tujuan tersebut.

Jom sebarkan aura positif.  Selamat mencuba!


Kalau rajin Murni akan ikut panduan ni, kadang tu memang termiss jugaklah sebab tak ada warna baju. Lepas ni nak beli kain je, hantar kat tailor buat blouse labuh. Murni ni jenis yang suka suai padan blouse skirt or sluaq palazo dengan tudung plain or printed almaklumlah Murni ni tak berapa suka pakai baju kurung kalau pi kerja melainkan jenis/corak/warna baju kurung tu Murni beul-betul suka.

Salam, terima kasih na sebab sudi baca :)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan