Isnin, Oktober 19, 2015

Skim Latihan 1Malaysia Kerjaya Jururawat

Oktober 19, 2015 0 Comments
Skim Latihan 1Malaysia Kerjaya Jururawat

Skim Latihan 1Malaysia Kerjaya Jururawat | Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memantapkan graduan keluaran diploma kejururawatan dengan kemahiran dan pengalaman yang boleh meningkatkan kelangsungan mereka untuk mendapat pekerjaan yang baik. 

Skim Latihan 1Malaysia Kerjaya Jururawat


Program ini bakal mendedahkan graduan lepasan kursus kejururawatan peringkat diploma Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi menaiktaraf kemahiran klinikal sekaligus meningkatkan pembangunan sahsiah dan keyakinan kendiR.


Program SL1M Jururawat sudah pun dimulakan pada tahun 2013. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan dan paling lama 1 tahun. Setiap peserta akan menerima beberapa bantuan seperti elaun bulanan sekurang-kurangnya RM900 sepanjang tempoh latihan diadakan.
Graduan yang hendak menyertai SL1M Jururawat mestilah terdiri dari warganegara Malaysia, memiliki kelulusan dalam Diploma Kejururawatan Institusi Pengajian Tinggi dari Malaysia, berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia, graduan yang menganggur 6 bulan selepas tamat pengajian atau 6 bulan selepas menerima transkrip peperiksaan dan graduan yang telah bekerja tetapi tidak menerima gaji atau tidak setaraf dengan kelulusan yang dimiliki.

Mereka yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan dengan memohon di laman sesawang www.moh.gov.my serta mengisi borang pendaftaran yang disediakan. Sertakan salinan sijil yang diminta bersama dokumen yang berikut :

• Borang pendaftaran peserta
• Resume (biodata)
• Salinan Mykad
• Diploma kejururawatan atau ijazah sarjana muda
• Transkrip peperiksaan
• Perakuan Pendaftaran Lembaga Jururawat Malaysia
• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
• Sijil ko-kurikulum
• Rekod Kesihatan (untuk pesakit kronik)

Setelah borang selesai diisi, hantarkan borang tersebut bersama salinan sijil yang berkaitan kepada Sekretariat SL1M Jurawat kepada :

Bahagian Pengurusan Latihan,
 Kementerian Kesihatan Malaysia Menara Prisma,
 Aras 6, Persiaran Perdana, Presint 3,
 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
 62675 Putrajaya
Tel : 03-8885 0600Faks : 03-8885 0747 


Kriteria pemilihan calon SL1M Jururawat 


Sekretariat SL1M Jururawat akan menyenaraikan nama-nama peserta SL1M Jururawat kepada pihak hospital. Mereka akan membuat pemilihan bagi calon-calon yang dikehendaki. Penempatan calon SL1M Jururawat juga dibuat berpandukan kepada keperluan hospital yang menyertai program ini.
       
Peserta program SL1M Jururawat berpeluang diserap sebagai kakitangan tetap dalam hospital bergantung kepada prestasi peserta dan kekosongan jawatan yang ada. Walau bagaimana pun, peserta boleh ditamatkan latihan sekiranya selepas 6 bulan program dijalankan mereka tidak berjaya menampilkan prestasi yang memberangsangkan. 

Sekiranya peserta program SL1M Jururawat yang ditawarkan peluang pekerjaan di tempat lain boleh menamatkan latihan dengan menghantar surat perletakan jawatan bersama surat tawaran kerja yang diterima. 

Modul dalam SL1M Jururawat


Peserta SL1M Jururawat akan diberikan pendedahan kemahiran insaniah (soft skill) dalam latihan dalaman serta kursus-kursus dalam latihan semasa penempatan. Terdapat 8 modul yang bakal diajarkan dalam SL1M Jururawat iaitu :

• Pain Score
• Neonatal Resuscitation
• National Nursing Audits
• Nursing Documentation
• Acute Nursing Procedure
• Infection Control Practices
• Management of Emergency Trolley
• Nursing Management of Non Communicable Disease


8 komponen ini akan ditekankan bagi menambahbaik tahap kecekapan dan daya saing di antara peserta SL1M Jururawat supaya lebih kompeten dan yakin. Selain dari 8 modul ini, syarikat yang mengambil bahagian turut menyediakan modul tambahan seperti :

• Communication Skills
• Corporate Culture
• Basic Life Support
• Mentoring Program

Menerusi modul yang disediakan, peserta akan menerima manfaat seperti pendedahan dan pengalaman kerja jururawat yang sebenar sekaligus menambahkan keyakinan diri dan potensi untuk bekerja dalam bidang tersebut. Modul latihan dan kursus tersebut akan diurus dan dijalankan oleh pihak hospital atau pun pihak konsultan.

Pihak syarikat yang memiliki Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta yang Berlesen atau Berdaftar) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang merangkumi :

• Hospital Swasta
• Hospital Psikiatri Swasta
• Pusat Jagaan Ambulatori Swasta
• Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta
• Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Swasta
• Rumah Bersalin Swasta
• Bank Darah Swasta
• Pusat Hemodialisis Swasta
• Hospis Swasta
• Pusat Kesihatan Mental Masyarakat Swasta
    
Jumlah pengambilan bagi peserta SL1M Jururawat bergantung kepada keupayaan dan kemampuan setiap syarikat yang mengambil bahagian. Setiap syarikat yang menyertai program ini akan menerima insentif Potongan Cukai Berganda atau Double Tax Deduction. Langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan syarikat dengan pengambilan jururawat dari luar negara.

Berkaitan dengan kelulusan Potongan Cukai Berganda, ia akan diberikan pada pihak syarikat bermula pada 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2017. Ia akan mengambil masa selama 5 tahun dari tarikh berkuatkuasa untuk pelaksanaan insentif kepada pihak syarikat selepas mendapat kelulusan dari pihak KKM.

Terus ke laman Kerjaya Jururawat [KLIK SINI]  untuk memastikan anda terus bergelar jururawat.

Perkembangan Kerjaya Jururawat di Malaysia

Oktober 19, 2015 0 Comments
Perkembangan Kerjaya Jururawat di Malaysia | Assalamualaikum & salam sejahtera. Kerjaya Jururawat di Malaysia sudah bermula di sekitar tahun 1800 di Pulau Pinang dan Singapura. Ia dipelopori oleh anggota dari syarikat East India Co. dan kemudian digantikan oleh rahib Katolik. 

Pada tahun 1938, latihan sambil bekerja jururawat yang pertama diadakan di Johor Bahru. Ianya terhenti apabila perang dunia kedua melanda pada tahun 1942 hingga 1945. Pada tahun 1946, Sekolah Kejururawatan yang pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.


Perkembangan Kerjaya Jururawat di Malaysia


Perkembangan Kerjaya Jururawat di Malaysia


Jururawat adalah satu kerjaya yang unik kerana ia mempunyai kombinasi "seni" dan "sains". Membantu pesakit sambil mengambil inisiatif pendidikan penjagaan diri sendiri sepanjang masa dan menghulurkan bantuan kepada orang lain apabila mereka sendiri tidak mampu untuk menjaga dan merawat diri sendiri. Kerjaya ini turut memperkenalkan kesihatan, menolong orang ramai menjadi lebih sihat dan menolong mereka yang sakit meneruskan kehidupan sehingga menjelang usia tua mereka.

Bidang kerjururawatan dikatakan unik kerana ia mempunyai keperluan dan permintaan yang tinggi selari dengan teknologi semasa dunia perubatan. Perubahan, penambahbaikan dan peningkatan dalam kerjaya ini sentiasa dititikberatkan untuk menyahut cabaran negara maju menjelang tahun 2020.

Perkembangan bidang ini dapat diperhatikan menerusi penambahbaikan skim perkhidmatan Jururawat yang ditingkatkan dari Kumpulan Pelaksana kepada Skim Perkhidmatan Bersepadu. Gred jawatan jururawat yang dahulunya setakat Gred U40 sahaja kini telah diperluaskan kepada Gred U41 hingga ke Gred U54.

Keperluan kerjaya jururawat menurut WHO


World Health Organization (WHO) menetapkan bilangan jururawat kepada penduduk dengan nisbah 1:200. Untuk mencapai jumlah tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat perancangan bagi melatih individu yang berminat untuk menjadi jururawat. Direkodkan bahawa Institut Latihan KKM telah melahirkan 3,000 jururawat yang kompeten dan berwibawa setiap tahun.

Jururawat yang tamat tempoh latihan akan ditempatkan di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM. Bilangan jururawat dijangkakan akan terus meningkat dengan adanya pengambilan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di bawah kategori Separa Perubatan.

Karekter yang perlu ada untuk menjadi jururawat profesional


Seorang jururawat yang profesional perlu memiliki sikap positif, cergas, penyayang, jujur, penyabar, sopan, prihatin, mampu berkomunikasi dengan berkesan. Selain itu, seorang jururawat yang profesional perlu mengambil inisiatif untuk menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan bidang kejururawatan itu sendiri. Ini penting bagi memastikan seseorang jururawat tersebut mengikuti perkembangan terbaru berkaitan dengan perkembangan teknologi kesihatan dan perubatan semasa.

Jururawat yang profesional perlu mematuhi semua etika kerja yang telah digariskan. Untuk berkhidmat dengan cemerlang, seseorang jururawat perlu menerapkan ciri-ciri seperti kreatif, inovatif, berfikiran kritis, komited dalam menjalankan tugas, dedikasi, bersikap pemimpin dan mempunyai kemahiran khusus serta mampu mencapai tahap pakar. Namun begitu, perkara yang paling utama ialah disiplin, boleh bekerjasama sebagai satu pasukan dan patuh pada peraturan yang telah ditetapkan.

Sekiranya anda benar-benar berminat untuk menjadi jururawat, terus ke laman Kerjaya Jururawat [KLIK SINI]

Rabu, Oktober 14, 2015

Format Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27

Oktober 14, 2015 0 Comments
Format Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Ada tak di antara anda yang akan mengambil Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27 yang akan diadakan pada 21 Oktober 2015? Sudahkah anda membuat persediaan yang sewajarnya untuk menghadapi peperiksaan tersebut? 
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27

Anda kena bertindak awal sekiranya gagal berbuat demikian peluang anda untuk lulus dengan cemerlang adalah agak tipis. Oleh itu, salah satu cara yang berkesan untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan membiasakan diri dengan contoh-contoh soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27.

Bagi membantu calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan penolong akauntan lulus dengan cemerlang, pihak TIM Infokerjaya rasa terpanggil untuk membantu calon-calon agar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah. Contoh-contoh soalan peperiksaan penolong akauntan yang akan dikemukakan untuk anda adalah berdasarkan pengalaman calon yang telah mengambil peperiksaan tersebut.

Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan penolong akauntan adalah dari pelbagai jurusan. Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. 

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penolong Akauntan Gred W27. 

Contoh Format Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27

Peperiksaan ini melibatkan tiga bahagian utama. Tiga bahagian utama tersebut seperti berikut:-
  1. Bahagian A: Pengetahuan AM
  2. Bahagian B: Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Bahagian C: Ujian Psikometrik

Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ketiga-tiga kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu 1 kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.

Bahagian A: Pengetahuan AM

Masa : 40 Minit Bilangan Soalan : 50 

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dalam negara dan perkembangan semasa. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. 

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27
Add caption


Bahagian B: Daya Menyelesaikan Masalah


Masa : 45 Minit, Bilangan Soalan : 40 

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut: 

i) Kemahiran Menggunakan Logik Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27

iii) Konsep Matematik Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). 

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27

Bahagian C: Ujian Psikometrik

Contoh soalan ujian psikometrik atau dikenali sebagai penaksiran personaliti calon. Tujuannya adalah untuk mengukur personaliti dan sahsiah calon sebelum dipanggil temuduga untuk jawatan penolong akauntan gred W27.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27


Kalau anda ingin mendapatkan pakej rujukan lengkap beserta dengan contoh soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27, anda boleh membuat pendaftaran melalui email dengan menekan butang DAFTAR SEKARANG di bawah ini.




Update Terkini: Berita baik bagi calon yang akan mengambil peperiksaan ulangan Penolong Akauntan W27 pada 29 Oktober ini...


Jualan ebook 'Rujukan Pantas Peperiksaan Online Penolong Akauntan' kini dibuka semula sehingga 27 Oktober ini
.
ebook ini mengandungi panduan dan rujukan untuk persediaan peperiksaan ONLINE calon jawatan Penolong Akauntan. Disediakan nota ringkas untuk rujukan segera calon peperiksaan. Contoh soalan, penerangan dan pecahan format diberikan untuk bantu calon buat persediaan yang terbaik untuk peperiksaan mereka.
===========================
Jangan lepaskan peluang untuk memilikinya, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ramai yang telah LULUS dengan menggunakan ebook ini.
.
Pembelian ebook ini boleh dibuat menerusi pautan ini
--> http://bit.ly/1jsFO8j

Ahad, Oktober 11, 2015

5 Perkara Yang Tidak Perlu Ada Dalam Resume

Oktober 11, 2015 1 Comments
5 Perkara Yang Tidak Perlu Ada Dalam Resume | Assalamualaikum & salam sejahtera. Anda dah lama bekerja, mungkin dah lama tak mengemas kini resume. Mungkin resume anda tu mengandungi maklumat yang dah tak relevan untuk digunakan, ataupun sudah lapuk untuk dikongsikan. 

Akibatnya, resume anda tu nampak tak profesional dan tiada sentuhan. Murni  kongsikan kepada anda berkaitan dengan  5 perkara yang tak perlu diletakkan di dalam resume.


resume, temuduga, temuduga kerja kerajaan
Credit: www.clipartsheep.com

5 Perkara Yang Tidak Perlu Ada Dalam Resume


1. Bertanggung  jawab kepada… 

Katalah anda lakukan sesuatu perkara, sudah semestinya anda akan bertanggung jawab terhadap sesuatu perkara. Menggunakan perkataan “bertanggung jawab kepada…” ini kelihatan tak menarik sebab ianya kurang efektif dan anda tak serius dengannya. 

Sebagai contoh, “bertanggung jawab kepada rekaan senibina menara Kuala Lumpur” tidak memberikan impak berbanding “mereka senibina menara Kuala Lumpur”. Perkataan ini tidak akan menambah nilai kepada pencapaian anda.

2. Format yang pelik. 

Menggunakan tulisan yang bersimpul seperti rekaan kad kahwin memang tak sesuai. Atau paling kurang anda meletakkan font dengan gaya tulisan komik. Pilih font yang biasa digunakan dalam dokumentasi sudah cukup. 

Elakkan juga dari mewarnakan resume kerana biasanya pengurus jawatan kosong berkenaan akan mencetak resume anda dengan hitam putih sahaja. Kesannya resume anda tu tidak kelihatan seperti yang anda mahukan. 

3. Pengalaman kerja yang lama

Kerjaya anda mungkin dah lebih 10 tahun, tak perlu tuliskan secara panjang lebar. Pilih pengalaman yang berkaitan dengan skop kerja yang bakal anda pohon. Boleh  je letakkan senarai syarikat yang pernah anda sertai dalam surat iringan resume.

4. Emel yang meloyakan. 

Perkara ini nampak enteng sahaja, namun ia perlu diambil kira. Gunakan emel yang kelihatan profesional dan serius. Ia bakal digunakan untuk berkomunikasi dengan pelbagai pihak di kemudian hari. 

Tak perlu letakkan budaknakal@yahoo.com sebagai emel anda, hal ni secara tak langsung mencerminkan siapa diri anda. Ambil inisiatif untuk menghasilkan satu emel khas untuk kerjaya anda.

5. Senarai sekolah dan institusi yang meleret. 

Kecuali untuk mereka yang baru hendak memulakan kerja yang pertama, informasi ini tidak perlukan senarai yang panjang. Anda nak mohon pekerjaan yang baru, jadi keluarkanlah senarai sekolah rendah dan sekolah menengah. Masukkan pendidikan yang tertinggi dan senarai pengalaman anda.

Begitulah 5 perkara yang perlu korang titik beratkan di dalam penulisan resume. Sesuaikan ia dengan keperluan syarikat atau bakal majikan yang anda mohon. Resume mencerminkan bagaimana anda bekerja. Biar resume anda kelihatan skema asalkan ia berpotensi untuk menjadi tiket kejayaan anda untuk dapatkan kerja yang diidamkan.

Kalau anda nak mantapkan lagi resume, bolehlah klik [SINI] untuk dapatkan pakej rahsia resume lengkap.

Jumaat, Oktober 09, 2015

10 Entri Blog Denaihati Dapat Trafik Paling Banyak

Oktober 09, 2015 0 Comments
10 Entri Blog Denaihati Dapat Trafik Paling Banyak | Assalamualaikum & salam sejahtera. Korang dah join ke contest yang dianjurkan oleh Blog Denaihati? Haaa kalau tak join lagi jom meriahkan contest ni, manalah tahu ada rezeki dapat menang 100 ringgit. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan?

Maklumat Contest Blog Denaihati

10 Entri Blog Denaihati Dapat Trafik Paling Banyak, contest blog denaihati
Contest Blog Denaihati


10 Entri Blog Denaihati Dapat Trafik Paling Banyak


    1. Rahsia Masjid Nabawi Madinah
    2. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat semuga damai mu di sana
    3. Kisah Malang di kaunter bank
    4. Blogger Dr. Fatin Liyana dah bertunang rupanya
    5. Menziarahi makam Rasul dan Nabi di pelusuk dunia
    6. Gambar Masjid Al Aqsa dan Dome of the rock
    7. 10 individu terkaya Malaysia 2015
    8. GST apa yang kena tax
    9. GST realiti sebenar
    10. Restoran Melayu bila lagi nak berubah

    Korang yng nak join masih sempat lagi tau, last submit link penyertaan 11:59 pm, 13/10/2015. Sambil join contest di blog denaihati, bolehlah tambah pengetahuan am. Sambil menyelam minum air katakan. Murni pun tak berapa pasti sangat dengan jawapan yang Murni berikan ni, dah usaha selebihnya berserah kepada Allah *senyum. Semoga berjaya!!!

    Sabtu, Oktober 03, 2015

    Menang Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah

    Oktober 03, 2015 4 Comments
    Menang Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah | Assalamualaikum & salam sejahtera. Keputusan bagi pemenang Kontest Telekung Reehan Pilihan Muslimah anjuran blogger sifu Hasrul Hassan. Alhamdulillah syukur sangat sebab Murni dapat menempatkan blog Murni dalam kalangan pemenang bagi kategori SEO. 

    telekung reehans pilihan muslimah
    Menang Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah


    Menang Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah


    Untuk pengetahuan korang, actually ini merupakan kali kedua Murni menang kontest kategori SEO. Kontest SEO yang pertama Murni pernah join ialah Contest SEO Jom Aktifkan Mykad masa ni Murni dapat tempat ke-5. Murni pernah juga join kontest SEO yang lain tapi tak ada rezeki nak menang disebabkan kesilapan teknikal. Alhamdulillah kontest kali berjaya menang tempat kedua. 

    1 masalah yang Murni hadapi masa minggu pertama dah submit entri penyertaan ada satu ketika tu artikel Murni dah ke laut sampai ke page 5, time ni rasa macam dah tak ada peluang nak menang...haha tapi tetap gigih nak cari jalan penyelesaian jugak and alhamdulillah nasib baik cepat bertindak dapatlah kembalikan artikel ke page 1st.

    Keputusan Penuh Pemenang Kategori SEO:


    Pemenang bagi kategori artikel terbaik masih belum diumumkan lagi, agak-agak siapalah yang bertuah tu. Murni rasa macam tak ada je peluang nak menang untuk kategori ni, almaklumlah peserta lain pun hebat-hebat belaka.

    Tahniah kepada semua pemenang!