Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu, AJL ke-30

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu, AJL ke-30 | Assalamualaikum & salam. Ada tak di antara korang yang suka dengar Lagu Potret nyanyian Akim & The Majistret? Cer komen, Murni pun nak tahu juga.

Mesti korang sekarang ni tengah bahagia sebab lagu ni dah berjaya membolot trofi berprestij Juara Lagu bagi AJL ke-30 kali ni sekaligus menjadi pemenang bagi kategori persembahan terbaik. Murah sungguh rezeki orang yang bakal nak kahwin ni, kan?

Apa pun tahniah Murni ucapkan kepada kumpulan Akim & The Majistret. Lagu ni merupakan salah satu lagu feveret Murni siap dijadikan sebagai calls ringtone lagi haha pecah rahsia. Ok, baiklah Murni akan kongsikan keputusan penuh pemenang AJL ke-30.

Keputusan Penuh Pemenang AJL ke-30

Juara AJL ke-30: Akim & The Majistret 

potret, Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu, AJL ke-30, Akim & The Majistret
kredit imej via www.anugerahjuaralagu.com

Potret merupakan single kedua Akim & The Majistret selepas Mewangi. Komposer: Hang Nadim dan Penuli lirik: Kamar Empayar. Mereka telah dinobatkan sebagai juara AJL ke-30 dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000. 

Naib Juara AJL ke-30: Faizal Tahir

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu, AJL ke-30, faizal tahir, assalamualaikum
kredit imej via www.anugerahjuaralagu.com

Lirik lagu Assalamualaikum yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir mempunyai makna yang cukup mendalam ditambah dengan mesej yang mengajak manusia kepada kemanan. Lagu ciptaan bersama oleh Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong & Audi Mok. Lagu ini telah meraih trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000

Tempat Ketiga: Caliph Busker

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu, AJL ke-30, hanya namamu, caliph basker
kredit imej via www.anugerahjuaralagu.com

Siapa sangka tuah memihak kepada kumpulan Caliph Busker untuk meraih tempat ketiga. Lagu Hanya Namamu pertama kali dinyanyikan oleh kumpulan ini dalam AJL ke-30. Sebelum ini mereka berpeluang untuk menggantikan kumpulan Mojo pada AJL ke-29 dengan membawa lagu Roman Cinta. Komposer & penulis lirik: Edry Abdul Halim. Mereka memenangi wang tunai bernilai RM20,000.

Kategori Persembahan Terbaik

Sekali lagi Akim & The Majistret diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Persebahan Terbaik dengan membawa pulang trofi beserta wang tunai bernilai RM12,000. Wah hebat, tahniah tahniah tahniah!!!


#Potret nyanyian @akim_themajistret ! Perghh suara @akimahmad malam ni memang mantap weh #AJL30
Posted by TV3 Malaysia on Sunday, 24 January 2016


Kategori Vokal Terbaik

Vokal Terbaik telah dimenangi oleh Dayang Nurfaizah dengan mendendangkan lagu Tak Pernah Menyerah ciptaan Akid dan Poji Samad. Tak sangka hebat sungguh penangan vokal Dayang Nurfaizah sehingga mampu mempertahankan trofi yang pernah dimenanginya pada AJL yang lepas. 

Anugerah Qu Puteh Diva

Julung kali Anugerah Qu Puteh Diva diperkenalkan dalam AJL kali ni. Tujuannya adalah untuk menghargai 29 buah lagu yang pernah memenangi trofi Juara Lagu. Pemenang bagi Anugerah Qu Puteh Diva telah dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza dengan lagunya Cindai yang menerima banyak undian daripada peminat. 

Tahniah kepada semua pemenang. Ok, sampai di sini sahaja perkongsian daripada Murni

1 ulasan: