Khamis, Disember 31, 2015

Cara Mudah Menjimatkan Data Internet

Disember 31, 2015 0 Comments
image via www.bankrate.com

Cara Mudah Menjimatkan Data Internet | Assalamualaikum & salam sejahtera. Sekali lagi dan berkali-kali jugaklah mood nak menaip hilang entah ke mana. Taip, then delete, taip lagi sekali, then delete lagi & at the end beralih ke blog yang lain.

Alahai kesian sungguh blog personal Murni ni, jom berhuhu sapa yang mengalami nasib yang sama tehee. Well Murni ni jenis yang suka jadi 'burung hantu', makanya hari ni WAJIB update blog :P Actually Murni just nak share tips cara mudah bagaimana korang boleh jimatkan data Internet di Smart Phone korang.

Klik [+] Pengalaman Bersama ONEXOX

Ada tak di antara korang yang menggunakan simkad ONEXOX? Sekiranya ada, korang wajib baca entri ni sampai habis. Ok! Pengguna simkad daripada telco lain pun boleh cuba, tak kisahlah sama ada langganan pakej data korang tu limited or unlimited.

Cara Mudah Menjimatkan Data Internet

Sekiranya korang ada menggunakan aplikasi Whatsapp, telegram, Facebook dan lain-lain, ada baiknya kalau korang ubah setting mode telefon "auto download" kepada smart phone "manual media download". Kalau korang tak buat, confirm data korang tu cepat habis.

Antara 4 aplikasi yang perlu diubah settings:-

1. Facebook Setting

  • Buka FB
  • Pilih app settings
  • Pilih video - play
  • Pilih off/wifi only

2. Telegram Setting

  • Buka Telegram, klik bahagian atas sebelah kiri
  • Pilih Setting
  • Pilih "when using mobile data"
  • Hilangkan semua tanda "tick" dalam kotak

Klik [+] Pengalaman Bersama ONEXOX


3. Whatsapp Setting

  • Buka app Whatsapp
  • Pilih setting
  • Pilih chat settings
  • Pilih media "auto-download"
  • pilih "when using mobile data"
  • Hilangkan semua tanda "tick" dalam kotak

4. Play Store Setting

  • Buka Play Store
  • Pilih setting
  • Pilih "auto-update apps"
  • Pilih "auto-update apps over wifi only"
sumber: Facebook

Selamat mencuba! Sampai di sini sahaja perkongsian daripada Murni, semoga bermanfaat. Nak beralih ke blog lain pula hihi. 

Klik [+] Pengalaman Bersama ONEXOX 

Ahad, Disember 27, 2015

Simkad ONEXOX Lebih Menjimatkan Tanpa Caj Tersembunyi

Disember 27, 2015 2 Comments
Simkad ONEXOX Lebih Menjimatkan Tanpa Caj Tersembunyi | Assalamualaikum & salam sejahtera. Tahukah anda kini terdapat inovasi prabayar yang lebih menjimatkan tanpa ada sebarang caj tersembunyi yang dikenakan ke atas pengguna? 

Ya, ia sememangnya wujud, kalau anda ingin berjimat pilihlah simkad ONEXOX atau anda boleh kekalkan nombor telefon dengan MNP. 
Klik [+] Pengalaman Bersama ONEXOX

image via www.onexox.my

Apa itu ONEXOX?
ONEXOX merupakan jenama kepada salah satu produk perkhidmatan mudah alih prabayar yang disediakan oleh XOX Berhad dan diedarkan secara eksklusif oleh One XOX Sdn. Bhd. - ONEXOX


Simkad ONEXOX Lebih Menjimatkan Tanpa Caj Tersembunyi

1. Kadar Panggilan
Kadar panggilan serendah 5 sen ke semua rangkaian untuk bawah 10 saat atau masuk ke voicemail. Cara mudah untuk anda mengetahui kadar panggilan anda, ikuti 3 langkah mudah ini:-

  • Semak baki kredit handphone anda RM__
  • Buat panggilan ke mana-mana talian selama 5 saat
  • Semak semula baki handphone RM__
Simkad ONEXOX Lebih Menjimatkan Tanpa Caj Tersembunyi


2. Tambah 10 Nombor Famili & Rakan (FnF)
Anda boleh daftarkan 10 nombor famili dan rakan anda sama ada melalui portal selfcare (selfcare.xox.com.my) atau melalui SMS dengan menaip

FnF ADD (no. telefon) hantar ke 22111

Caj RM1 akan dikenakan bagi setiap penukaran/ pendaftaran no. FnF setelah membuat 10 kali pendaftaran secara percuma.

Klik [+] Pengalaman Bersama ONEXOX

3. 1,800 SMS Percuma

Simkad ONEXOX Lebih Menjimatkan Tanpa Caj Tersembunyi

4. Semak Bil Anda
Satu-satunya prepaid yang menyediakan bil untuk pelanggannya. Setiap pengguna boleh melayari portal XOX Selfcare: selfcare.xox.com.my

Simkad ONEXOX Lebih Menjimatkan Tanpa Caj Tersembunyi
Bill Statement


 5. User Get User
Program ini terbuka kepada pelanggan ONEXOX sahaja yang mana setiap pelanggan layak untuk mengesyorkan perkhidmaan ONEXOX kepada kenalan tanpa sebarang had. Anda layak untuk menerima 6% ganjaran daripada tambah nilai yang dibuat oleh kenalan.

6. Tiada 'Pay Per Use'
Dijamin anda tidak lagi akan kehilangan kredit sewaktu menggunakan data Internet.

Klik [+] Pengalaman Bersama ONEXOX

7. Internet Mudah Alih Berkelajuan Tinggi
Tiada catuan dalam kelajuan internet data dan langganan sebulan hanya dari RM18 sebulan sahaja.

Simkad ONEXOX Lebih Menjimatkan Tanpa Caj Tersembunyi
Pakej Promosi Langganan Data ONEXOX

8. Tempoh Sah Sehingga 28 Bulan
Kekalkan nombor lama atau dapatkan stater pack dan tambah nilai RM50 dalam masa 30 hari.

Simkad ONEXOX lebih menjimatkan tanpa caj tersembunyi. Untuk maklumat lanjut mengenai simkad ONEXOX ini, anda boleh klik [+] SINI


Sabtu, Disember 26, 2015

Cara Mengetahui Sama Ada Contact Lens Tiruan ataupun Tidak

Disember 26, 2015 3 Comments
Cara Mengetahui Sama Ada Contact Lens Tiruan ataupun Tidak | Assalamualaikum & salam sejahtera. Walaupun Murni ni mengalami masalah rabun, setakat ini  tak pernah lagi guna contact lens. 

Korang yang nak pakai contact lens bagi sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan kena berhati-hati tau takut nanti terbeli yang tiruan pulak. Senang je rupanya nak tahu sama ada contact lens tu tiruan ke tak. 

Cara Mengetahui Sama Ada Contact Lens Tiruan ataupun Tidak


Cara Mengetahui Sama Ada Contact Lens Tiruan ataupun Tidak


Hati2. jangan beli lens dengan harga yang terlalu murah. berkemungkinan besar ia adalah lens buatan China. Lens tiruan, BAHAYA. Warnanya boleh tertanggal dalam mata. sebelum pakai try colet kan lens guna cottonbutt yang telah dibasahkan dengan air pencuci Lens untuk menguji sama ada ia selamat dipakai atau tidak. Kalau warna dia tanggal dari lens mcm dalam gambar ni, bermakna ia tidak selamat untuk digunakan. Pastikan Lens yg korang beli BUKAN buatan CHINA. - Awas Prodak Kecantikan Yang Berbahaya.

Jangan jadi orang yang rugi, kalau mata tu dah elok-elok tak ada masalah, janganlah gatal tangan nak cuba pakai. Sayangilah mata anda. Ok!


Jumaat, Disember 25, 2015

Nabila Huda dan Mohd Izwan Johar Selamat Bernikah

Disember 25, 2015 1 Comments
Nabila Huda dan Mohd Izwan Johar Selamat Bernikah | Assalamualaikum & salam sejahtera. Tahniah Murni ucapkan kepada Nabila Huda, 31 yang kini sudahpun selamat bergelar isteri kepada Mohd Izwan Johar, 32 pemilik restoran Kulcats pada jam 9.30 pagi bertempat di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah.

Gambar kahwin, artis malaysia, nabila huda kahwin
Nabila Huda dan Mohd Izwan Johar


Nabila Huda dan Mohd Izwan Johar Selamat Bernikah


Nabila dinikahkan sendiri oleh bapanya, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 57, disaksikan jurunikah. Mohd Izwan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Nabila. Bagaimanapun pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran. Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas tujuh dulang. Majlis pernikahan pelakon yang popular dengan drama bersiri Teduhan Kasih itu berlangsung secara sederhana dan dihadiri oleh teman rapat sera keluarga. - Berita Harian

Gambar Majlis Akad Nikah Nabila Huda & Mohd Izwan Johar


nabila huda kahwin, mohd izwan johar
Nabila Huda dinikahkan oleh bapanya sendiri, Amy Search (Suhaimi Abdul Rahman, 57)
Mohd Izwan Johan menyarungkan cincin di jari isterinya, Nabila Huda

Nabila Huda dan Mohd Izwan Johar Selamat BernikahNabila Huda dan Mohd Izwan Johar Selamat Bernikah

Nabila sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008 namun berpisah tiga tahun kemudian. Hasul perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.- Berita Harian

Sumber: Berita Harian

Khamis, Disember 24, 2015

Gambar Studio Konvokesyen UUM ke-28

Disember 24, 2015 2 Comments
Gambar Studio Konvokesyen UUM ke-28 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Alahai kesian sungguh blog Murni ni, terabai untuk beberapa hari ni. Bukan menghilang, tapi Murni sibuk set up 1 lagi blog baru. Bab ni nanti Murni update entri baru na.

Gambar Studio Konvokesyen UUM ke-28


Actually Murni just nak sambung entri yang lepas je, kalau sebelum ni Murni dah dapat Gambar Pentas Majlis Konvokesyen UUM ke-28 dan dua hari yang lepas gambar studio pulak dah sampai ke rumah. Alhamdulillah sampai jugak akhirnya.


Dalam gambar terserlah muka penat, tak boleh senyum lebi-lebih. Dahlah sebelum hari konvo tu berulang-alik dari penang ke UUM then ke Penang semula. Lepas tu duk berjam-jam dalam dewan yang sejuk. Majlis selesai kena berasak-asak keluar dewan dengan lautan manusia yang berkumpul sepanjang laluan dek kerana hujan. Bergegas pula ke tapak pesta konvo nak ambil gambar studio dengan famili. Muka pun masam mencukalah dalam gambar kuikui

Pakej gambar studio yang abang Murni ambil, Pakej B: Gambar 2 keping size 11R + 2 frame gambar + 1 CD = RM100. Kualiti gambar apa yang Murni boleh katakan not bad, cantik ja sesuailah dengan harga...haha tak boleh puji lebih-lebih.

Ok Murni dengan baik hati nak promotelah studio rasmi konvokesyen yang jadi pilihan time konvo hari tu, manalah tahu ada yang berminat nak guna servis dari ZUMAR PICTURES. 

ZUMAR PICTURES - AS0368369-V
No.3, Lot Kedai Bt 12, Jalan Naka,
06400 Pokok Sena, Kedah.
013-4044704 
zumarpictures@gmail.com


Isnin, Disember 21, 2015

Gegaran Gempa Bumi di Lahad Datu, Sabah

Disember 21, 2015 0 Comments
Gegaran Gempa Bumi di Lahad Datu, Sabah | Assalamualaikum  salam sejahtera. Merasa buat kali yang kedua gegaran gempa bumi. Rasa takut pun ada, tengah duk taip entri blog tetiba kerusi meja bergerak, tengok kipas yang bergantung di siling pun tengah menari-nari. Haaa boleh lagi melawak.

Maklmat Gempa Bumi

Gegaran Gempa Bumi di Lahad Datu, Sabah

Murni rasa gegaran gempa dalam jam 2.47 a.m macam tu haaa nampak tak sempat lagi tengok jam laptop. Murni dah cek di Laman Web Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), memang betullah ada kejadian gempa bumi yang berlaku di Kalimantan, Indonesia. Kawasan ni sangat hampir dengan Tawau, Sabah. 


Murni yang duk menetap di Lahad Datu pun terasa gegaran gempa yang mana gegarannya tidaklah sekuat apa yang dirasakan oleh kawan-kawan Murni yang menetap di Tawau. 

Semoga Allah melindungi kita semua. 

Ahad, Disember 20, 2015

Panduan Solat Untuk Pesakit

Disember 20, 2015 0 Comments
Panduan Solat Untuk Pesakit | Assalamualaikum & salam sejahtera. Entri kali ini khas bagi pesakit yang beragama Islam untuk menunaikan solat. Panduan solat ini terbahagi kepada tiga iaitu solat duduk, mengiring dan terlentang.

Panduan Solat Untuk Pesakit

Pesakit yang tidak mampu solat berdiri dan mampu solat duduk (di birai katil)

  1. Niat & Takbiratul Ihram, membaca al-Fatihah
  2. Ruku' ikut kemampuan
  3. Iktidal
  4. Sujud di atas lantai tempat solat jika mampu, jika tidak sujud semampunya
  5. Duduk di antara dua sujud/ duduk tasyahhud
  6. Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam.

Pesakit yang tidak mampu solat berdiri dan mampu solat duduk (di atas katil)

  1. Niat & takbiratul ihram, membaca al-Fatihah
  2. Rukuk ikut kemampuan
  3. Iktidal
  4. Sujud ikut kemampuan
  5. Duduk di antara dua sujud/duduk tasyahhud
  6. Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam.
[+] klik SINI untuk dapatkan panduan bersuci & bersolat bagi pesakit

Pesakit yang mampu mengiring

  1. Niat & takbiratul ihram, membaca al-Fatihah
  2. Rukuk ikut kemampuan
  3. Iktidal
  4. Sujud ikut kemampuan
  5. Duduk di antara dua sujud/duduk tasyahhud
  6. Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam.

Pesakit yang mampu solat terlentang

  1. Niat & takbiratul ihram, membaca al-Fatihah
  2. Rukuk ikut kemampuan
  3. Iktidal
  4. Sujud ikut kemampuan
  5. Duduk di antara dua sujud/duduk tasyahhud
  6. Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam. Pesakit yang tidak mampu untuk menggerakkan anggota badan, maka boleh menggnakan isyarat kepala. Jika tidak mampu, gunakan isyarat mata dan jika tidak mampu juga, lakukan solat dengan hati.
Untuk gambaran yang lebih mudah boleh rujuk gambar di bawah ini.

Panduan Solat Untuk Pesakit
Panduan Solat Untuk Pesakit
[+] klik SINI untuk dapatkan panduan bersuci & bersolat bagi pesakit


Semoga bermanfaat, kongsikan panduan ini kepada keluarga dan sahabat korang.

Sumber: Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Sabtu, Disember 19, 2015

My New Zalora

Disember 19, 2015 3 Comments
My New Zalora | Assalamualaikum & salam sejahtera. Terlupa. Ya, Murni terlupa sebenarnya nak kongsikan mengenai invitation yang Murni dapat bulan lepas daripada Zalora Malaysia. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki Murni menerusi blog kesayangan ni. Invitation ni merupakan offer yang ke-3 Murni dapat.

Tak perlu Murni huraikan mengenai offer yang Murni dapat tu sebab ianya adalah sulit. For those bloggers yang pernah dapat offer ni confirm dah tahu kan?

Kalau korang nak baca artikel bulan lepas yang Murni buat, korang boleh direct klik [+] Aleena Tudung Pelengkap Gaya Hijabista

My New Zalora

Kali ketiga bershopping di Zalora Malaysia tanpa mengeluarkan duit sesen pun, Murni just menggunakan kod baucer RM100 yang diberikan sahaja. Yeayy bertambah lagi koleksi muslimah attire daripada Zalora Malaysia. 

#mynewzalora, muslimah attire
Long Button Shirt& Floral Print Chiffon Shawl

Gambar bawah ni untuk full view bahagian hadapan dan belakang Long Button Shirt. 

Long Button ShirtLong Button Shirt

Modestly casual and elegant. This is what this top by Ethnic Chic is all about. Featuring a relaxed design, this shirt will cover all your parts without covering your style appeal. An easy do but a great uplift on your style.

#mynewzalora pilihan Murni kali ni datangnya daripada jenama Ethnic Chic which is Long Button Shirt, RM75.00 & Floral Print Chiffon Shawl, RM15. Mencik tau kena bayaq GST lagi haha. Murni memilih warna fav Murni iaitu dark blue. Beli shawl pun sebab nak cukupkan RM100 include GST lagi. Haha sayang kut kalau tinggai balance.

Feedback positif daripada Murni, kualiti kain memang sangat best & servis penghantaran pun tip top.

Ok tu sahaja yang Murni nak kongsikan. Apa pun terima kasih sekali lagi Zalora Malaysia sebab beri peluang.


Jumaat, Disember 18, 2015

Nad Zainal Sah Bergelar Isteri Kepada Muhammad Faliq

Disember 18, 2015 0 Comments
Nad Zainal Sah Bergelar Isteri Kepada Muhammad Faliq | Assalamualaikum & salam sejahtera. Tahniah Murni ucapkan kepada pelakon Nad Zainal, 25 kerana sudahpun sah bergelar sebagai seorang isteri kepada pasangannya iaitu Muhammad Faliq, 27. 

Nad Zainal Sah Bergelar Isteri Kepada Muhammad Faliq

Nad Zainal Sah Bergelar Isteri Kepada Muhammad Faliq


Majlis akad nikad telah berlangsung di Rooftop Hotel Bukit Jelutong, Shah Alam dan pengantin perempuan menerma mas kahwin bernilai RM350. Majlis tersebut hanya dihadiri oleh saudara dan rakan terdekat sahaja.

Majlis persandingan pula diadakan pada sebelah malam di The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong yang mana dihadiri oleh kenalan rapat, sanak-saudara dan rakan media.

Majlis nikah memang untuk keluarga dan teman terdekat sahaja yang akan hadir sementara majlis sanding pula bagi pihak media yang diundang dan mahu membuat liputan, gambar akan disediakan. Majlis kahwin saya ini memang tak ada protokol.  Hanya mahu meraikan tetamu yang hadir dan mengharapkan ia akan terpahat sebagai memori indah itu sudah cukup memadai,” memetik kata-kata Nad sebelum ini kepada Berita Harian

Gambar Majlis Akad Nikah Nad Zainal & Pasangan

Nad Zainal Sah Bergelar Isteri Kepada Muhammad Faliq

Nad Zainal Sah Bergelar Isteri Kepada Muhammad Faliq

Nad Zainal Sah Bergelar Isteri Kepada Muhammad Faliq

Nad Zainal Sah Bergelar Isteri Kepada Muhammad Faliq

Nad Zainal Sah Bergelar Isteri Kepada Muhammad Faliq

Sumber: ROTIKAYA



Khamis, Disember 17, 2015

Kisah Perebutan Wanita Oleh Habil & Qabil

Disember 17, 2015 2 Comments
Kisah Perebutan Wanita Oleh Habil & Qabil | Assalamualaikum & salam sejahtera. Murni kembali lagi untuk berkongsi salah satu tafsir di bawah tema tokoh wanita iaitu Kisah Perebutan Wanita oleh Habil & Qabil sebagaimana yang terkandung dalam Al-Quran Surah Al-Ma'idah, 5: 27.

Kisah Perebutan Wanita Oleh Habil & Qabil
Gambar sekadar hiasan

Kisah Perebutan Wanita Oleh Habil & Qabil

Kisah ini berlaku selepas diturunkan Adam dan Hawa ke bumi. Pelbagai cabaran hidup telah bermula. Salah satu penyebabnya ialah wanita sehingga satu sama lain saling bermusuhan seterusnya membawa kepada pertumpahan darah. Perkara ini merupakan bentuk demonstrasi kekuatan mereka yang mengikut hawa nafsunya.

Kisah Qabil dan Habil merupakan kisah pertumpahan darah pertama di bumi ini yang disebabkan oleh wanita. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas daripada Nasin, daripada seorang sahabat bahawasanya Adam mengahwinkan setiap lelaki dengan keturunan wanita yang lain.

Habil berhasrat untuk berkahwin dengan saudara kembar Qabil yang lebih tua daripadanya. Namun Qabil menghalangnya. Dia pun meminta agar dikahwinkan dengan saudara kembarnya. Adam menolaknya dan memerintahkan kedua-duanya untuk berkorban.

Lalu disaksikan oleh seluruh keluarga Adam, Qabil dan Habil pun mempersembahkan korban di atas bukit. Qabil mempersembahkan hasil pertaniannya. Dia sengaja memilih hasil gandum daripada jenis yang buruk, sedangkan Habil mempersembahkan seekor kambing yang terbaik dan yang paling dia sayangi.

Dengan berdebar-debar, mereka menyaksikan daripada jauh. Tidak lama kemudian, api besar menyambar kambing persembahan Habil, sedangkan gandum persembahan Qabil tetap tidak tersentuh. Qabil sangat kecewa melihat situasi tersebut dan terpaksa menerima kenyataan.

Hari demi hari berlalu, Iblis datang merasuk fikiran Qabil dan membisikkan sesuatu, iaitu jika Qabil boleh membunuh Habil, tentulah dia akan berkahwin dengan Iqlima yang cantik jelita. Perkara ini terus-menerus diperdengungkan oleh Iblis.

Pada dasarnya, Qabil memang berhasrat memiliki Iqlima sehingga dia pun mengikut bisikan iblis. Pada suatu hari, ketika Habil mengembala ternaknya di tempat sunyi yang jauh daripada penempatan Nabi Adam dan Hawa, tiba-tiba Qabil memukul kepala Habil sampai mati. Inilah pembunuhan pertama pada umat manusia di bumi.

Selepas Habil mati, Qabil berasa kebingungan. Dia pun menggoncang-goncangkan tubuh saudaranya itu, namun tidak bergerak. Lalu dia membawanya ke sana dan ke mari. Dia pun menyesal. Pada saat itulah, Allah memberikannya pengajaran melalui burung gagak. Akhirnya dia menggali tanah dan menguburkan mayat saudaranya itu. (Dr. Yasin Gadban, Nisa Fi Hayatil Anbiya, 2004:23).

Sumber: Al-Quran Al-Karim Ar-Raudah [Tema Tokoh Wanita, m/s 112]

Rabu, Disember 16, 2015

Bahan-Bahan Yang Disalahgunakan Dalam Pembuatan Kosmetik Tidak Berdaftar

Disember 16, 2015 0 Comments
Bahan-Bahan Yang Disalahgunakan Dalam Pembuatan Kosmetik Tidak Berdaftar | Assalamualaikum & salam sejahtera. Rasa terpanggil pula nak kongsikan mengenai bahan-bahan yang disalahgunakan dalam pembuatan kosmetik yang tidak berdaftar. Kaum hawa wajib baca tau entri ni. At least ada jugaklah sedikit ilmu tentang bahan-bahan kosmetik yang kita gunakan sama ada boleh memudaratkan kesihatan ke tak.

Gambar sekadar hiasan, sumber: google image


Maklumat yang Murni dapat adalah bersumberkan daripada page AWAS Prodak Kecantikan Yang Berbahaya. Antara 4 bahan berbahaya yang sering kali disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggunjawab seperti berikut:

1. Tretinoin

  • Merupakan ubat terkawal yang sering kali digunakan untuk merawat masalah jerawat tetapi hanya dengan arahan daripada doktor pakar perubatan sahaja.
  • Tretinoin ialah bahan teratogenik iaitu penyebab kanser yang boleh menyebabkan kecacatan bayi di dalam kandungan.
  • Pengguna juga berisiko tinggi untuk mengalami pengelupasan kulit yang teruk sekiranya dos penggunaan adalah tidak dikawal.

2. Merkuri

  • Merkuri ialah sejenis logam berat yang digunakan secara meluas dalam industri kimia dan elektronik.
  • Ianya sangat bertoksik kepada manusia dan perlu dikendalikan dengan cermat
  • Pengguna berisiko tinggi untuk mengalami pengelupasan kulit yang teruk, kecacatan bayi, (jika pengguna mengandung), dan meningkatkan risiko penyakit parkinson.

3. Hydroquinone

  • ialah bahan yang selalu disalahgunakan dalam krim pemutih
  • Ia bertindak dengan menghapuskan sel melanin yang menghasilkan pigmen (bahan pelindung sinaran UV) dan menyebabkan sel kulit terdedah kepada sinaran UV seterusnya berpotensi untuk mendapat kanser kulit.
  • Pengguna berisiko tinggi untuk mengalami pengelupasan kulit yang teruk, kehitaman kulit (kesan terbakar), dan sawan.

4. Plumbum

  • ialah sejenis bahan yang sering digunakan secara meluas dalam pembuatan cat dan gasoline.
  • Pendedahan terhadap plumbum secara berterusan akan meningkatkan lagi kandungannya di dalam tubuh badan dan tubuh tidak mempunyai cara yang berkesan untuk membuang plumbum.
  • Pengguna berisiko tinggi untuk mengalami kerosakan otak, gangguan buah pinggang,, dan masalah usus seperti sembelit dan koliks.
Lepas ni kena berhati-hatilah kalau nak pilih produk kosmetik. Silap sikit menyesal tak sudah. Kalau korang nak cek sama ada sesuatu produk tu berbahaya ke tak korang boleh klik pautan ni http://portal.bpfk.gov.my/

Isnin, Disember 07, 2015

Perempuan Sebagai Ujian Kenikmatan

Disember 07, 2015 0 Comments
Perempuan Sebagai Ujian Kenikmatan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Murni nak kongsikan kepada korang mengenai perempuan sebagai ujian kenikmatan sebagaimana yang terkandung dalam Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3: ayat 14. 

Perempuan Sebagai Ujian Kenikmatan

Pelbagai bentuk nikmat yang Allah ciptakan untuk manusia dalam menjalankan kehidupan di dunia. Salah satunya ialah perempuan, anak-anak dan harta.

Jika keinginan terhadap perempuan itu bertujuan untuk menjaga kesucian dan mendapatkan keturunan, hal tersebut sangat dianjurkan dan disunnahkan, sebagaimana beberapa hadis tentang pekahwinan. Rasulullah SAW bersabda,

Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya ialah perempuan solehah. Kalau suaminya memandangnya, dia (isteri) membahagiakannya. Kalau suaminya menyuruhnya, dia mentaatinya. Dan kalau suaminya tidak berada di sisinya, dia sentiasa menjaga dirinya dan menjaga harta suaminya.     
 (Hadis Riwayat Muslim, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Perempuan Sebagai Ujian Kenikmatan
Gambar sekadar hiasan [source:google image]


Dalam hadis lain, 
Dijadikan indah bagi aku dua hal, perempuan dan wangia-wangian. Dan dijadikan kesejukan mata hatiku di dalam solat.
 (Hadis Riwayat An-Nasa'i dan Al-Hakim) 

Anak merupakan kebanggaan dan perhiasan. Tetapi kalau kecintaan kepada anak-anak bertujuan untuk memperbanyak keturunan dan memperbanyak jumlah umat yang beribadah kepada Allah SWT semata, hal ini sangat terpuji. Rasulullah SAW bersabda,
Berkahwinlah dengan perempuan yang mempunyai sifat penyayang dan yang melahirkan banyak keturunan kerana aku akan bangga dengan jumlah engkau semua yang banyak sebagai umat terbanyak pada hari kiamat nanti.
(Hadis Riwayat Hakim)

Begitu juga dengan harta benda. Jika harta benda tersebut bertujuan untuk berbangga-bangga kepada orang-orang lemah dan menindas orang-orang fakir, maka ianya adalah perbuatan yang hina. Akan tetapi, kalau ianya digunakan untuk memberikan nakah kepada kaum kerabat, mengeratkan silaturrahim, dan berbuat baik serta taat hal tersebut merupakan perbuatan yang mulia.

Pada mufassir berbeza pendapat berkaitan dengan ukuran qintar dalam harta. Akan tetapi, menurut kebanyakan ulama, qintar ialah harta yang banyak, sebagaimana yang dikatakan Ad-Dahhak dan yang lain (Ibnu Kasir, Tafsir al-Qur'anil ;Azim, Jilid 1, 1996:359)

Semoga entri Perempuan Sebagai Ujian Kenikmatan bermanfaat untuk korang dan diri Murni sendiri.

Sumber: Al-Quran Al-Karim Ar-Raudah [Tema Ibrah]


Ahad, Disember 06, 2015

Menang Giveaway Products From Citra Mulia by Pinku no Sakura

Disember 06, 2015 1 Comments
Menang Giveaway Products From Citra Mulia by Pinku no Sakura | Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah hadiah yang ditunggu akhirnya dah selamat sampai a few days ago. Actually bulan tiga hari tu Murni ada menang satu giveaway yang dianjurkan oleh blogger Jia Jia pemilik blog Pinku no Sakura. Sesaja nak join tak sangka pulak boleh menang.

Menang Giveaway Products From Citra Mulia by Pinku no Sakura
Produk Citra Mulia


Yang lawaknya mati-mati Murni ingatkan menang tempat kedua, sampailah Jia Jia maklumkan semula yang Murni menang 1st place. Tahu pun lepas dah dapat hadiah & cek semula email yang Jia Jia pernah send dulu. Huaaa teruk sangat masalah rabun time tu mana dengan tak cukup tidur lagi, ada je yang tersilap pandang.

Hadiah lambat sampai sebabnya servis penghantaran yang hampeh sangat, dua kali tau parcel return tanpa sebarang notis. Murni dah menolak supaya  Jia Jia tak perlu pos semula tapi dia still nak pos jugak. Akak puji sangat tau dengan sikap Jia Jia yang bertanggungjawab atas Giveaway yang dianjurkan. 

Terima kasih sekali lagi Jia Jia untuk hadiahnya, seriously produk ni memang best sangat bila pakai. Lastly, korang yang tak follow lagi blog Jia Jia boleh direct klik [+] Pinku no Sakura

Rabu, Disember 02, 2015

Gambar Majlis Konvokesyen UUM ke-28

Disember 02, 2015 3 Comments
Gambar Majlis Konvokesyen UUM ke-28 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Penantian selama 6 minggu akhirnya terbalas dengan 4 keping gambar Majlis Konvokesyen UUM ke-28 yang sudahpun berada dalam tangan sejak semalam lagi. Ini yang Murni suka janji dicapati. Hati manyak senang owhhh hihi. 

Gambar Majlis Konvokesyen UUM ke-28 

Gambar Majlis Konvokesyen UM ke-28

Kalau diikutkan hati Murni memang tak nak pun ambil pakej gambar pentas ni sebabnya bajet yang Murni sediakan sendiri tak mencukupi muehehe. First bila baca dalam panduan konvo kena sediakan RM50 untuk gambar pentas. Ok dah simpan duit untuk ni. Then bila baca post rakan FB ada yang kata seratus lebih dan ada yang dapat pakej dalam RM90. Bila dah jadi macam ni mulalah rasa tak puas hati. Tu yang mula-mula sampai tak nak ambil gambar pentas haha sampai macam tu sekali.

But at the end bila bincang dengan abang, abang kata ambil jelah untuk kenang-kenangan. Bajet untuk gambar abang & adik Murni yang sponsorkan. Huhhh gila tak terharu nasib ada abang-abang & adik lelaki Murni tolong payungkan hihi

Total semua dua ratus ringgit , telan ayaq liur bila Murni tengok resit bayaran hari tu. Tak tahulah pakej yang mana satu abang Murni ambil, yang pastinya dapat 4 keping gambar + 3 Frame + CD. Dalam CD just ada 3 gambar sahaja. Boleh nampak pipi pau kut gambar yang nombor dua haha

Gambar Majlis Konvokesyen UM ke-28
             
Gambar Majlis Konvokesyen UM ke-28

Gambar Majlis Konvokesyen UM ke-28

Dalam pada Murni duk suka hati terima gambar Konvokesyen UUM ke-28 ni, ada kerisauan yang bertandang bila mana gambar family tak sampai-sampai lagi. Mak kita pula asyik tanya kenapa gambar keluarga tak ada lagi. Mohon diri ini bersabar ya.

DIY: Storage Box

Disember 02, 2015 1 Comments
 DIY: Storage Box | Assalamualaikum & salam sejahtera. Kalau tak silap Murni rasanya dah lebih seminggu Murni buat DIY: Storage Box, tapi baru hari ni nak update kat blog. Hari tu tak siap lagi sebenarnya balut pun tak mana bahagian nak buka drawer dia tak buat lagi. So semalam dah beli pembalut, tak sampai sejam dah siap storage box Murni.

DIY: Storage Box

For those mommy out there, janganlah buang kotak susu yang ada di dapur maybe boleh buat DIY storage. Tapi kalau malas nak buat memang tak jadi jugak kan? Hihi tak pa kalau nak buat or tak nak buat pun boleh. Bergantung pada diri masing-masing.

Murni siap cakap awal-awal dengan kakak tak payah buang kotak susu anak buah Murni sebab nak buat storage box. Kotak susu Anmum ni saiz dia tak adalah besar or kecik sangat sederhana je, jadi senanglah nak buat storage box.

DIY kali ni Murni tak ada pn tengok mana-mana tuto dekat youtube, semuanya ikut kepala hotak sendiri je. Asal jadi katakan haha. Sebelum ni Murni pernah buat DIY: Makeup Case.

 Step by Step DIY Storage Box

step by step diy sorage box, storage box
Step by Step DIY Storage Box

  1. Sediakan 6 kotak susu Anmum / apa sahaja jenis kotak yang mempunyai saiz yang sama.
  2. Ambil 3 kotak & gunting bahagian atas kotak (gambar #2)
  3. Sambungkan ketiga-tiga kotak tersebut dengan menggunakan gam/double tape/stapler (gambar #3)
  4. 3 kotak yang selebihnya untuk drawer. Guntingkan sedikit (1cm/kurang) bahagian kiri dan kanan. Kalau nak senang ikut je line kotak yang tertulis maklumat pemakanan (gambar#4)
  5. Step 5 & 6. Bila dah gunting sampai ke hujung, bahagian depan kotak tadi kena tinggalkan sebahagian sahaja untuk dilipat ke dalam dan gamkan. Tujuannya nak bagi keras sikit bahagian depan drawer jadi senang nak tarik keluar nanti. Boleh tengok gambar #8
  6. Step 7. Untuk bahagian belakang drawer pun kena guntingkan sikit, then stapler or gamkan. Penting dari step 4 hingga 7. Itu yang menentukan ketiga-tiga drawer boleh masuk atau tak ke dalam kotak yang dan siap sebelum ni iaitu gambar #3
  7. Step seterusnya kena buat lubang sikit pada bahagian depan drawer supaya senang nak tarik keluar. Murni cadangkan korang guna penutup botol untuk buat ukuran hemisphere. Murni ingat nak guna ribbon je tapi tak jumpa pulak penebuk lubang.
  8. Dah siap semua tu, bolehlah korang balut cecantik.

Tadaaaa inilah storage box Murni tak lawa pun tapi bolehlah kan. 

DIY: Storage Box
My Storage Box

Abaikan je lappy usang Murni ya hari tu lekat resit bank kali ni kad bisness haha terpaksa buat macam tu sebab dah banyak kali hantar kat kedai. Ok sampai di sini perkongsian Murni, tunggu next DIY pula.