Rabu, Mei 27, 2015

[Product Review] Babeskin™ Double Serum Premium dan Whitening Soap Premium

5/27/2015 2 Comments
Babeskin™ Double Serum Premium dan Whitening Soap Premium Mengatasi Masalah Kulit Wajah
Babeskin™ Double Serum Premium & Whitening Soap Premium

[Product Review] BABESKIN™ Double Serum Premium dan Whitening Soap Premium | Assalamualaikum & salam sejahtera. Murni nak perkenalkan produk skin care terbaru keluaran Babeskin365 kepada korang yang mungkin masih lagi tercari-cari produk yang sesuai untuk mengatasi masalah kulit wajah. Produk yang Murni maksudkan adalah Babeskin™ Double Serum Premium & Whitening Soap Premium.

Produk pertama keluaran Babeskin365 iaitu BeautyOAT supplement kesihatan, Murni dah pun buat review mengenai supplement tersebut & kalau korang berminat nak tahu apa yang best sangat bila consume BeautyOAT ni korang boleh klik SINI untuk mengetahui info lebih lanjut. 

Murni akan terangkan berkaitan dengan produk BabeskinWhitening Soap Premium terlebih dahulu memandangkan proses untuk menjaga kulit wajah adalah bermula dengan membersihkan wajah.

Whitening Soap Premium (KKM NOT No: NOT150405315K )


Whitening Soap Premium mengandungi vitamin A, C & E yang baik untuk penjagaan kulit dan sangat sesuai dipakai bagi semua jenis kulit. Sabun ni bukan sahaja boleh digunakan sebagai pencuci muka bahkan ianya juga boleh digunakan di badan. 

Keistimewaan Whitening Soap Premium:
  • Memperbaiki kulit
  • Melembapkan kulit
  • Mencerahkan kulit
  • Menanggalkan sel-sel kulit mati
  • Mengurangkan masalah kulit berjerawat dan bintik-bintik hitam

Cara Penggunaan Whitening Soap Premium


OKey ladies jom kita tengok cara2 penggunaan Babeskin Whitening Soap.#BeautyOat #Babeskin365 #Babeskin #Babeskindoubleserum #babeskinwhiteningsoap #testimonibeautyoat #testimonibabeskin365 #beautyoatreview #babeskinreview #testimoniBeautyOat - Malaysia's #1 Collagen Plus+ Oat Official
Posted by BeautyOat - Malaysia's #1 Collagen Plus+ Oat Official on Monday, 18 May 2015 



Babeskin™ Double Serum Premium

Babeskin™ Double Serum Premium terdiri daripada dua jenis serum iaitu Repairing Booster dan Ultimate Mega Lift. Kedua-dua serum ini diformulasikan untuk bekerjasama bagi mengatasi masalah kulit di samping bertindak lebih cepat ke dalam lapisan sel kulit. 

Serum ni amat sesuai bagi semua jenis kulit tak kisahlah sama ada kulit muka jenis yang kering ataupun yang berminyak. Produk ni selamat untuk digunakan dan telah diluluskan oleh KKM dan tiada kesan sampingan.


Keistimewaan Babeskin Double Serum Premium

Babeskin™ Double Serum Premium dan Whitening Soap Premium Mengatasi Masalah Kulit Wajah
Babeskin™ Double Serum Premium (Repairing Booster & Ultimate Mega Lift)


SERUM 1: Repairing Booster (KKM NOT No: NOT150404337K)
  •  Mengurangkan Kulit Berminyak
  •  Mengurangkan Jerawat
  •  Merawat Jeragat
  •  Mengembalikan Tona kulit tak sekata

SERUM 2: Ultimate Mega Lift (KKM NOT No: NOT150404338K)

  •  Mengurangkan Kedutan
  •  Meningkatkan Keanjalan Kulit
  •  Membantu Melembapkan Kulit
  •  Mengekalkan ketahanan Kulit


Cara Penggunaan Babeskin™ Double Serum Premium



Senang sangat nak pakai Babeskin DOUBLE SERUM ni. Jom cuba lihat cara-cara penggunaan produk baru kami iaitu DOUBLE SERUM PREMIUM yang berfungsi daripada:SERUM 1: Repairing Booster✔ Mengurangkan Kulit Berminyak✔ Mengurangkan Jerawat✔ Merawat Jeragat✔ Mengembalikan Tona kulit tak sekataSERUM 2: Ultimate Mega Lift✔ Mengurangkan Kedutan✔ Meningkatkan Keanjalan Kulit✔ Membantu Melembapkan Kulit✔ Mengekalkan ketahanan KulitBagi anda yang ingin mencuba Double Serum & Whitening Soap boleh la laju-laju buat tempahan yer.. hihihi.. Pihak kami sedaya upaya memberikan service yang terbaik untuk anda. 012-2444 014 (Nurul)012-2444 041 (Jane)018-2444 988 (Fiqa)011-1888 9948 (Shila)#BeautyOat #Babeskin365 #Babeskin #Babeskindoubleserum #babeskinwhiteningsoap #testimonibeautyoat #testimonibabeskin365 #beautyoatreview #babeskinreview #testimoniBeautyOat - Malaysia's #1 Collagen Plus+ Oat Official
Posted by BeautyOat - Malaysia's #1 Collagen Plus+ Oat Official on Tuesday, 19 May 2015 



Testimoni Selepas 7 Hari 

Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi untuk mencuba produk keluaran Babeskin365. Result yang Murni dapat pun memang tak mengecewakan sebabnya Babeskin™ Double Serum Premium dan Whitening Soap Premium dapat membantu mengatasi masalah kulit wajah yang Murni selalu hadapi seperti wajah kusam, jerawat, parut jerawat, open pores dan berminyak.

Keistimewaan yang ada pada Whitening Soap Premium yang Murni dah mention sebelum ni, sememangnya dah pun terbukti selepas penggunaannya selama 7 hari. Result yang Murni dapat menanggalkan sel-sel kulit mati, mencerahkan kulit dan mengurangkan masalah kulit berjerawat dan bintik-bintik hitam. Untuk sabun ni Murni just guna untuk area muka, leher dan tangan. 

Babeskin™ Double Serum Premium pula bila first time pakai tu memang rasa tak selesa sebabnya serum yang kedua tu bila pegang rasa melekit sikit. Tapi lepas beberapa hari guna tu dah rasa macam bestla pulak kan, muka nampak macam glowing gitu plus menganjalkan kulit muka. 

Bila serum yang pertama dan kedua tu bergabung, jerawat yang nak timbul cepat je kecut tak adenya dia nak menepek lama sangat di muka. Masalah muka berminyak pun dah berkurang, pores pun mengecil tau bila guna serum ni dan hanya parut jerawat yang lama je akan ambil masa lama sikit untuk kembali pulih macam biasa.  

So kalau korang ada masalah kulit macam Murni ni, korang bolehlah try serum ni. Inshaallah lepas guna tu confirm jatuh chenta punyalah.

Babeskin™ Double Serum Premium dan Whitening Soap Premium Mengatasi Masalah Kulit Wajah
Testimoni Babeskin™ Double Serum Premium dan Whitening Soap Premium

p/s: Smartphone Murni dah rosak dan Murni sempat capture gambar produk je. Untuk gambar testimoni di atas ni Murni just guna camera lappy. No filter & ambil gambar pada waktu petang.

Harga Produk

  • Whitening Soap Premium RM 29.00 (WM) & RM 39.00 (EM)
  • Babeskin™ Double Serum Premium RM 119.00 (WM) & RM 129.00 (EM)

Cara Pembelian Babeskin™ Double Serum Premium & Whitening Soap Premium


Website: www.babeskin365.com 
Facebook account: www.facebook.com/babeskin365

Isnin, Mei 25, 2015

Makanan Feveret Time Mengaji kat U

5/25/2015 4 Comments
Makanan Feveret Time Mengaji kat U | Assalamualaikum & salam sejahtera. Entri kali ni Murni nak share makanan feveret time Murni mengaji dekat U dulu. Kalau Murni mention 'dulu' rasa macam dah bertahun-tahun tinggalkan sintokYo padahal November tahun lepas still lagi berpeluang jejakkan kaki ke sana & Inshaallah tahun ni Murni konvo. 

Gambar yang Murni selitkan dalam entri ni semua gambar lama yang Murni cilok dari IG Murni,  tu pun bukak IG guna lappy je tak boleh dah nak upload gambar. Sekarang ni tengah berdepan dengan darurat yang amat dahsyattt, kuikui actually smartphone Murni dah rosak. Huarghhh nak nanges tau kita dibuatnya. 

Dahlah malas nak cerita pasal semakpong yang rosak tu. Berbalik kepada makanan feveret time mengaji kat U, kalau nak diikutkan makanan feveret tu banyak tapi yang Murni teringin sangat nak makan time ni macam dalam gambar kat bawah ni ggrrr gigit jari jelah nengok screen lappy..kahkah

Makanan ruji utama Murni bila penghujung sem adalah makanan daripada family mee (maggi, mamee chef, PAMA, MAMA)...Biasa berlaku awal sem je kaya, dah dekat hujung2 sem tu dah macam bankrap sikit haha. Tetiba pulak kan keluar perkataan nak berjimat bila penghujung sem. Inilah masalahnya bila tuan empunya badan kuat makan, tapi badan tak pandai nak kuruih2...eh! silap bambam sikit.

Meh usha makan feveret Murni 

1. CHOCOLATE MOIST CAKE


Makanan Feveret Time Mengaji kat U
Chocolate Moist Cake

Chocolate Moist Cake ni sedap baq hang! Murni kalau study ke atau siapkan asimen sampai lewat malam mula lah tercari-cari makanan yang sedap untuk isi perut untuk mengelakkan mata cepat mengantuk. Cake ni mudah sangat nak dibeli sebabnya student yang jual tu akan letakkan di tepi tangga hostel & kita yang nak beli just letakkan duit dalam bekas yang disediakan. Agak berisiko jugak sebenarnya bila berniaga dengan cara macam ni probability duit hasil jualan hilang agak tinggi. Harga dia Murni tak ingat berapa henggit...hihi Selain chocolate moist cake Murni pun suka jugak dengan kek keju. Sedap sampai licin bekas tu.

2. NASI KERABU DPP MUAMALAT


Makanan Feveret Time Mengaji kat U
Nasi Kerabu DPP Muamalat

Sebelum Murni kena apung ke DPP lain, nasi kerabu DPP Muamalat ni lah yang menjadi feveret utama Murni. Inilah makanan tengah hari sekali dengan makan malam yang selalu dibeli bila duk di DPP Muamalat. kadang tu selang-seli jugak hari ni makan nasi kerabu, esoknya pulak share dua jenis lauk dengan member. Teringin sangat nak makan nasi kerabu ni, rasanya tak ada lagi peniaga lain yang boleh lawan rasa nasi kerabu ni, sedap hokeyyy tak tipu hihi...kalau korang nak tahu cerita bab kena apung DPP tu boleh klik SINI

3. MEE LADNA


Makanan Feveret Time Mengaji kat U
Mee Ladna

Mee Ladna ni pun salah satu makanan feveret Murni tapi tak boleh selalu nak makan sebabnya Murni ni allergic dengan seafood. Kalau betul-betul teringin nak makan barulah Murni akan beli. Sedap je kan nampak udang tu berenang dalam mangkuk...haha tu yang tergoda nak makan even ada allergic. 


4. NASI LEMAK


Makanan Feveret Time Mengaji kat U
Nasi Lemak


Lepas dah kena apung ke DPP lain, nasi lemak ni lah yang di bantai bila balik dari kelas petang-petang. Bau dia pun wangi, rasa dia pun sedap, ayam pun besar gedabak...kenyang tau. Harga dalam 3 or 3 hinggit setengah. Kekadang tu singgah cafe DPP lain pulak semata-mata nak beli french fries untuk makan malam...haha kan dah mention awal2 tadi Murni ni memang kuat makan.

5. SET A (Nasi Putih + Tomyam Ayam + Telur)

Maaf gambar tak ada dalam simpanan rasanya dah terdelete kut. Last semester duduk di DPP baru, cafe yang selalu dikunjungi semsetinya Cafe DPP Petronas. SET A dia bagi Murni memang sedap sebabnya ada Tomyam Ayam yang sangat sedap tak jemulah kalau nak makan selalu...hihi Kalau tak makan petang, kadang tu malam baru nak makan nasi...nak berjimat punya pasal makanan berat2 ni Murni just makan sekali sehari je, hurmmm kalau duk rumah 3x seharilah jawabnya. 

Murni just nak bagitau 5 makanan feveret time mengaji kat U, tapi tertaip banyak pulak...waaaa perut dah krikkrik pulak...haha entahlah ada lagi ke tak kelima-lima makanan ni dijual, harap time konvo still ada lagi. NAK MAKAN!


Hey there! 8Share rewards me cash and points for sharing cool stuff with my friends. It's that easy! Join me now and you will get RM1.00 free when you sign up. Click HERE for sign up.



Sabtu, Mei 23, 2015

Blog Tampil dengan Design Template Baru

5/23/2015 2 Comments
Blog Tampil dengan Design Template Baru | Assalamualaikum & salam sejahtera. Selepas berperang dengan coding blog yang agak memeningkan kepala Murni selama beberapa hari, akhirnya dapat juga atasi masalah dengan template baru walaupun tak siap sepenuhnya. Bab coding ni Murni tak berapa gheti sangat sebabnya ilmu yang berkaitan sangatlah terbatas. Ada yang kena tambah & ada yang kena buang, penin tau kepala ni...hihi

Blog Tampil dengan Design Template Baru
Design Blog lama | Kredit Foto

Untuk pengetahuan korang, actually Murni dah tukar template blog yang lama kepada Winters Blogger Template since hari selasa yang lepas. Entahlah macam mana tetiba pulak tersuka dengan design template winter tu yang mana pada pandangan mata Murni design dia nampak simple bertemakan hitam putih, minimalist, dan girly gitu. 

Tambahan pula Murni rasa template Winters ni antara yang paling senang berurusan dengan coding berbanding template lain. Kalau tak silap, Murni dah pun buat try & error 5 blogger template yang berbeza-beza dekat blog Murni yang satu lagi. But now blog tu Murni dah delete...kuikui template Winters jelah yang tak berapa nak menyusahkan Murni. 

Bila dah siap install template baru, Murni try cek SEO blog dekat chkme.com. Terkejut pulak bila tengok score SEO just 36% dan penyebab utamanya sebab heading H1 tak ada. Bila dah tahu punca masalah tu, Murni terus jelah google cara mudah nak letak heading H1. Sebelum ni Murni pernah buat tapi dah lupa...hihi Bila dah letak heading H1 score SEO dah jadi...

Blog Tampil dengan Design Template Baru
SEO Score
Header blog pun Murni terpaksa tukar sebabnya kalau nak guna yang lama macam tak berapa nak sesuai. So Murni decide buat header blog baru yang simple.

Saiz font untuk heading dalam template Winters ni agk besar dan menggunakan uppercase. Murni perasan saiz font dia tak berapa nak sesuai bila mana salah satu entri blog terdapat part yang terlibat dengan h2, h3...tak muncul. Alhamdulillah nasib baik part ni Murni boleh selesaikan just adjust saiz tulisan dan tukar uppercase kepada sentence case.

Blog Tampil dengan Design Template Baru
Template Winters

Korang nampak tak anak panah dalam gambar kat atas ni, sampai ke hari ni Murni tak dapat nak selesaikan. Murni dah cek di bahagian Blogger Support Forum berkenaan dengan masalah undefined date, author & comment di bahagian home page. Murni dapati blogger yang gunakan template yang sama turut hadapi masalah yang sama. Nampak gayanya terpaksalah Murni biarkan macam tu je even dorang suggest download semula template tu then install semula ke blog. Habis sia-sia je Murni edit blog sebelum ni. Penat plus pening kepala tau kalau Murni nak buat semula dari A. 

Template yang Murni gunakan sekarang ni Murni ambil daripada Blogger Templates 2015 . Newly Designed . Top Best Themes. Free je ok!

Ok tu jelah nak cerita, salam.


Khamis, Mei 21, 2015

Hijab 2 in 1

5/21/2015 1 Comments
Hijab 2 in 1 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Entri ni kalau nak diikutkan sepatutnya Murni update awal bulan 5 hari tu, sebelum ni Murni just masukkan gambar dengan video je langsung tak ada mukadimah, body dan penutup. Then bila dah update entri lain mulalah dah lupa pasal entri Hijab 2 in 1 ni, kesian pulak terperap lama sangat dalam draf. hihi tak pa na malam ni Murni buat. 

Kalau cerita bab2 hijab ni Murni memang suka sangat share dalam belog ni. Entahlah sejak dua menjak ni Murni suka sangat gunakan hijab jenis chiffon terutamanya wide shawl chiffon. Kalau dulu last semester time Murni study, Murni suka guna wide shawl cotton. But now Murni jatuh chenta dengan hijab material chiffon pulak. Selesa plus tak terasa panas sangat even klu Murni gunakan tudung ekspress sebagai inner tudung.

Berbalik kepada Hijab 2 in 1, actually dah lama sebenarnya Murni bercadang nak beli kain untuk dibuat Hijab 2 in 1 means boleh guna sebagai tudung bawal dan shawl bidang 60, hihi dari tahun lepas lagi sebenarnya nak beli kengkonon nak pakai bawal labuh dengan menggunakan material chiffon macam dalam > Tutorial Tudung Bawal Labuh 

Hijab 2 in 1
Hijab 2 in 1 (Tudung Bawal + Shawl Bidang 60)

Kain chiffon kat atas ni, sebenarnya wife abang sepupu Murni yang sponsorkan. Kain dah beli time awal bulan hari tu, tapi sampai ke hari ni Murni tak pi hantar ke kedai jahit untuk jahit tepi. hihi Murni ni selalu je terlupa nak bawa bila turun ke bandar. Inshaallah minggu depan kalau tak ada halangan, Murni pergi hantar kain. 

Bab saiz ukuran shawl macam dalam video di bawah ni, Murni memang tak tahu saiz ukuran yang spesifik untuk shawl tu & time Murni nak beli kain chiffon tu tanpa segan silu Murni direct tanya pekerja dekat kedai kain tu saiz untuk buat tudung bidang 60 ni nak guna berapa meter then akak tu cakap 1 meter 1/2. Ok, baru tahu saiz kain tu...hihi 

Bagi korang yang sukakan gaya yang sopan bila berhijab, video dibawah ni rasanya boleh bantu korang untuk menggayakan shawl bidang 60.



Ok, selamat mencuba Hijab 2 in 1:)



Follow my blog with Bloglovin

Selasa, Mei 19, 2015

Lirik Lagu Kun Anta (كن أنت)

5/19/2015 2 Comments
Lirik Lagu Kun Anta (كن أنت) | Assalamualaikum & salam sejahtera. Tetiba pulak gatai tangan nak share lirik lagu Kun Anta daripada penyanyi asal, Humood Alkhuder. Kalau nak diikutkan Murni ni jarang tau nak share lirik lagu dalam blog ni, melainkan lagu tu sedap untuk santapan telinga sendiri...hihi kiranya lagu Kun Anta ni sedaplah untuk didengari.


Lirik Lagu Kun Anta (كن أنت)

Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir

La la
La nahtajul ma la
Kai nazdada jama la
Jauharna huna
Fi qalbi talala

La la
Nurdhin nasa bima la
Nardhohu la na ha la
Za ka jamaluna
Yasmu yataa’la

Oh wo oh... Oh wo oooh (3x)
Kun anta tazdad jamala
Oh wo oh... Oh wo oooh (3x)
 Kun anta tazdad jamala

 La la la la la la la la...

Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi ni
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana
Fakona a’ti takfini, za ka yaqi ni

La la
La nahtajul ma la
Kai nazdada jama la
Jauharna huna
Fi qalbi talala


La la
Nurdhin nasi bima la
Nardhohu la na ha la
Za-ka jamaluna
Yasmu yataa’la

Oh wo oh... Oh wo oooh (3x)
Kun anta tazdad jamala
Oh wo oh... Oh wo oooh (3x)

Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liridhohum
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liridhohum

Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum

La la
La nahtajul ma la
Kai nazdada jama la
Jauharna huna
Fi qalbi talala

La la
Nurdhin nasi bima la
Nardhohu la na ha la
Za-ka jamaluna
Yasmu yataa’la

Oh wo oh... Oh wo oooh (3x)
 Kun anta tazdad jamala
Oh wo oh... Oh wo oooh (3x)

Kun anta tazdad jamala

Khamis, Mei 14, 2015

Kita Rindu Sebenarnya

5/14/2015 1 Comments
Kita Rindu Sebenarnya

Kita Rindu Sebenarnya | Assalamualaikum & salam sejahtera. Rasa sebak tetiba datang bila terbaca coretan seorang hamba Allah di tumblr "Akan ada seorang dua, apabila mereka pergi kau akan rasa sunyi dan rindu dengan segala hal tentang mereka. Siapa dia? emak & abah". Bila baca tu tetiba je air mata mula berkaca dengan air mata. Kita rindu sebenarnya dengan arwah bapa yang dah pergi menghadap Ilahi 15 tahun yang lepas. Al-Fatihah.

Khamis, Mei 07, 2015

DIY: Makeup Case

5/07/2015 6 Comments
DIY: Makeup Case | Assalamualaikum & salam sejahtera. Entri kali ni khas buat kaum hawa yang selalu menghadapi masalah nak bawa barangan makeup bila keluar rumah...confirm ada di antara korang yang main sumbat je masukkan dalam beg. kan? oppsss Murni pun macam tu jugaklah, sekarang ni, benda wajib yang Murni selalu sumbat dalam sling bag or tote bag like bedak compact, lip tint, lipstik plus blusher...tapi kan kita jarang guna sobsob buat berat bag je haha. 

Petang tadi Murni ada ternampak satu video dalam FB cara nak buat makeup case & that's why Murni nak kongsikan dengan pembaca blog ni hasil makeup case yang Murni dah buat berpandukan pada video tersebut. hihi kita buat sendiri tau tanpa menggunakan mesin jahit dan zip dengan kain pun Murni kitar semula. 


DIY: Makeup Case
Bahan untuk Makeup Case

Alahai kesian pulak tengok blouse yang Murni dah gunakan almost 3 tahun time belaja dekat u dulu kena gunting macam tu je (actually dah tak muat sebenarnya) haha. Zip tu pulak Murni amik daripada kain baju kurung yang dah tak muat...haha nampak sangat dah bambam sikit.

Cara nak buat makeup case tu korang boleh rujuk video dekat bawah ni, step by step akan ditunjukkan & actually Murni pilih design yang kedua. Dia guna mesin jahit & Murni just guna mesin jari je...haha bestnya kalau kat rumah Murni ni ada mesin jahit





Tadaaaaaa...inilah hasilnya

DIY: Makeup Case
Makeup Case

Nasib baik ada jugak rupa bentuk macam dalam video tu. Tadi tunjuk dekat mak, mak kata nanti buatkan..Korang pun boleh cuba tau even kalau tak ada mesin jahit sekalipun, sebabnya jahitan tangan tak akan nampak punyalah sebabnya ia berada dekat bawah lipatan kain. 

Selamat mencuba DIY: Makeup case!

Selasa, Mei 05, 2015

Pemenang Kontest Teroka Perspektif

5/05/2015 4 Comments
Pemenang Kontest Teroka Perspektif | Assalamualaikum & salam sejahtera. Pemenang untuk Konteks Teroka Perspektif yang dianjurkan oleh blogr.my telah pun diumumkan pada 20 April yang lepas. Alhamdulillah ada juga terselit blog Murni sebagai salah seorang pemenang untuk hadiah sagu hati. 

Murni ghase (*rasa) payah jugaklah nak siapkan artikel berdasarkan 3 petunjuk (baru, biru dan buru) yang telah disediakan, almaklumlah Murni ni tak berapa nak kreatif sangat nak berimaginasi bagai. Dah tahu payahnya, Murni tetap jugak nak cuba. Disebabkan tu jugaklah Murni lebih memilih untuk hasilkan artikel tu berdasarkan pengalaman yang Murni dah lalui sebelum ni. 


Pemenang Kontest Teroka Perspektif

Tahniah Murni ucapkan kepada semua pemenang yang bertuah! 
Hadiah Utama:
Artikel: Baru, Biru dan Buru
Blogr: Encik Titan
Blog: ahmadfaizal.com
Naib Johan:
Artikel: Tips Buat Blogger Baru
Blogger: Blogger Lelaki
Blog: bloggerlelaki.com
Saguhati:
Blogr: Hanif bin Idrus
Blog: hanifidrus.blogspot.com
Blogr: Bin Muhammad
Blog: relakssminda.blogspot.com
Blogr: Murni Mohd Yusof
Blog: murnimohdyusof.blogspot.com
Blogr: Ejam Othman
Blog: ejamothman.com
Blogr: Fadzi Razak
Blog: fadzirazak.blogspot.com
Blogr: Broframestone
Blog: www.broframestone.com

Hadiah yang disediakan oleh pihak blogr.my pun agak lumayan, bertuah sangatlah Encik Titan yang membolot hadiah utama dalam kontest ni sesuai dengan hasil penulisan artikel beliau yang kreatif dengan menggunakan ketiga-tiga petunjuk. Tahniah, tahniah & tahniah kepada semua pemenang.

Ehem ehem rasanya Murni dapat 'menghidu' Goodies Eksklusif Blogr yang bakal diterima. Nanti dah dapat, Murni update kemudian ye.

Jumaat, Mei 01, 2015

Hadis Palsu dalam Bulan Rejab

5/01/2015 1 Comments
Hadis Palsu dalam Bulan Rejab
google image

Hadis Palsu dalam Bulan Rejab | Assalamualaikum & salam sejahtera. Kalau diikutkan dalam kalender Islam, hari ni dah pun masuk 12 Rejab & sebenarnya sehari sebelum nak masuk bulan Rejab hari tu Murni plan nak kongsikan antara beberapa hadis palsu yang berkaitan dalam bulan Rejab tapi niat tu asyik tertangguh je. 

Rasa macam tak selesa pulak dibuatnya bila tengok news feed FB ada hadis palsu yang tersebar, Murni yang dok baca pun jadi tension pulak dibuatnya. Murni kongsikan di sini hasil penulisan Dr.Arieff Salleh bin Rosman, fellow fatwa antara kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan laporan/hadis palsu ialah:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat”.

Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

2. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.

3.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir”.

Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

4.Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah”.

 Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.

5.Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya?

Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim.
Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.

6.Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka”.

Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.

Kalau korang nak baca lebih lanjut berkaitan dengan bulan Rejab ni bolehlah klik pautan NI . Maklumat diperolehi daripada Portal Rasmi Fatwa Malaysia.

Murni harap lepas ni isu berkaitan dengan hadis palsu mengenai bulan Rejab  boleh dicegah. Tak rugi pun sebenarnya kalau kita  luangkan sedikit masa untuk cari sesuatu kebenaran berkenaan dengan sesuatu perkara, at least tak adelah kita ni mudah sangat tertipu nak percaya bulat-bulat tambah2 kalau berkaitan dengan agama.