Sentiasa Kelihatan Muda Dengan Tudung Bawal

Sentiasa Kelihatan Muda Dengan Tudung Bawal
Sentiasa Kelihatan Muda Dengan Tudung Bawal | Assalamualaikum & salam sejahtera. Ada tak di antara korang sejak dari dulu setia dengan tudung bawal walaupun sekarang ni dah berlambak jenis hijab dengan pelbagai design yang lawa dan tak kurang juga dengan design yang pelik-pelik?

Ok, sekiranya ada, apa yang Murni boleh katakan korang memang terbaikkk sebab tak tergoda dengan iklan-iklan tudung selain tudung bawal & berjaya kekalkan fenomena bertudung bawal dari dulu, kini dan selamanya. Haaaa gitu tak macam Murni ni dah lama curang kut :p

Ada orang kata, bertudung bawal ni akan menampakkan seseorang kelihatan muda dari usia sebenar. Betul ke? Mungkin ada betulnya, kalau Murni tengok orang pakai tudung bawal sedap je mata ni memandang, nampak forever in young gitu. Pendapat korang macam mana pulak?

Sebelum Murni terjebak dengan wide shawl & shawl schiffon, Murni pun tergolong juga sebagai peminat tudung bawal. Tapi at the end terpaksa curang dengan tudung bawal sebab muka Murni memang tak sesuai langsung pakai tudung bawal. Muka jadi bulat T_T Ohhh tak sukanya.

Tapi semua tu depend pada individu juga, ada yang sesuai pakai ada yang tak. Selain tu, faktor lain maybe sebab senang nak digunakan, tak perlu nak lilit sana sini. Kalau boleh nak jimat masa lagi.

Sentiasa Kelihatan Muda Dengan Tudung Bawal


Bagi peminat tegar tudung bawal, korang boleh usha Tudung Claudya bidang  50 keluaran SimpleHijab

Sentiasa Kelihatan Muda Dengan Tudung Bawal, tudung claudya

Claudya (tudung bawal @ square bidang 50") didatangkan dengan material fabrik satin dull yang berkualiti tinggi, diperhalusi dengan jahitan yang kemas serta ditampakkan lebih eksklusif dengan label plate besi berwarna emas. - SimpleHijab

Pelbagai Pilihan Warna

Kalau korang nak tengok full view bagi setiap pilihan warna yang tersedia, korang boleh klik link pautan berwarna di bawah ni:


Pandangan Murni mengenai tudung bawal Claudya ni, serius nampak lawa, elegant, dan mewah sesuai digayakan untuk sebarang majlis formal atau santai, ke pejabat atau ke kuliah. Pelbagai style yang korang boleh buat dengan tudung Claudya ni & yang penting labuh depan belakang boleh adjust.

Alahai rasa macam nak pakai pulak tudung Claudya ni, huhu tunggulah pipi pau kita nampak surut sikit hehe. Korang penggemar tudung bawal atau shawl tak pun tudung sarung? Cerrr komen, Murni pun nak tahu juga :D



3 ulasan:

  1. pakai mana2 pun ok asalkan menutup aurat..

    cuba try minum juice celery mana taw boleh turun kan pipi pau tu...


    blogwalking sini..
    JOm tambah ilmu mengenai kebaikkan sayur celery ni..

    http://www.biskutsemperit.my/2016/02/apakah-kebaikkan-memakan-sayur-celery.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah

      betul tu apa yg perlu diutamakan ialah menutup aurat,
      tak kesahlah pakai tudung jenis apapun.

      terima kasih untuk tipsnya :)

      Padam
  2. Tudung bawal memang menarik, ramai juga guru sekolah memakainya.

    BalasPadam