Selasa, Januari 05, 2016

Bina Kedai Online Serendah RM47 Sebulan

Bina Kedai Online Serendah RM47 Sebulan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Jika anda merupakan seorang usahawan yang baru menapak atau pun sudah lama mempunyai perniagaan sendiri dan menggunakan platform media sosial seperti Facebook untuk memasarkan produk, Murni syorkan kepada anda untuk baca entri ini. 

image via KedaiOlinez

Fakta Mengenai Perniagaan Online

Murni akan kongsikan serba sedikit fakta mengenai perniagaan online di Malaysia. Perkongsian ini adalah berdasarkan kajian yang Murni pernah lakukan semasa menuntut di Universiti.

Masyarakat Malaysia kini sudah mula bergerak selangkah kehadapan menuju ke arah celik IT. Situasi ini dapat mengurangkan kesulitan yang dialami oleh sesetengah pengguna yang menghadapi masalah untuk menjalankan sesuatu transaksi pembelian secara manual. 

Oleh itu, dengan adanya penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan pengguna segala masalah yang timbul boleh diselesaikan hanya di hujung jari. Misalnya, kini kita bukan sahaja dapat membeli-belah di Internet, membayar bil, membuat pembelian tiket kapal terbang, bahkan boleh menempah pakej pelancongan. 

Klik [+] KedaiOnlinez sekiranya anda ingin miliki web e-commerce serendah RM47 sebulan 

Berdasarkan jadual di bawah, terdapat kira-kira 9% daripada keseluruhan pengguna yang ditemuduga melakukan pembelian menerusi Internet. Daripada 9% itu, hampir 44 % melakukan pembelian tiket kapal terbang atas talian, dan diikuti dengan pembelian buku, 16 %, produk elektronik, 7% dan muzik 7% . (Abdul Rahim Anuar & Zulikha Jamaludin, 2009)

Taburan Pembelian melalui Internet oleh pengguna isi rumah Malaysia, 2005
Pembelian melalui Internet
%
Jumlah peratus (daripada sampel kajian)
9
Jenis perkhidmatan produk
Tiket kapal terbang
Buku
Elektronik
Muzik
Telekomunikasi
Aksesori
Pakej pelancongan
Permainan
Pakaian
Barang kemas
Alat tulis
Lain-lain

44
16
7
7
6
4
4
3
1
1
1
33
Sumber: Malaysian Communications and Multimedia Commission (2005)


Peningkatan jumlah pengguna Internet dan pembeli dalam talian menggambarkan potensi pasaran yang luas untuk perniagaan dalam talian. 

Menurut Sabri dan Syazwan (2009), Di Malaysia, golongan wanita dan remaja menjadi teraju utama dengan transaksi jual beli tidak rasmi melalui forum-forum seperti WanitaMelayu.com dan Lowyat.Net. Antara produk-produk yang popular di forum-forum ini adalah pakaian, aksesori wanita, barangan computer dan gajet elektronik terkini.

Menurut Laudon dan Traver (2010), Rangkaian Media Sosial telah menjadi saluran baru bagi e-dagang pada abad ini dengan mengemukakan nilai-nilai baru dalam perkhidmatan dalam talian kepada pengguna untuk memperkenalkan diri mereka dan hubungan dengan orang lain. Konsep e-dagang semuanya berkaitan dengan penggunaan Internet untuk melaksanakan perniagaan dengan baik dan pantas. 

Medium ini digunakan sebagai platform untuk memasarkan produk-produk kepada pengguna akhir. Pelbagai produk boleh diniagakan melalui kedai online dan susun atur produk-produk adalah mengikut kategori agar memudahkan pembeli untuk mencari produk yang menjadi pilihan hati mereka. Situasi ini sama seperti kedai di dunia nyata, namun apa yang membezakannya ialah pembeli tidak dapat menyentuh dan merasa produk yang bakal dibeli menerusi online.

Klik [+] KedaiOnlinez sekiranya anda ingin miliki web e-commerce serendah RM47 sebulan 

Namun begitu, individu atau usahawan yang menjalankan perniagaan online melalui Facebook, akan menghadapi kesukaran untuk memasarkan produk mereka kepada orang ramai sekiranya tidak mempunyai pengetahuan dalam dunia teknologi maklumat. 

Bagi memastikan kewujudan Facebook perniagaan yang telah dibangunkan mudah dikenali oleh orang ramai, maka mereka perlu memastikan bahawa orang ramai berasa selesa dengan perniagaan online yang dijalankan. Hal ini termasuklah gaya penulisan yang menarik, imej yang menarik, dan tawaran istimewa kepada pelanggan.

Jaringan sosial Facebook tidak akan menjadi strategi pemasaran secara keseluruhan untuk memasarkan produk kepada pengguna, tetapi ia boleh boleh dijadikan sebagai tempat untuk memulakan atau mempromosikan sesuatu strategi perniagaan. Hal ini secara tidak langsung dapat menghubungkan pemilik perniagaan dengan pelanggan berdasarkan cara kawalan dan mengukur hasil maklumat yang diperoleh daripada pelanggan.

Jom beralih kepada platform web e-commerce untuk meluaskan perniagaan anda dengan cara yang berkesan.

Bina Kedai Online Serendah RM47 Sebulan 

Sekiranya anda mempunyai niat untuk kembangkan lagi perniagaan anda di peringkat domestik mahupun antarabangsa, Murni sarankan supaya anda membina kedai online anda. Jangan risau, kalau anda tidak mempunyai kepakaran dalam membina kedai online, anda boleh gunakan khidmat daripada KedaiOnlinez. Harga yang ditawarkan pun sangatlah murah iaitu serendah RM47 sebulan.

KedaiOnlinez Pakar Membina Kedai Online Anda

Lengkap. Semua dalam satu. Kedai online dengan ciri paling hebat dan mantap!Kami menyediakan anda dengan segala ciri yang anda perlukan dalam membina sebuah kedai online yang mantap :
  1. Laman Web, Mobile Store
  2. Nama domainShopping cart dengan ciri-ciri keselamatan.
  3. Template ecommerce yang berkualiti.
  4. Katalog produk.
  5. Payment gateway.
  6. Akaun emel.
  7. Alat-alat pemasaran.
  8. Sistem laporan.

Testimoni Pelanggan KedaiOnlinez

Bina Kedai Online Serendah RM47 Sebulan
print screen via KedaiOnlinez

Klik [+] KedaiOnlinez sekiranya anda ingin miliki web e-commerce serendah RM47 sebulan 



8 ulasan:

  1. hai , ain singgah sini .
    salam perkenalan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih ain sudi singgah ke blog Murni & salam perkenalan jga dr Murni :)

      Padam
  2. wahh boleh tahan. Tapi sebenarnya dengan ada hosting sahaja anda sudah mampu membuka kedai online :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Amir :)
      Betul tu dgn adanya hosting dah boleh buka kdai online. Apa pun terpulang kpd indvidu/usahawan nk pilih yg mana.

      Padam
  3. Balasan
    1. betul tu Faizal, harga pun serendah RM47 sebulan. Jangan lepaskan peluang ni kalau nak berniaga online :)

      Padam
  4. wow banyak belian tiket kapal terbang ek

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin atas urusan kerja tak pun travel time ada promosi

      Padam