Wakaf Bahtera Penyelamat

Wakaf Bahtera Penyelamat

Wakaf Bahtera Penyelamat | Asalamualaikum & salam sejahtera. Murni nak kongsikan kepada anda mengenai sebuah buku iaitu  BAHTERA PENYELAMAT yang mana anda boleh memberi sumbangan wakaf kepada 45 organisasi yang memerlukan untuk tujuan pengajian mereka.

Wakaf Bahtera Penyelamat

Buku ini digunakan terutamanya untuk pengajian pondok, madrasah, surau dan institusi pendidikan. Seperti yang Murni nyatakan di atas, terdapat 45 organisasi yang memerlukan buku ini dengan jumlah 1,968 naskah bagi tujuan pengajian.

Sehubungan dengan itu, Bookcafe telah membuka peluang kepada anda semua sekiranya berminat untuk memberi sumbangan wakaf minimum 1 naskhah sahaja dan tiada had jumlah maksimum wakaf.

Wakaf Bahtera Penyelamat


Bookcafe akan kumpulkan jumlah wakaf yang diterima dan akan dihantar kepada penerima mengikut kuantiti yang diperlukan oleh sesebuah organisasi.

Kos penghantaran dan pengurusan akan ditanggung oleh Bookcafe. Laporan wakaf yang sudah diterima dan dihantar akan dikemaskini di laman web dan juga media sosial BookCafe.

Anda boleh rujuk di [+] SINI senarai 45 organisasi yang terlibat dalam Wakaf Bahtera Penyelamat ini.


Buku Bahtera Penyelamat

Buku ini mempersembahkan huraian sebuah kitab ringkas berkenaan dasar-dasar asas ilmu fiqh berdasarkan panduan Mazhab Syafi'i.
Seiring dengan kesedaran agama sosial semasa, buku ini begitu solid (padat) dan mudah, serta secara langsung membincangkan kesimpulan hukum fiqh tanpa menyertakan dalil dan dasar penetapan hukum dengan begitu panjang lebar dan memberatkan.
Disebabkan itu, ia begitu sesuai untuk rujukan pantas dan segera para pelajar dan orang-orang yang baru ingin mengenali Islam.
Buku ringkas ini mencakupi panduan lengkap dan kukuh, dimulai dengan bab dasar-dasar akidah, taharah (bersuci), diikuti pula pelbagai penerangan berkaitan solat, pengurusan jenazah, dan zakat.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN-13: 978-967-411-762-7
Tarikh Terbit: 16 Jan 2016
Jumlah Muka Surat: 256
Berat (Kg): 0.38
===========================


Bagi anda yang berminat untuk memberi sumbangan wakaf, anda boleh ke laman web BookCafe di sini: [+] bookcafe.com.my

Fakta Tentang Bookcafe

  1. Ditubuhkan pada 5 Sept 2007. 
  2. Kini mempunyai lebih dari 50,000 pelanggan berdaftar. 
  3. Mempunyai lebih kurang 2000 produk termasuk buku, CD dan DVD. 
  4. Bookcafe mencatatkan e-commerce conversion rate lebih tinggi dari standard purata industri.
  5. Pemprosesan order yang cekap, pantas & berkualiti. 
  6. Mempunyai polisi pemulangan produk yang rosak. 
  7. Rating 4.5 bintang di Facebook 
  8. Buku Bestseller & Trending boleh didapati di Bookcafe
Semoga bermanfaat. Mohon share info ini kepada saudara mara anda atau kenalan rapat anda dengan menekan butang share di bawah. Sekian, terima kasih.

1 ulasan:

  1. Buku ni memang patut dimiliki oleh semua orang, sebab negara kita kebanyakan berpegang pada mazhab syafie. Tapi jangan rasa terikat dgn mazhab, sbb mazhab bukan agama.

    BalasPadam