Sabtu, Februari 28, 2015

Segmen Bloglist & Blogwalking Rafzan Tomomi Story '15

Februari 28, 2015 28 Comments
Segmen Bloglist & Blogwalking Rafzan Tomomi Story '15

Klik Pada Gambar Kalau Nak Join :)

Syarat-syarat mudah saje :
• Buat entri yang bertajuk "Segmen Bloglist & Blogwalking Rafzan Tomomi Story '15 " & backlink ke entri ni.
• Follow blog Rafzan Tomomi Story '15 (ade dekat side bar [Kawan-Kawan Kite] )
• Like di page facebook [Rafzan Tomomi Story '15
• Follow Instagram [rafzantomomi
• Add to Circle Google+ [Rafzan Tomomi]
• Klik ler iklan Nuffnang di blog ni. :D
• Lebih senang copy je la link di bawah ni & paste kat entri korang tu :

Klik Pada Gambar Kalau Nak Join :)

Syarat-syarat mudah saje :

Buat entri yang bertajuk "Segmen Bloglist & Blogwalking Rafzan Tomomi Story '15 " & backlink ke entri ni.

Follow blog Rafzan Tomomi Story '15 (ade dekat side bar [Kawan-Kawan Kite] )

Like di page facebook [Rafzan Tomomi Story '15]

Follow Instagram [rafzantomomi]

Add to Circle Google+ [Rafzan Tomomi]

Klik ler iklan Nuffnang di blog ni. :D

Lebih senang copy je la link di bawah ni & paste kat entri korang tu :

Dah selesai semua diatas, sila Tinggalkan URL Entri korang dekat entri ini.

15 URL blog akan dipilih (3 dipilih oleh Rafzan Tomomi dan 12 lagi akan dipilih melalui random.org) dan akan diletakkan ke dalam page "#BLOGLIST". TOP 3 akan ada special banner dalam page tersebut dan akan muncul di side-bar blog Rafzan Tomomi Story '15. Keputusan 15 URL bertuah akan diumumkan pada 1 April 2015 (Rabu). Jom support kawan-kawan :)

• Dah selesai semua diatas, sila Tinggalkan URL Entri korang dekat entri ini

15 URL blog akan dipilih (3 dipilih oleh Rafzan Tomomi dan 12 lagi akan dipilih melalui random.orgdan akan diletakkan ke dalam page "#BLOGLIST". TOP 3 akan ada special banner dalam page tersebut dan akan muncul di side-bar blog Rafzan Tomomi Story '15. Keputusan 15 URL bertuah akan diumumkan pada 1 April 2015 (Rabu). Jom support kawan-kawan :)

5 Perkara Unik Tentang Jepun

Februari 28, 2015 6 Comments
5 Perkara Unik Tentang Jepun | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Entri kali ni Murni nak kongsikan 5 perkara yang unik tentang Jepun. Manalah tau lepas baca, berkenaan pulak dekat hati nak pergi bercuti ke negara Matahari Terbit. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk anda.

1. Iklim Negara Jepun

uniknya Jepun
source: ms.wikipedia.org

Bertuah sangat negara Jepun ni, haaa untuk pengetahuan anda selain Korea, Jepun ni merupakan negara Asian yang mempunyai empat musim iaitu musim sejuk, musim bunga, musim hujan & panas, & musim luruh. Di Malaysia tak adanya nak empat musim ni, sebab itulah negara Jepun ni sesuai sangat untuk dijadikan sebagai destinasi percutian terutamanya bila tiba musim sejuk & musim bunga di negara Matahari Terbit ni. Dikatakan bahawa musim bunga di Jepun merupakan simbol percintaan & bunga sakura akan mengeluarkan bunga dalam bulan Mac-April. Seronoklah kalau dapat pergi dengan family tersayang tak pun sesuai sangat bagi mereka yang ingin berbulan madu, kan?

2. Makanan Jepun

sushi,uniknya jepun
source: ocnutritionblog.com

Uniknya Jepun tu dapat dilihat melalui makanannya. Kalau disebut 'sushi', ramai di antara kita yang tahu makanan ni berasal dari mana. Sampaikan makanan Jepun mencipta nama dengan sushi di seluruh dunia, mana taknya pengusaha-pengusaha restoran yang berkonsepkan makanan Jepun sudah pun menapak di kebanyakan negara di seluruh dunia. Lihat sahaja di Malaysia restoran makanan Jepun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Untuk pengetahuan anda, sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan akan diletakkan dengan inti campuran ikan, makanan laut, sayuran ataupun telur. Kalau anda berpeluang pergi ke negara Jepun jangan lupa untuk menikmati sendiri hasil air tangan si pembuat sushi, sudah tentu rasanya tidak akan sama seperti yang anda pernah rasa di tempat anda.

3. Tradisi Minum Teh  Masyarakat Jepun

uniknya jepun
source: www.kosmo.com.my

Walaupun kehidupan moden masyarakat Jepun setanding dengan negara Barat, namun masyarakat Jepun masih tetap mengekalkan jati diri, tradisi dan budaya mereka. Salah satu budaya tradisi yang masih dikekalkan oleh masyarakat Jepun adalah Upacara Minum Teh atau dikenali sebagai Chado. Upacara minum teh ini telah pun bermula pada akhir kurun ke-15 & kemudiannya mendapat sentuhan semula pada kurun ke-16 oleh Sen no Rikyu. Upacara ini sangat mementingkan etika, peralatan yang digunakan dan perhiasan dalam bentuk yang ringkas.

Setiap tiga tahun sekali ribuan peminat teh di negara itu akan berkumpul bagi meraikan Festival Teh Dunia yang disambut pada setiap bulan Mei.- Kosmo! Online

4. Perayaan Masyarakat Jepun

Walaupun negara Matahari Terbit ini telah menjadi sebuah negara moden, namun masyarakat Jepun masih lagi menghargai setiap nilai-nilai tradisi yang telah dipegang sejak sekian lama. Pada masa ini, terdapat pelbagai perayaan yang disambut untuk menggambarkan kepercayaan, pegangan hidup & sikap masyarakat Jepun itu sendiri. Antara perayaan yang terkenal adalah seperti berikut :-

• Perayaan Tahun Baru (1-3 Januari )
• Kodomo-no-Hi/ Hari Kanak-kanak (5 Mei setiap tahun)
• Hina-Matsuri/ Perayaan Anak Patung (3 Mac setiap tahun)
• Setsubun (disambut sebelum hari pertama musim bunga)
• Hana-Mi (disambut pada akhir Mac & awal April)
• Koi-Nobori (5 Mei)

uniknya jepun
source: en.wikipedia.org

Hina-Matsuri

uniknya jepun
source: en.wikipedia.org
Setsubun

uniknya jepun
source: en.wikipedia.org
Hana-Mi

uniknya jepun
source: henridaros.wordpress.com

Kodomo-no-Hi

5. Anime

Anime merupakan animasi yang berasal dari Jepun yang mana terlihat seakan-akan komik Jepun yang bergerak. Jepun juga merupakan antara pengeksport budaya pop terbesar didunia. Salah satunya menerusi Anime, manga, muzik, dan fesyen yang mendapat permintaan terbesar dalam kalangan peminatnya yang tersendiri. Di Jepun sendiri ada diantara peminat anime  yang sanggup berpakaian dan meniru gaya seperti watak anime kesukaan mereka. Kalau di Malaysia anime yang terawal disiarkan adalah Doraemon, Crayon Shin-chan, & Gundam Seed.

Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati
1. Travelog.my
2. Azeni Ahmad
3. Hawwa Firdaus
4. Sitizan
5. eXplorasa
6. Travel And Foods Blog
7. Kisahtatie

Hadiah Bulanan
1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

Terima kasih kepada Sohoque.com dan Travelog.my yg mengwar2kan mengenai contest ini :)

Jom Aktifkan Mykad

Februari 28, 2015 90 Comments
Jom Aktifkan Mykad anda untuk membolehkan anda menyertai Program Mykad Smart Shopper bagi menjadikannya sebagai Kad Diskaun dan point. Sebagai rakyat Malaysia, sama ada kita sedar ataupun tidak bahawa terdapat 50 Aplikasi yang terdapat dalam Mykad selain berfungsi sebagai pengenalan diri Mykad juga berfungsi untuk memperbaharui lesen memandu, kad ATM, Touch n Go, KWSP dan sebagainya.

Jom Aktifkan Mykad
Jom Aktifkan Mykad Anda Secara PERCUMA!

Untuk pengetahuan anda bagi meluaskan lagi Aplikasi dalam Mykad, maka satu aplikasi baru telah diperkenalkan iaitu Program MyKad Smart ShopperProgram ini merupakan salah satu program affiliate terbaru di bawah rangkaian Affiliate Junction yang telah dibangunkan dan diuruskan oleh I Synergy Universal Sdn. Bhd., sebuah syarikat berstatus Multimedia Super Corridor (MSC) dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Multimedia (MDec). Program ini bertujuan untuk menawarkan mata ganjaran dan rebat yang akan memberi manfaat kepada pengguna di Malaysia dan juga peruncit.

Pendaftaran Mykad Smart Shopper.

Pengaktifan Mykad boleh dibuat secara online dengan mengisi sendiri borang melalui laman web Affiliate Junction. Pendaftaran adalah PERCUMA. Anda boleh klik SINI untuk mengaktifkan Mykad anda bagi membolehkan anda menikmati kelebihan Mykad Smart Shopper.

Bagaimana Mykad Smart Shopper Berfungsi?

1. Anda perlu mendaftar sebagai Mykad Smart Shopper di Affiliate Junction dengan mengaktifkan Mykad anda menerusi online tanpa perlu berjumpa mana-mana ejen untuk mengisi borang. Apa tunggu lagi Jom Aktifkan Mykad anda.

2. Selepas Aktifkan Mykadanda boleh mula berbelanja di premis-premis perniagaan yang menyertai program ini untuk mendapatakan diskaun. Pada masa yang sama anda juga boleh mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus dengan hadiah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat.

senarai perniagaan terlibat dengan mykad smart shopper, Fungsi Mykad, kelebihan mykad smart shopper, rebat, mata ganjaran, merchant, affiliate register

Bagaimana hendak mengetahui senarai perniagaan yang telah menyertai Program Mykad Smart Shopper?

Bagi anda yang memiliki smartphone, IPAD atau iPhone anda bolehlah install Aplikasi Mykad Smart Shopper di Google Play Store anda untuk mengetahui senarai premis perniagaan yang telah menyertai program ini.

aplikasi mykad smart shopper di google play store, install aplikasi
Download Aplikasi MyKad Smart Shopper

Sebenarnya amat mudah sahaja sekiranya anda ingin install aplikasi Aplikasi MyKad Smart Shopper. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menaip Mykad Smart Shopper atau MSSP Discover pada aplikasi Play Store bagi pengguna Samsung, HTC, Nokia, Lenovo, dan lain-lain atau appstore bagi Pengguna Apple. Akhir sekali tekan Download. Amat mudah kan? Selepas anda install aplikasi ni, bolehlah memudahkan pencarian anda untuk mengetahui lokasi ataupun premis perniagaan yang mengikuti program ini.

Kelebihan Menyertai Program MyKad Smart Shopper

1. Pengaktifan MyKad untuk menjadikan Kad Diskaun adalah PERCUMA.

2. Tiada sebarang yuran tahunan dikenakan.

3. Tidak perlu membawa kad tambahan hanya perlu membawa Mykad sahaja ke mana-mana untuk kebanyakkan urusan.

4.  Dapat mata ganjaran dan tidak ada tempoh luput.

5. Berpeluang untuk menebus hadiah daripada pihak syarikat berdasarkan mata ganjaran yang telah anda kumpul ketika berbelanja.

6. Aplikasi Mykad Smart shopper melalui IPAD, Iphone dan Smartphone disokong dengan sistem GPS, dapat memberi panduan, maklumat dan lokasi setiap kedai yang terlibat di dalam program ini.

Jom aktifkan mykad

Contest Jom Aktifkan Mykad dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.com

Hey there! 8Share rewards me cash and points for sharing cool stuff with my friends. It's that easy! Join me now and you will get RM1.00 free when you sign up. Click HERE for sign up.

Selasa, Februari 24, 2015

Tips Menggunakan Beg dengan Betul

Februari 24, 2015 6 Comments
Tips Menggunakan Beg dengan Betul | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Pernah tak korang selalu rasa sakit2 badan, bahu, tangan lenguhlah disebabkan usung beg ke sana ke sini dari pagi ke petang? Haaa kalau pernah rasa macam tu, itu tandanya korang sebenarnya tersilap langkah bila bawa beg. huhu Murni pun pernah rasa sakitnya tuh di sini...eh! macam pelik je bunyinya..haha kesannya sampai behari2 kut baru hilang sepenuhnya selepas buh minyak gamat.

Kali ni Murni nak kongsi tips menggunakan beg dengan betul dengan korang hasil daripada pembacaan dari Majalah dara.com. majalah feveret Murni, ok!

source: google image

Tips Menggunakan Beg dengan Betul

1. Tukar Silang

Kalau korang nak tahu dengan hanya meletakkan beg di bahu yang sama setiap hari sebenarnya boleh menyebabkan kecederaan otot bahu. Oh I see! So untuk elakkan kecederaan tu, korang kena praktikkan selalu dengan menentukan bahu mana yang perlu diletakkan beban. Katalah kalau hari ni korang bawa beg di bahu kanan, so keesokan harinya gunalah bahu kiri pula, tu yang dinamakan tukar silang.

2. Dua Lebih Baik

Katalah korang ni dalam keadaan terpaksa kena bawa banyak barang dalam satu masa, gunakanlah dua beg ya. Kalau boleh elakkan dari guna satu beg, nanti terlebih beban pulak tangan tu nak menanggung sakit. Sediakan satu beg silang untuk masukkan barangan berharga & peribadi, then letakkan di bahu kanan & silangkan ke kiri. Beg yang satu lagi tu dipegang oleh tangan kanan anda. Make sure tak terlalu berat...haaa boleh imagine tak?

3. Letak Belakang

Kes yang letak belakang ni, kebiasaanya si pemakai beg tu menggunakan beg sandang belakang, alah beg yang famous diguna pakai oleh student. Beg dua tali ni sebenarnya boleh membuatkan beban sama rata pada kedua2 bahu. Sebab tu Murni suka pakai beg cenggini time duk universiti dulu, almaklumlah senang je nak usung dari pagi ke petang bila ada kelas & bahu pun takdelah sakit sangat.

4. Letak Menyerong

Beg silang yang berat boleh buatkan badan korang membongkok & ini secara tak langsung beri tekanan pada tulang belakang. Untuk mengatasinya korang bolehlah silangkan beg di tengah badan & sesuaikan keadaan talinya. Rasa penat mengusung beg pun mungkin boleh dikurangkan.

5. Paling Mudah

Apa yang paling mudah? Sudah semestinya penggunaan beg troli sebabnya dah sah2 beg tu yang paling senang nak diusung just tarik je kan bila muatan dalam beg tu berat, tambah2 bila nak naik bas atau flight nak balik ke kampung halaman ke, bercuti ke, & yang seumpamanya. Point penting korang kenalah bijak untuk menukar tangan bila nak tarik beg.

Semoga perkongsian Tips Menggunakan Beg dengan Betul bermanfaat untuk korang :)

Khamis, Februari 19, 2015

Nama yang Pelik Bin Ajaib Betullah

Februari 19, 2015 8 Comments
Nama yang Pelik Bin Ajaib Betullah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Haaa ini kes tengah hari tadi, Murni perasaan dekat Page FB Harian Metro, ternampak satu gambar yang menarik perhatian then direct terus klik link website Harian Metro. Tak sangka pulak zaman sekarang ni masih ada juga orang yang gemar dan sanggup tukar2 nama dengan alasan nak menonjolkan dirinya mengikut keadaan emosi. Nama yang dipilih pun sangat Pelik Bin Ajaib Betullah, ABCDEFG HIJKLMN OPQRST UVWXYZ namanya. Eh! dah rasa macam kembali ke zaman sekolah pulak, nyanyi lagu ABC...kan?

Sumber Foto: Harian Metro

ABCDEFG ni merupakan seorang guru yang tinggal di ibu negara Colombia Bogota. Sebelum ni beliau dikenali sebagai Ladyzunga Cyborg berumur 36 tahun. Mengambil masa dua tahun untuk menukar namanya kepada ABCDDEFG HIJKLMN OPQRST UVWXYZ kerana sebelum ni pegawai pendaftaran menolak permohonannya untuk menukar nama.

"I've changed my name so people wouldn't know it's me," she explained.
"But it's not because I was disturbed by it but because I wanted to always bring an element of surprise."
source: Here

Lepas ni tak payah dah susah2 nak tukar nama, memandangkan huruf semua memang dah lengkap 26 abjad. Tapi tu semua kan hak individu, terpulang sama ada nak tukar ke tak.

Happy Chinese New Year

Februari 19, 2015 0 Comments
Happy Chinese New Year | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Mesti ramai yang tengah syok dapat cuti hari ni, kan? Apa taknya kan hari ni merupakan perayaan Tahun Baru Cina. Murni pun tak nak lepaskan peluang untuk ucapkan kepada mereka yang menyambutnya, Happy Chinese New Year for you guys, Gong Xi Fa Cai. Mesti korang sekarang ni tengah seronok dapat berkumpul dengan keluarga terchenta, kan? Bertambah2 seronok lagi kalau dapat Ang Pau hewhew.

Google Doodle of Chinese New Year 2015

Lastly, Murni harap bila korang dah balik becuti tu, berhati-hatilah memandu ye. Kalau terlalu letih memandu tu, berehatlah singgah mana2 RNR yang berdekatan. Ingatlah orang yang tersayang :D Once again, Happy Chinese New Year.

Selasa, Februari 17, 2015

Main Game Dinosaur

Februari 17, 2015 6 Comments
Main Game Dinosaur | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Murni nak share something yang agak menarik untuk di cuba, khas bagi korang yang tak tahu lagi erk. Katalah kalau korang ni tengah syok melayari internet tak kesahlah tengah tengok drama korea ke, berFB ke, search maklumat ke, berblogging ke & sewaktu dengannya. then tetiba pulak line internet slow sampaikan tak boleh nak connect langsung...confirm dah rasa macam tak best pulak kan?

So untuk elakkan rasa bosan nak tunggu line internet tu ada, bolehlah korang try main game dinosaur2 macam bebudak yang memang dah tersedia dekat google chrome,  free of charge lagi...hihi Senang je kalau nak main just tekan space bar, nanti melompatlah dinosaur tu...Nak tengok rupa dinosaur tu mcm mana rujuk je gambar yang Murni dah print screen khas utk korang...

Haaa apa tunggu lagi, cubalah main game ni...Murni pun dah sampai ketagih nak main game bebudak ni sampai sanggup disconnect wifi...haha kadang tu sampai 20 minit jugaklah main benda alah ni, tak puas rasanya kalau tak dapat score yang tinggi...yang paling tinggi Murni pernah dapat macam gambar kat atas hewhew...

Selamat mencuba :D

I BELIEVE THAT...

Februari 17, 2015 3 Comments
I BELIEVE THAT... | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Sejak beberapa hari ni, Murni selalu je alami masalah gangguan tidur malam, alah penyakit Insomnia...haha tak reti nak menyebutnya macam mana, asyik salah sebut je jadi 'imsonia'. Sebenarnya Murni dah terjebak dengan penyakit ni time duk dekat u lagi, huhu bahaya kut kalau tak disembuhkan. Eh! tajuk lain macam je 'I BELIVE THAT dot dot dot' dengan apa yang nak diutarakan di belog ni. Bertenang ya readers yang comel loteh, ni just mukadimah je.

Time2 macam ni eloklah kiranya Murni menghupdate belog memandangkan susah sangat nak tidur, bertemankan pulak dengan secawan coffee mix...haaa lagilah cik akak oiii hang tak boleh nak tido. Hihi minuman feveret tu, mana boleh kalau tak hirup sehari. Back to main topic, actually Murni nak share something dengan korang.

Nak dipendekkan cerita, Murni ada simpan beberapa helai kertas yang mengandungi quotes & kertas tu sebenarnya kepunyaan akak Murni sendiri. Dah lama sangat usia kertas tu, adalah dalam 9 tahun macam tu. Dulu malas nak baca sebab penulisannya fully english, haha tapi sekarang ni boleh jatuh chenta pulak...hurmm maybe sebab ayat2 yang digunakan tu ada kena mengena dengan diri sendiri kut. Murni nak tunjuk gambo pun tak ada, maaflah smakpong kita problem banyak...haha tak apalah Murni tetap jugak nak share dengan korang, even kena taip dari A to Z. Selamat membaca :D

believe
Source: Google Image

I BELIEVE THAT...
• We don't have to change friends if we understand that friends change.
• No matter how good a friend is, they're going to hurt you every once in a while and you must forgive them for that.
• True friendship continues to grow, even over the longest distance. The same goes for the true love.
• My best friend and I can do anything or nothing and have the best time.
• Even when you think you have no more to give, when a friend cries out to you, you will find the strength to help.
• You can do something in an instant that will give you heartache for life.
• It's taking me a long time to become the person I want to be.
• You should always leave loved ones with loving words. It may be the last time you see them.
• You can keep going long after you can't.
• We are responsible for what we do, no matter how we feel.
• Either you control your attitude or it controls you.
• Regardless of how hot and steamy a relationship is at first, the passion fades and there had better be something else to take its place.
• Heroes are the people who do what has to be done when it needs to be done, regardless of the consequences.
• Money is a lousy way of keeping score.
• Sometimes the people you expect to kick you when you're down, will be the ones to help you get back up.
• Sometimes when I'am angry I have the right to be angry, but it doesn't give me the right to be cruel.
• Just because someone doesn't love the way you want them, doesn't mean they don't love you with all they have.
• Maturity has more to do with what types of experiences you've had and what you've learned from them and less to do with how many birthday you've celebrated.
• It isn't always enough to be forgiven by others. Sometimes you have to learn to forgive yourself.
• No matter how bad your heart is broken, the world doesn't stop for your grief.
• Our background and circumstances may have influenced who we are, but we are responsible for who we beome.
• Just because two people argue, it doesn't mean they don't love each other and just because they don't argue, it doesn't mean they do.
• You shouldn't be so eager to find out a secret, it could change your life forever.
• Two people can look at the exact same thing and see something totally different.
• Your life can be changed in a matter of hours by people who don't even know you.
• Credentials on the wall do not make you decent human being.
• The people you care about most in life are taken from you too soon.

Dah khatam sampai habis? ha dalam banyak2 yang tersenarai kat atas ni, yang mana satu yang korang percaya sangat2 & kalau tak keberatan nyatakan sebab sekali :D

Isnin, Februari 09, 2015

Etika Pemakanan Rasulullah SAW

Februari 09, 2015 5 Comments
Etika Pemakanan Rasulullah SAW | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Dalam aspek etika pemakanan, kita sebagai umat Islam hendaklah mencontohi amalan pemakanan yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW kerana baginda merupakan contoh teladan yang terbaik untuk semua umat manusia. Murni akan tampilkan 7 perkara penting dalam aspek etika pemakanan Rasulullah SAW.

1. Baca Bismillah sebelum makan

Makanan akan menjadi lebih berkat dan akan beri kesihatan yang berpanjangan sekiranya setiap diawal perbuatan kita dimulakan dengan bacaan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah.

Sumber Foto: Google Image

Dari Aisyah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni 'Bismillah'). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwalahu wa akhirahu'" (HR Abu Dawudf dan at Tirmidzi)

2. Guna tangan kanan

Kalau nak makan, gunalah tangan kanan sebabnya ia dianggap mulia berbanding guna tangan kiri. Kenapa tak boleh makan guna tangan kiri? Sebabnya ialah ia melambangkan sifat angkuh atau bongkak. Hal ni ada dinyatakan dalam sebuah hadis iaitu

Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah SAW. Maka baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab, " Engkau tidak boleh? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak! Kemudian tidak diangkat tangannya ke mulut." (HR Muslim)

3. Makan apa berhampiran denganmu

Maksudnya disini katakanlah kalau korang tengah makan dalam kumpulan yang terhidang dengan pelbagai hidangan, seeloknya ambillah makanan yang berdekatan dengan tempat duduk korang. Adab ni kena dijaga sebabnya ia boleh bantu korang untuk kurangkan kadar pengambilan makanan yang banyak.

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah SAW dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah SAW berkata: "Wahai budak, ucapkanlah 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu." (HR Bukhari dan Muslim)

4. Galakan guna tiga jari

Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah SAW makan menggunakan tiga jari...(ibu jari, jari telunjuk, dan jari tengah)" (HR Muslim)

Makan dengan tiga jari merupakan amalan yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Amalan seperti ini boleh mendorong untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit dan dikunyah dengan perlahan-lahan supaya makan terhadam dengan baik. Bukan tu je galakan guna tiga jari juga boleh elakkan sifat gelojoh dan kurang sabar bila mengadap makanan, tambah-tambah bila perut tu dah lapar sangat. Amalan ni juga sesuai bagi sesiapa yang tengah berdiet.

5. Larangan mencela makanan

Islam melarang umatnya menunjukkan perasaan tidak suka bila berhadapan dengan rezeki, iaitu ketika makan. Kalau tak suka degan sesuatu makanan, elakkan daripada makan. Tapi kalau korang tak makan dan mencela makanan tersebut, kiranya berdosa sebab mencela makanan.

Sumber Foto: Google Image

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, " Tidak sekali-kali Rasulullah SAW mencela makanan. Jika banginda menyukainya, maka baginda makan. Jika baginda tidak menggemarinya, maka baginda tidak makan." (HR Bukhari dan Muslim)

6. Tidak bersandar ketika makan

Makan dengan tertib dan duduk dengan betul ketika makan supaya makanan yang dihadam dapat bertindak balas dengan baik pada anggota badan. Makan sambil berdiri atau baring adalah di larang dalam Islam, begitu juga makan sambil bersandar.

Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Aku tidak makan sambil bersandar." (HR Bukhari)

7. Jilat jari usai makan

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)" (HR Bukhari dan Muslim)