Kisah Aku: Baru, Biru & Buru

Januari 28, 2015
Contest
Kontest Teroka Perspektif


Kisah Aku: Baru, Biru & Buru | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Bagi memenuhi tuntutan ketiga-tiga klu iaitu Baru, Biru dan Buru yang terdapat dalam Kontest Teroka Perspektif, Murni akan himpunkan cerita pendek berdasarkan pengalaman sendiri dan suka duka sebelum, semasa dan selepas bergelar sebagai penuntut ilmu. Murni akan membahaskan diri sebagai 'aku' mengikut kesesuaian dan keselesaan Murni sendiri.

Murni tampilkan cerita ini dengan tajuk Kisah Aku: Baru, Biru & Buru dan  kisah ini punya maksud yang tersurat dan tersirat yang mana boleh dijadikan sebagai panduan dan pengajaran dalam melayari bahtera hidup sebagai seorang pelajar...eh! ayat bukan main dah macam sastera pulak. Ada aku kesah! Yang tersirat itu, hanya penulisnya sahaja yang tahu. Jangan kalian cuba mentafsirkan sesuatu yang kamu tidak tahu, takut nanti ada percanggahan pendapat. 

Jemput baca hasil penulisan Murni, ia terhasil daripada sumbangan otak yang menyimpan seribu memori kenangan masa lalu yang kadang kala mengusik hati dan jiwa...hihi Kesemuanya ada tiga bahagian iaitu BARU, BIRU & BURU.


BARU | Aku yang Baru


Aku ingin menjadi seorang yang baru, tapi dalam konteks ingin terlepas daripada kepompong kegagalan yang aku pernah cipta tidak berapa lama dahulu. Ya aku tahu aku bukanlah seorang yang bijak pandai seperti rakan-rakan seperjuanganku yang lain, bila tamat SPM terus dapat panggilan melanjutkan pelajaran ke IPTA, sambung matrik dan seumpamanya. Mungkin usaha yang aku curahkan tidak cukup untuk melayakkan aku diterima di IPTA. Kesemua tawaran dari IPTS terpaksa tolak tepi memandangkan kosnya yang agak mahal. 

Niat untuk sambung belajar masih tetap ingin ditunaikan. Usai menamatkan Program Latihan Khidmat Negara aku putuskan untuk sambung belajar ke tingkatan enam atau dikenali sebagai Pra U. Pada awalnya keputusanku ini ditentang oleh mak. Namun begitu, setelah memujuk mak beberapa kali, akhirnya mak akur. Kegagalan dulu membuatkan semangat aku untuk terus belajar kian bertambah-tambah. 

Ingin menjadi orang baru bukanlah senang, namun bila ianya diiringi dengan doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal (DUIT) In Sha Allah kejayaan pasti akan mengiringimu. Berpegang pada konsep DUIT inilah aku mula mengorak langkah untuk mencipta kejayaanku semasa Pra U dulu. Ya, kejayaan demi kejayaan aku cipta sehinggalah aku dinobatkan sebagai pelajar cemerlang dalam aliran kemanusiaan bahkan menjadi salah seorang pelajar terbaik STPM di peringkat daerah. Pada ketika itu, aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk membanggakan mak aku dan ahli keluarga yang lain.

 
STPM 2010
STPM 2010

Alhamdulillah kejayaan tersebut jugaklah yang akan membawa aku berada setapak dihadapan untuk memperoleh segulung Ijazah yang aku impikan selama ini. Mak mengimpikan anaknya ini menjadi seorang pendidik, namun aku akur dengan ketentuan Allah, sungguh kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segala-galanya. Aku mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Rimba Hijau. Persediaan dari segi fizikal dan mental perlu dipersiapkan bagi menempuh persekitaran yang baru.

BIRU | Aura Positf dan Negatif


Cerita aku tidak terhenti pada bahagian BARU dan bersambung di bahagian ini. Aku memilih untuk menerangkan biru daripada perspektif aku sendiri memandangkan ia merupakan salah satu warna kegemaranku. BIRU itu aku sifatkan ia sebagai warna, bukan sekadar warna tapi warna yang ku anggap mempunyai aura positif dan negatif yang mana terselit ujian sepanjang aku bergelar mahasiswi di Universiti Rimba Hijau. 

Warna biru itu melambangkan ketenangan, kedamaian, dan sejahtera yang mana kadang kala boleh mengusik jiwa. Aku memberikan perumpaan BIRU dengan hubungan sesama manusia sebabnya kau akan didampingi dengan orang asing yang kau sendiri tidak pernah kenal sebelum ini bila kau menjejakkan kaki ke menara gading. Beruntung sangat bila kau ketemu dengan insan yang baik budi pekertinya. Bila kau dikelilingi oleh orang-orang yang mempunyai akhlak yang baik, maka akan hadirlah ketenagan yang kau cari. Aku berikan contoh, katalah kau diduga dengan masalah yang menimpa dirimu dan ketika itu ada insan yang sudi menjadi pendengar setia bahkan memberimu motivasi, maka orang tersebut aku anggap sebagai seorang yang punya aura positif. Bagaimana pula kalian? Mungkin punya pandangan yang tersendiri.

Kadang kehidupun sebagai pelajar tidak akan selalunya indah. Diuji dengan banyak hal yang kau sendiri tak pernah terbayang oleh akalmu sebelum ini. Ya, begitu juga diriku ini tak akan terlepas dari setiap ujian. Diriku teruji bila mana perlu terpisah dengan mak buat pertama kalinya untuk menuntut ilmu di tempat orang. Bila berada di tempat orang barulah kita belajar untuk hidup berdiri di atas kaki sendiri atau disebut sebagai berdikari. Belajar untuk tidak boros, tapi kadang-kadang bajet yang diperuntukkan tersasar juga. Belajar untuk uruskan masa. Belajar untuk menjaga hati orang lain, walaupun kadang hati sendiri sebenarnya tak terjaga. Belajar untuk mengenal hati budi orang lain. Belajar untuk mengenal erti rindu dan kasih sayang dan macam-macam lagilah yang kau akan belajar.

Ujian yang terlalu berat untuk dipikul oleh diriku, bila mana tahap pencapaianku dalam akademik tidaklah cemerlang seperti dahulu. Aku akui aku pernah gagal dalam subjek yng melibatkan pengiraan. Ya, aku alah dengan nombor-nombor, tak suka sebenarnya. Pointer pun jatuh, nak kata teruk tak adalah sampai kena buang U. Semester baru tiba, sekali lagi aku perlu perbetulkan niat aku untuk menuntut ilmu. Aku tidak ingin mengulangi kesilapan sama dan aku harus atasi kekurangan yang aku miliki. Practice make perfect. Ketenangan hati itu tiba bila kau mendapat result lebih baik dari yang sebelumnya atas hasil usahamu sendiri. Aku percaya bahawa setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Kegagalan yang aku rasakan itulah yang jadi guru terbaik buat diriku untuk terus melangkah kehadapan.





Bukan itu sahaja, banyak ragam manusia yang kau akan jumpa bila kau berada di U. Berhati-hatilah dalam memilih kawan. Aku melihat ragam manusia ni ada yang suka mengambil kesempatan dalam kebaikan seseorang. Ya terlalu kerap aku jumpa insan seperti ini. Boleh jadi dia berkawan dengan kau untuk kepentingan dirinya sendiri. Bila dah terkena kepada diriku sendiri, kadang memang boleh mengundang stress. Apa yang berlaku biarlah rahsia. Situasi seperti ini yang boleh mendorong kepada aura yang negatif sampaikan boleh menyebabkan diri kurang bersemangat untuk melakukan sesuatu perkara Sungguh apa yang terjadi mematangkan lagi diriku dan aku belajar untuk memaafkan orang lain, walaupun kadang kala sukar untuk melupakan perbuatannya.

Tidak kurang juga kau akan alami perasaan bila mana ada insan yang membencimu, menghinamu, mengumpatmu. Apabila berada di hadapanmu kau tidak akan menghidu sedikit pun perbuatan negatifnya. Ya, dia sungguh bijak dalam menyembunyikan perasaan bencinya itu kepada kau. Apa-apa pun kau perlu sentiasa bersangka baik kepada sesiapa sahaja. Ya, mungkin dia tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku sehingga sanggup menunding jari dan terus menjatuhkan hukum. Kenapa tidak berbincang dengan baik, walaupun ada timbul sedikit salah faham dan kenapa perlu sampai menghukum dengan kata-kata kesat. Jalan penyelesaian yang aku jumpa bila berhadapan situasi seperti ini hanya mengadu kepada Allah kerana tidak ingin memburukkan lagi keadaan.

Setiap pelajar itu punya pengalaman masing-masing sepanjang berada di U, yang aku ceritakan di atas ini aku tidak menceritakan secara terperinci kerana ingin menjaga hati insan-insan yang pernah ku temui. Di sini juga aku ingin beri nasihat kepada adik-adik yang sedang dan bakal melanjutkan pelajaran; bila berada di tempat orang, satu hal yang kau kena jaga adalah maruah diri dan juga keluargamu. Jangan kau mudah terjerumus di lembah kehinaan. Kena pandai membawa diri dan sentiasa ingat pesan mak ayah. 

Ambillah aura positif BIRU yang kau temui sepanjang kau menuntut ilmu di tempat orang yang kemudiannya akan mendatangkan ketenangan dan kedamaian untuk dirimu, dan berlaku bijaklah dalam menangani aura negatif yang kau alami.


BURU | Mencipta Kejayaan 


Rentetan daripada peristiwa BIRU yang aku alami, aku perlu buru kejayaanku sendiri. Segulung Ijazah bakal menjadi milik aku tidak lama lagi. Walaupun aku tidak berjaya untuk mencapai target yang aku tetapkan sebelum menjejakkan kaki ke U, namun aku harus bersyukur kerana aku telah berjaya untuk menamatkan tempoh pengajianku selama tiga tahun. Ya aku sudah merasa hidup berdiri di atas kaki sendiri, terlalu banyak kepayahan yang aku rasakan dan pengalaman sepanjang bergelar mahasiswi. Aku banyak belajar dari setiap ujian yang menimpa. 

Aku redha menerima ketentuan takdir ILAHI sebgaimana telah dijelaskan dalam Hadis Riwayat Muslim "Jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata: Jika aku telah berbuat begini dan begitulah jadinya. Melainkan kamu berkata: Allah telah mentakdirkan apa yang DIA suka, ia perbuat!" Sesungguhnya perkataan 'andai kata' itu memberi peluang pada syaitan.

In Sha Allah satu hari nanti aku akan mencipta kejayaanku sendiri berbekalkan ilmu yang aku pelajari selama ini. Kejayaan apakah yang aku ingin capai? Bak kata Dato' Siti Nurhaliza biarlah rahsia. Aku lebih suka berahsia berbanding bercerita secara terperinci berkenaan sesuatu hal. Ya, itulah diriku yang sebenar, suka terlihat seperti tiada apa yang berlaku dan hanya membiarkan pemilik hati ini sahaja yang tahu apa yang tersirat di hati. Bertatih daripada bawah itu adalah lebih baik kerana kau akan tahu setiap kesusahan dan titik peluh yang kau alami sebelum kau berada di puncak kejayaan. 

Satu hal yang kau perlu ingat bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan diri mereka sendiri. Dalam kau buru kejayaanmu kau perlu keluar daripada zon selesa yang kau cipta selama ini jika kau berkehendakkan kejayaan yang lebih gah. Jangan juga kau terlalu mengejar keduniaan sehingga kau lupa akan amal ibadah mu yang akan jadi bekalan buatmu di akhirat kelak. Kedua-duanya perlu seimbang. Ya, ini juga merupakan peringatan buat diriku sendiri.

Mohon maaf andai ada di antra kalian yang terasa dengan Kisah Aku: Baru, Biru & Buru yang Murni coretkan di blog ini. Perkara yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk itu dijadikan sebagai sempadan, ok!  Semoga hari ini lebih baik daripada sebelumnya. Assalamualaikum!


Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama

Januari 22, 2015
Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama | Assalamualaikum & salam sejahtera. Umum mengetahui bahawa Jepun mendapat jolokan nama sebagai Negara Matahari Terbit kerana kedudukan Jepun yang terletak di sebelah timur tanah besar China. Bukan itu sahaja, kedudukan Jepun terletak di kawasan beriklim sederhana dan mempunyai empat musim di mana terdapat perbezaan iklim yang amat ketara di antara bahagian utara dan bahagian selatan Jepun, maka tidak hairanlah Jepun turut menjadi salah satu destinasi pelancongan utama yang menjadi tumpuan pelancong yang datang dari pelbagai negara. 

Kredit Foto: www.kosmo.com.my

Apa yang unik sangat dengan negara Jepun ni sampaikan nak jejak kaki ke bumi mereka?. Setiap dari kita mungkin mempunyai pendapat yang sama ataupun berbeza tentang keunikan negara matahari terbit ni. Bagi pendapat Murni sendiri, selain daripada tempat2 yang menarik untuk dilawati keunikan lain yang ada pada negara Jepun adalah dari aspek peradaban masyarakat Jepun itu sendiri. Kalau dilihat dengan mata kasar, walaupun kehidupan moden masyarakat Jepun tu setanding dengan negara Barat, tapi masyarakat Jepun masih tetap mengekalkan jati diri, tradisi dan budaya mereka bagi membentuk sikap peribadi yang cukup kental demi memperoleh kejayaan dan mengecapi kemajuan. 

Bagi anda yang mempunyai perancangan ingin bercuti ke luar negara dan masih belum memutuskan destinasi pelancongan yang ingin dituju, di sini Murni sertakan dua pakej pelancongan ke Jepun beserta dengan kos dan pautan link yang boleh dicapai untuk mengetahui info lanjut berkenaan dengan setiap pakej pelancongan yang ditawarkan.

1) JAPAN BUDGET TRIP (JBT) 2015 : SNOW & SAKURA* (27 March - 1 April 2015) 



Antara tempat yang bakal dilawati adalah seperti Tokyo Disneyland, Gala Yuzawa (Ski Resort/Shinkansen), Karuizawa Shopping Plaza (Shopping Plaza/Ski Resort/Shinkansen ride).



Harga:
  • RM1,990 Bagi setiap orang (tempahan kumpulan dengan minimum 3 orang)
  • RM2,090 Bagi setiap orang
  • RM200 tambahan jika melalui Lapangan Terbang Narita

Harga termasuk: -
  • Penginapan (berasaskan Perkongsian)
  • Pengangkutan (Keretapi, Subway, Shinkansen & Airport transfer)
  • Panduan (Juru Bahasa Bahasa Malaysia, Inggeris & Jepun)
  • Takaful

Harga TIDAK termasuk: -


  • Tiket Penerbangan
  • Makanan
  • Tiket Tokyo Disneyland 
  • Bayaran masuk Lain-lain


Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan tempat yang akan dilawati dan tentatif  pakej pelancongan ke Jepun bagi JAPAN BUDGET TRIP (JBT) 2015 : SNOW & SAKURA bolehlah KLIK DISINI


2) JAPAN BUDGET TRIP (JBT) 2015 : KANSAI 2015 (Osaka / Kyoto / Himeji) 




Antara tempat menarik yang terdapat di Kansai untuk dilawati adalah seperti Shinsaibashi, Kaiyukan dan Temponzan, Umeda Sky Building, Osaka Castle, Higashiyama, Arashiyama, Himeji Castle, & Masjid Kobe.

Harga:


  • RM1,990 Bagi setiap orang (Kumpulan Promosi: min - 3 orang)
  • RM2,090 Bagi setiap orang
  • RM1,990 Bagi setiap orang (Early Bird Promo: tempahan oleh 31 Disember 2014)

Harga termasuk: -


  • Penginapan (berasaskan Perkongsian)
  • Pengangkutan (Keretapi, Subway, Shinkansen & Airport transfer)
  • Panduan (Juru Bahasa Bahasa Malaysia, Inggeris & Jepun)
  • Takaful

Harga TIDAK termasuk: -


  • Tiket Penerbangan
  • Makanan
  • Bayaran Masuk

Untuk maklumat lanjut berkenaan tentatif  perjalanan bagi pakej JAPAN BUDGET TRIP (JBT) 2015 : KANSAI 2015 (Osaka / Kyoto / Himeji)  KLIK DISINI



Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati
  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie



Hadiah Utama:  1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan
  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30


Terima kasih kepada Sohoque.com dan Travelog.my yg mengwar2kan mengenai contest ini :)



Mango Malaysia Jenama Pilihan Wanita Malaysia

Januari 20, 2015
Mango Malaysia Jenama Pilihan Wanita Malaysia | Assalamualaikum & salam sejahtera. Tidak dapat dinafikan bahawa fesyen berkembang pantas mengikut peredaran masa, bahkan dunia fesyen merupakan salah satu antara pasaran yang sangat kompetititf dan cukup mencabar. Ia sentiasa berubah dan tidak statik, maka tidak hairanlah saban tahun ada sahaja fesyen-fesyen terkini dan sedang popular yang diketengahkan oleh para pereka di luar sana untuk pilihan si pencinta fesyen.

Kalau hendak dihitung dengan jari jemari, sudah semestinya kita tidak mampu untuk menghitung berapa banyak jenama fesyen yang berada dalam pasaran. Oleh itu, sebagai pengguna perlulah bijak dalam memilih jenama fesyen yang dikehendaki. Hal ini adalah kerana tidak semua jenama fesyen menawarkan produk ataupun koleksi yang sama kerana masing-masing mempunyai ciri-ciri ataupun sifatnya yang tersendiri.

Mango Malaysia, jenama mango, fesyen

Mango merupakan antara jenama fesyen yang kian melonjak namanya dan sering menjadi sebutan ramai pencinta fesyen. Popularitinya telahpun menjangkau banyak negara di seluruh dunia sebagai antara jenama fesyen yang menjadi pilihan ramai fashionista yang ingin tampil bergaya mengikut apa jua kehendak berdasarkan personaliti yang ingin dibawa.

Kalau anda sukakan gaya fesyen terkini dan inginkan  kualiti premium terbaik, maka Mango Malaysia boleh memenuhi kehendak anda. Bukan itu sahaja, koleksi fesyen terkini yang ditampilkan oleh Mango Malaysia sentiasa ditunggu-tunggu oleh wanita-wanita urban di luar sana.

Jenama Mango sememangnya menjadi pilihan ramai wanita di Malaysia kerana harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan. Faktor inilah yang menjadi faktor kejayaan jenama ini sentiasa meniti di bibir penggemar fesyen di samping kehebatan koleksi yang ditampilkan dengan pelbagai rekaan produk fesyen terbaru dalam pasaran.


         Mango Malaysia, jenama mango, fesyenMango Malaysia, jenama mango, fesyen

         Mango Malaysia, jenama mango, fesyenMango Malaysia, jenama mango, fesyen

Sekiranya anda mahukan jenama yang mampu memberikan anda kepuasan dalam berfesyen, maka Mango  adalah jenama terbaik buat anda. Mango Malaysia menawarkan pelbagai koleksi fesyen yang sangat menarik. Ianya terdiri daripada rangkaian produk yang cukup meluas seperti Mango dress, Mango bags dan juga Mango shoes. Jadi apa tunggu lagi, jom bershopping di Mango Malaysia.


Malaysia Best Blog 2015

Januari 17, 2015
Malaysia Best Blog 2015 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Kali ni Murni sertai SEO Contest Malaysia Best Blog 2015 yang dianjurkan oleh Ohduit.com. Matlamat utama contest ini adalah bertujuan merangkingkan halaman web peserta di engine carian Google Malaysia dengan kata carian "Malaysia Best Blog 2015". Pertandingan ini akan berlangsung selama lebih kurang 3 bulan, bermula pada 15 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2015 dan penyertaan akan ditutup pada 18 Febuari 2015.

Malaysia Best Blog 2015
Malaysia Best Blog 2015

Antara 10 pilihan Malaysia Best Blog 2015 yang Murni pilih adalah seperti yang berikut:

1. Inche Gabbana

Inche Gabbana merupakan pemilik blog Angel Pakai Gucci. Identiti beliau bagi Murni sangatlah misteri sebabnya nama sebenar beliau pun Murni tak tahu. Beliau lebih mesra dengan panggilan nama penanya, Inche Gabbana. Apa yang membuatkan Murni tertarik dengan blog beliau adalah hasil penulisannya yang berunsurkan dakwah dan tarbiyyah sentap serta gaya penulisan beliau yang akan membuatkan anda nak baca sampai habis sesuatu topik yang diutarakan. Boleh dikatakakan best blog bagi Murni.

Untuk pengetahuan anda, beliau telah berjaya menghasilkan dua buah buku yang ohsem. Buku beliau yang pertama adalah IKHWAH PAKAI JEANS: KERANA AKHIRNYA IKHWAH ITU SEORANG LELAKI yang menghimpunkan artikel-artikel yang terdapat di dalam blog beliau dan yang kedua ialah #Chenta, koleksi cerita pendek. Wah bestnya kalau ada orang yang bagi hadiah buku penulisan Inche Gabbana ni...hihi...Tak rugi sebenarnya kalau anda berkunjung ke blog Inche Gabbana ni.


2. Fatin Liyana


Malaysia Best Blog 2015
Malaysia Best Blog 2015

Kalau sebut je nama Fatin Liyana, sudah semestinya ramai yang mengenali si pemilik blog honeykoyuki.blogspot.com ni kan? Fatin Liyana merupakan salah seorang blogger yang sangat popular di Malaysia, best blog katakan dan namanya sentiasa meniti di bibir orang ramai & Murni salah seorang dari orang ramai tu..hihi Beliau juga merupakan seorang doktor di Pusat Perubatan, UKM Cheras. Sebenarnya Dr. Fatin ni merupakan salah seorang daripada penulis bagi novel DIAgnosis 2.

Woww hebatkan kak Fatin ni, sekarang dah jadi penulis novel pulak. Berita gembira bagi mereka yang selalu ikuti perkembangan blog beliau, confirm dah tahu yang kak Fatin ni sudahpun menjadi tunangan orang & orang yang bertuah tu sudah semestinya Dr. Anwar Fazal. Tahniah kak Fatin, semoga bahagia selalu & dipermudahkan oleh Allah S.W.T segala urusan. Tak sabar rasanya nak tengok kak Fatin ni naik pelamin.

3. Denaihati

Pemilik blog ini merupakan seorang blogger yang mempunyai harapan agar kehadiran blog denaihati dalam dunia blog Nusantara dapat memberi pelbagai informasi, dan juga ilmu kepada orang ramai. dan tagline beliau 'Hidupkan Untuk Memberi' amatlah bersesuaian sekali. Buktinya dapat kita lihat apabila salah satu entri blog Denaihati iaitu 28.7% sahaja remaja Islam Malaysia Solat 5 waktu penuh dijadikan sebagai rujukan oleh PU Azman pada peringkat akhir Pencetus Ummah 2014. 

Banyak kejayaan yang telah diraih oleh blog denaihati, maka tidak hairanlah blog denaihati ni boleh dinobatkan antara Malaysia Best Blog 2015, kan? Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan seorang yang suka mengembara dan menjelajah ke negara orang untuk melihat sendiri kesusahan orang lain dan sentiasa mensyukuri nikmat yang ada. Beliau juga sering menganjurkan contest yang menawarkan hadiah yang cukup menarik buat pembaca blog.

4. Hasrul Hassan

Memperkenalkan best blog pakar SEO Malaysia, sifu Hasrul Hassan yang sentiasa menjadi rujukan dan sumber inspirasi bagi blog yang berplatformkan blogspot. Murni belajar bab2 teknik SEO melalui blog beliau dan sentiasa mencuba untuk aplikasikan tips SEO yang beliau kongsikan. Kalau dulu Murni memang tak tahu pun, apa itu SEO? Sejak Murni sertai Contest SEO: Jom Aktifkan Mykad, Murni dah tahu serba sedikit berkaitan dengan teknik SEO dan juga tips blogging berdasarkan pembacaan di blog sifu HH. Terima kasih Sifu HH atas perkongsian ilmu & minta dihalalkan ye. 

5. Namee Roslan

Nama diberi Nameera binti Roseland empunya blog Namee Roslan, bergelar isteri & mempunyai dua orang anak yang sangat comel. BTW tahniah kak Namee atas kelahiran orang baru. Murni suka jadi sweet stalker kak Namee sebabnya best je bila baca dari awal sampailah akhir, tambah2 bila tengok telatah Adam.

Kak Namee pun suka berkongsi tips berkaitan parenting so siapa2 yang nak tahu tips parenting yang kak Namee kongsikan bolehlah jenguk2 blog beliau. Keunikan blog kak Namee ni adalah service advertorial yang ditawarkan, setiap entri yang kak Namee publish, confirm ada advertorial.  Kiranya pembaca ni sambil menyelam minum airlah katakan sambil2 baca entri boleh usha mana-mana produk yang berkenan dihati. 

6. Irine Nadia

Malaysia Best Blog 2015 menjadi pilihan merupakan salah satu blog yang Murni memang suka sangat stalk, selalu je jadi silent reader...hihi Seronok baca blog Irine ni. Tak tahulah macam mana nak describe keseronokan tu...mybe sebab seronok tengok keluarga bahagia Irine, tambah pulak dengan kehadiran si comel Fiska Medina dengan telatahnya yang sangat mencuit hati Murni. Tahniah Murni ucapkan tak lama lagi akan menyambut kelahiran baby yang kedua pulak. Untuk pengetahuan anda, Irine pun dah buka Butik Fiska Shah Alam di Alam Avenue 2.

7. Yuyu Zulaikha

Haaa ni lagi salah satu best blog yang Murni suka baca, blogger yang Murni maksudkan semestinya kak Yuyu, alah blogger yang kecil molek tu.  Asal ada je baby, Murni memang suka..salah satu faktor juga tu, tak sabar nak tahu perkembangan Habib menerusi blog kak Yuyu. 

Semangat positif yang kak Yuyu tunjukkan dalam penulisan sedikit sebanyak beri inspirasi dekat Murni bak kata Kak Yuyu Allah jadikan kekurangan kita beserta dengan kelebihan. Bagi Murni setiap insan tu masing2 ada kelebihan & kekurangan, apa yang penting jangan jadikan kekurangan yang kita miliki jadi batu penghalang untuk kita mencapai sesuatu matlamat.

8. Ben Ashaari

Nama yang tidak asing lagi dalam dunia blog, boleh dikatakan salah satu best blog di Malaysia siapalah yang tak kenal dengan blogger Ben Ashaari ni kan? Beliau mempunyai dua orang anak yang sangat comel Qhaliff & Zahra, rasa macam nak cubit je pipi bila tengok gambar Qhaliff & Zahra ni. Keunikan yang ada pada blog abang Ben ni adalah beliau sentiasa update blog, berdasarkan pemerhatian Murni dalam masa sehari tu 4 atau 5 entri abang Ben akan update, tak pun lebih dari tu. 

Kagum bila tengok abang Ben boleh update entri banyak macam tu dalam sehari. Blog abang Ben ni lebih kepada blog personal yang mengisahkan tentang kehidupan yang dilalui sendiri oleh beliau dan bersifat sangat santai. Tak hairanlah ramai yang suka berkunjung ke blog beliau, kan? 

9. Mia Liana

Sudah tentu ramai yang mengenali blogger Mia Liana, kan? Beliau menjadikan blog beliau sebagai platform untuk mengekalkan kemahiran teknologi maklumat dari aspek coding, programming, graphic design serta berkongsi pengalaman kepada pembaca blog. Tak dinafikan bahawa kak Mia ni boleh dikatakan salah seorang blogger yang sangat sporting dan selalu update blog. Kalau anda tak percaya boleh berkunjung sendiri ke blog beliau. 

Mengapa Murni katakan Kak Mia ni sangat sporting? Buktinya beliau selalu memberi sokongan kepada rakan2 blogger yang mengadakan contest/giveaway dengan menyertai contest tersebut. Bukan itu sahaja, kak Mia pun selalu juga menganjurkan contest yang menawarkan hadiah yang cukup menarik, contest terkini yang berlangsung adalah Giveaway Ephyra Skin Bar.

10. Oh! Duit

Malaysia Best Blog 2015 yang terakhir adalah blog Oh! Duit. Kalau nak diikutkan Murni dapat tahu kewujudan blog Oh! Duit ni menerusi sifu HH yang berkongsi di laman sosial milik beliau berkaitan dengan contest SEO yang dianjurkan oleh blog Oh! Duit. Pemilik blog ni bernama Khirol Hazwan. 

Berdasarkan pemerhatian, Murni dapati blog beliau ni berkisar tentang business online untuk menjana pendapatan disamping mengetengahkan nota-nota yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada pembaca blog Oh! Duit. Himpunan nota-nota yang disediakan oleh beliau seperti Nota Bisness, Nota Blog, Nota eBay, Nota Geek, & Nota SEO. Kalau anda nak tahu lebih lanjut boleh terjah terus ke blog Oh! Duit.

"Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com dan ditaja oleh (*akan ditambah kemudian jika ada penaja)"

Hey there! 8Share rewards me cash and points for sharing cool stuff with my friends. It's that easy! Join me now and you will get RM1.00 free when you sign up. Click HERE for sign up.

Berurusan di JPN Lahad Datu

Januari 16, 2015
Berurusan di JPN Lahad Datu | Assalamualaikum & Salam sejahtera. Dah dua kali Murni turun naik JPN Lahad Datu nak uruskan sijil kematian arwah bapa. Murni nak tukar sijil kematian yang lama sebabnya ada tulisan yang tak dapat nak dibaca ditambah pulak dengan keadaan warna sijil tu yang tak sedap nak dipandang dah...hihi 

Kalau nak diikutkan sijil kematian yang diperbaharui akan mengambil masa 10 minit untuk disiapkan. Tapi minggu lepas masa Murni pergi berurusan, siap dah bagi fotostat sijil kematian yang lama dengan mykad Murni sebagai pemohon...tup tup pegawai tu suruh balik katanya tak sempat nak cek memandangkan dah petang & lastly dia suruh datang minggu depan pulak. Hurmm kalau nak diikutkan time ni takdelah JPN tu dah nak tutup kut, rasanya boleh je siapkan. 

Petang semalam berurusan lagi di JPN, terpacak depan pintu JPN dalam jam 1:50 p.m semata-mata nak masuk cepat amik no. giliran. Lega rasa bila dapat no. giliran yang terawal. Duduk kejap, then no. Murni pun dipanggillah. Bila dah di kaunter, Murni hulur borang sekali dengan sijil kematian..pegawai tu cek nama kat sistem, dah belek2 borang & sijil kematian pegawai tu cakap dik kena ada fotostat IC & sijil kematian...Murni pun bersuaralah saya sudah bagi minggu lepas, pegawai tu cakap yang tu untuk simpanan. Huhhh sakit pulak hati ni bila dengar, time Murni pergi berurusan minggu lepas tak de pulak diberitahu sediakan lagi fotostat IC & sijil kematian. 

Huhh bila dah jadi macam tu, Murni terus beredar pergi cari kedai fotostat yang berdekatan. Masuk semula ke JPN, huaaa rasa nak nanges je sebab kena amik semula no. giliran dahlah orang pun ramai...kena tunggu lagi, nasib baik ada tempat duduk kosong boleh jugak rehatkan kaki kejap. Dalam tengah hati ni rasa geram je, tetiba teringat dekat arwah bapa, tetiba je rasa nak menitis air mata ni...

Dua kosong lima lima, dua kosong lima lima kaunter 2... no. yang ditunggu2 untuk dipanggil, Murni terus ke kaunter 2, jumpa pegawai yang sama tadi. Dah cek nama, dah sign, dah bayar RM5, then pegawai tu suruh tunggu dalam 10 minit. Bila dah dapat sijil kematian yang baru, nampak sangat perbezaan yang amat ketara...saiz sijil kematian yang baru lebih besar dari yang lama. 

sijil kematian
Sijil Kematian

Satu benda je yang Murni tak suka bila berurusan di kaunter ni, sikap macam nak tak nak je layan pelanggan, senyum pun nampak kelat, tak spesifikkan perkara yang perlu disediakan sampaikan nak kena berulang-alik dua tiga kali...

Shawl Chiffon Labuh | Bertambah Lagi Koleksi Hijab

Januari 04, 2015
Shawl Chiffon Labuh | Bertambah Lagi Koleksi Hijab | Assalamualaikum & Salam sejahtera. Kalau ikutkan Murni ni lebih gemar gunakan Wide Shawl kalau nak keluar jalan. Mungkin ada orang-orang sekeliling yang pelik tengok cara Murni berhijab, confirm ada yang tanya Murni tak panas ke pakai labuh2 macam ni. Jawapan Murni senang je dah biasa pakai macam ni. 

Lagipun peringatan dalam surah An-Nur ayat 31 pun dah memang dinyatakan kita yang perempuan ni kenalah berhijab yang mana kain tudung mestilah hingga ke bawah dada. Kalau korang tak percaya cuba luangkan masa korang cari dalam al-Quran makna ayat tersebut. Tak perlu nak berubah secara drastik kalau nak berubah, yang penting niat kerana Allah dan pelaksanaan tu yang penting. Eh, macam dah lari tajuk je..hihi Murni sekadar ingin berkongsi rasa dan sedikit ilmu. Harap korang tak marah ye :)

Apa yang Murni maksudkan dengan tajuk Bertambah Lagi Koleksi Hijab tu sebenarnya hari Jumaat yang lepas, Murni adalah keluar jalan2 dengan akak Murni sekali dengan anak2 buah. Jalan memandangkan gaji akak pun dah keluar, so adik ni pun nak merasa sikit gaji tu...haha

 Bila masuk ke satu butik ni, hurmm tak ingat pulak nama butik tu Murni jadi rambang mata pulak tengok blouse2 dia yang labuh & awesome gitu, bila tengok price dia memang nak cecah harga RM60 ke 70 hinggit jugaklah. Tak jadi nak grab sehelai...haha akak Murni just sponsor 2 helai Shawl Chiffon Labuh dengan harga RM25 ringgit untuk 2 helai tu. Pilihan warna yang Murni ambil hitam & hijau lembut. Macam dalam gambar kat bawah ni.


shawl chiffon, shawl labuh, hijab
Shawl Chiffon Labuh
Bertambah lagi koleksi hijab Murni, kali ni Murni nak try guna shawl chiffon ni. Tapi Murni kena pastikan shawl chiffon yang jarang, wajib kena pakai anak tudung yang menutup dada. Kalau macam Murni, biasanya Murni just guna tudung syria labuh warna hitam. Kalau nak pakai tudung syria, kena pastikan jenis kain yang tak panas. Ikut kesesuaian si pemakainya jugaklah erk.

Cubaan Pertama Masak Tom Yam Ayam

Januari 01, 2015
Cubaan Pertama Masak Tom Yam Ayam | Assalamualikum & salam sejahtera. Dek kerana Murni ni teringin sangat nak makan Tom Yam Ayam, Murni pun plan nak masak tomyam hari selasa yang lepas. Tapi ada benda yang menghalang Murni, so tak jadi nak masak time tu. Huhu sebenarnya bahan utamanya yang tak ada, dah puas Murni pusing satu pasar basah tak jumpa2 jugak isi ayam...hurmmm maybe sebab dah petang sangat kut, tu yang dah habis terjual. Bila cakap pasal tomyam ni, confirm Murni akan teringat Tomyam di Cafe Petronas UUM. Sedap sangat rasa tomyam dia. Bila dah balik Sabah tak ada lagi restoran yang boleh lawan rasa tomyam Cafe Petronas tu. Nak balik UUM lah kalau macam ni, haha :P

Kalau dulu, time duk belajar pernah jugaklah terlibat dengan aktiviti memasak secara haram di hostel. On that time, Murni pernah tengoklah macam mana sahabat Murni masak tomyam ni, bahan semua just main campak2 je. Berbekalkan pemerhatian cara sahabat memasak tu plus dengan resipi dari google, Murni pun beranikan diri masak Tom Yam Ayam. Nak sangatkan makan tom yam, so kena ada inisiatif sendiri, so Murni turun bandar sekali lagi tengah hari semalam semata-mata nak beli isi ayam.

Oleh sebab Murni ni tak pandai masak tomyam, sebelum masak tu Murni salin dulu cara2 nak masak tom yam. Sebelum masuk dapur sempat lagi Murni pegi petik limau  di belakang rumah ambil dalam 7 biji macam tu & pergi petik pulak 4 helai daun limau purut di tepi rumah. 

tomyam ayam, resipi tomyam, tomyam
Kredit Resipi

Habis renyuk kertas Murni buat...hihi almaklumlah memasak sambil mulut pun baca step. Segala bahan yang dicampak ke dalam periuk adalah mengikut cita rasa Murni sendiri tanpa pngawasan mak. Memandangkan di rumah Murni ni tak ada periuk kecik, so mak Murni suggestkan guna periuk nasi yang dah tak digunakan. Nasib baik periuk nasi tu boleh guna masak atas dapur, kalau tak  hang tak boleh makan tomyam Murni oiii...haha.


Bahan-bahan Tomyam Ayam

  • Potong ayam. Ikut kesesuaian korang nak potong macam mana. 
  • 1 batang lobak merah. Nak potong bulat boleh, nak potong panjang2 pun boleh. Ikut suka hati
  • Untuk sayuran pulak Murni just guna setengah kobis yang bulat tu. kalau korang nak letak brokoli, cendawan, baby corn pun boleh. Ikut selera masing-masing nak letak sayur apa.
  • 4 biji tomato belah empat
  • 2 kotak kecil Kiub Pati Tom Yam Maggi, so Murni gunakan 4 kiub memandangkan Murni masak untuk 1 periuk. Rasa tak sedap pulak kalau letak 1 kiub je...hihi 
  • 7 biji limau nipis. Kalau korang nak lagi masam boleh tambah lagi limau tu, kalau tak suka boleh kurangkan.
  • 4 helai daun limau purut.
  • 15 biji lada/ cili api/ cabai tumbuk dengan lesung batu. Tak perlu tumbuk sehingga hancur. Kalau suka pedas nak letak lebih sikit lada pun boleh.
  • 1 labu bawang putih & 5 biji bawang merah. Seeloknya tumbuk dengan lesung batu sehingga lumat, barulah rasa tomyam tu sedap berbanding dihiris halus2. 
  • 2 batang serai yang dah diketuk
  • Air secukupnya. 
  • Garam & bahan perasa
  • Minyak

Cara-cara nak masak bolehlah follow step by step seperti yang tertera dalam gambar di atas. Jangan lupa bila masak tu, masaklah dengan kasih sayang..hihi
            
Mempersembahkan hasil cubaan pertama masak tom yam ayam. 

Resipi Tomyam, Tomyam ayam, tomyam
Lebih sayur daripada ayamnya

Dah siap masak Murni agih-agihkan semangkuk dengan 3 family abang sepupu yang tinggal kat bawah rumah. Feedback yang Murni dapat daripada mereka, katanya sodap...hihi Mak Murni pulak masa tengah rasa tu, tergigit cabai pedas katanya...Anak abang sepupu pulak suka pulak dengan ayam tom yam ni even sedikit pedas. Alhamdulillah Cubaan Pertama Masak Tom Yam  Ayam ni menjadi. In Sha Allah lepas ni nak try buat lagi.


Result Latihan Industri

Januari 01, 2015

Result Latihan Industri | Assalamualaikum & salam sejahtera. Entri ni kalau nak diikutkan hati, Murni nak taip semalam lagi. Tapi apakan daya dek kerana terlalu letih niat nak update blog pun hilang macam tu je. hihi tapi untuk result Latihan Industri ni Murni sempat update di FB je. Agak-agak Murni dapat grad apa? Kalau korang ada FB Murni confirm dah tahu..kan?

Praktikal, Praktikum, Result Latihan Industri, Pejabat Daerah Lahad Datu
Di sinilah tempat Murni menjalani Latihan Industri
Murni dapat tahu result praktikum dah keluar daripada kawan Murni yang pernah sama-sama dengan Murni buat Latihan Industri di Pejabat Daerah Lahad Datu. Kalau kawan tak inform dekat Murni, confirm sampai tak kesudah Murni tahu result dah keluar, btw thanks ya gg :)  hihi Murni ni jenis yang malas sikit nak bukak portal student. Tapi bila dapat tahu result dah keluar laju je tangan ni tekan keyboard...haha

Alhamdulillah rasa syukur sangat kepada Allah SWT sebabnya Murni tak sangka langsung result praktikum boleh dapat A+(4.00). Murni yakin sangat  setiap ujian yg Allah turunkan sebelum, semasa & selepas menjalani LAtihan Industri tu akan ada hikmahnya andai kita sabar dan sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik atas semua tanggungjawab yang dipikul. 

Terima kasih yang tak terhingga buat keluarga Murni sebab banyak membantu beri sokongan moral dan kewangan sepanjang tempoh berpraktikal di PDLD. Tak lupa juga buat Supervisor Company, En. Juraimin sebab sudi terima Murni untuk menjalani Latihan Industri di PDLD. Buat warga PDLD terima kasih sebab layan kerenah kami, tunjuk ajar, ilmu yang dikongsi, nasihat & belanja makan. Akhir sekali terima kasih juga Murni ucapkan kepada Supervisor Practicum, Dr. Fais Bin Ahmad sebab sudi beri nasihat, tunjuk ajar & bagi Murni A+. hihi Semoga Allah membalas segala kebaikan orang-orang yang dah banyak bantu Murni.


Kisah Latihan Industri

Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6