Isnin, Januari 18, 2016

Pengalaman Bersama ONEXOX

Pengalaman Bersama ONEXOX | Assalamualaikum & salam sejahtera. Genap sebulan Murni menjadi pengguna simkad ONEXOX. Sebelum Murni perkenalkan simkad ONEXOX kepada korang, ada baiknya Murni kongsikan terlebih dahulu mengenai pengalaman Murni bersama ONEXOX.

onexox, simkad onexox, pengalaman bersama onexox, kelebihan onexox, kelebihan simkad onexox, apa itu onexox?

Pengalaman Bersama ONEXOX

Secara jujurnya Murni jarang menggunakan khidmat pesanan ringkas, SMS ataupun membuat panggilan tidak kiralah sama ada Murni menggunakan simkad UOX atau simkad ONEXOX kepunyaan Murni. Aplikasi WhatsApp or Messenger seringkali menjadi keutamaan Murni untuk berhubung dengan family atau rakan-rakan. Tapi dalam kes-kes tertentu kiranya wajiblah kena buat panggilan.

Pengalaman sepanjang menggunakan simkad ONEXOX ialah ianya sangat menjimatkan bila SMS dan membuat panggilan ke nombor yang telah didaftarkan (Family & Friends). Kadar bayaran yang dikenakan untuk call hanya 12 sen seminit dan 2 sen untuk SMS. Murah & sangat menjimatkan. Yang seronoknya lagi Murni siap dapat free topup RM3 daripada dealer. Terima kasih.

Dari aspek langganan pakej data pula ada kelebihan dan kekuranganya. Kelebihannya ialah capaian kelajuan internet sangat laju berbanding simkad UOX yang Murni gunakan. Nak download lagu dan tengok video di YouTube pun mudah dan cepat. Walaupun Murni berkongsi hotspot dengan kakak Murni, apa yang Murni boleh katakan kelajuan internet masih tip top.

Satu sahaja kekurangan simkad ONEXOX yang agak mengecewakan Murni. Langganan data bukanlah unlimited seperti simkad UOX Murni. Murni langgan internet untuk tempoh sebulan dengan promosi RM28.00 1.5 GB sebulan. 

Tak sampai seminggu kuota internet Murni dah habis huaaa rasa tak berbaloi pula. Sebabnya, dengan menggnakan simkad UOX pada kebiasaanya Murni akan melanggan internet 2GB sebulan. Kuota 2GB tu akan habis dalam tempoh 2 atau 3 hari sahaja, tetapi Murni masih boleh gunakan untuk tempoh sebulan.

Pada pendapat Murni, pengguna biasanya sukakan pakej data yang unlimited, sebagai cadangan pihak ONEXOX mungkin boleh mempertimbangkan supaya pakej data ONEXOX diubah kepada unlimited. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai pengguna beralih kepada simkad ONEXOX pula.

Itulah serba sedikit mengenai pengalaman Murni bersama ONEXOX. Sekarang Murni beralih pula kepada perkongsian mengenai ONEXOX dan juga kelebihannya. 

Apa itu ONEXOX?


One XOX Sdn Bhd diterajui oleh sebuah syarikat Bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2014. One XOX Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada XOX Berhad yang beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) sejak tahun 2005.

Secara eksklusifnya One XOX Sdn Bhd membawakan jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan menawarkan pelan perkhidmatan mudah alih yang unik.

Kelebihan Simkad ONEXOX

  1. Kadar panggilan bawah 10 saat atau "termasuk" ke voicemail hanya dikenakan caj sebanyak 5 sen sahaja.
  2. Kadar runtuh bagi Family & Friends (F&F): Daftar 10 nombor F&F ke semua rangkaian (tak kisah guna telco mana pun) yang syoknya talian tetap pun boleh. Call akan di caj sebanyak 12 sen seminit dan 2 sen untuk SMS.
  3. Internet Murah berkelajuan tinggi: Cpaian kelajuan sehingga 3.6 mps++ mengikut kawasan
  4. Penjimatan berganda dengan adanya dua akaun utama iaitu DA dan MA: Akaun DA untuk kadar murah bagi panggilan dan SMS manakala akaun MA untuk kadar biasa bagi melanggan internet dan berkongsi kredit.
  5. Tempoh sah yang luar biasa: Contoh, kalau korang topup 10, maka tempoh sah korang akan bertambah 10 hari lagi.
  6. Menggunakan 30 saat per blok: Telco lain menggunakan 1 minit per blok manakala ONEXOX lebih menjimatkan kerana pengguna hanya di caj mengikut penggunaan yang sebenar.
  7. SMS percuma: Setiap bulan korang akan dapat 150 SMS percuma kalau setahun dah boleh dapat 1800 SMS percuma. SMS percuma hanya terpakai sesama rangkaian XOX sahaja dan tidak mempunyai tarikh luput khas untuk pengguna ONEXOX.
  8. Kekalkan nombor lama: Korang boleh menikmati tempoh sah sehingga 2 tahun 4 bulan. Tempoh sah akan sentiasa bertambah bila korang topup nanti.
  9. Tambah nilai di mana-mana: Hanya dengan menyebut "XOX", korang boleh dapatkan tambah nilai di 7 elevem, semua stesyen minyak, dan semua kedai yang mempunyai terminal epay. Alternatif lain untuk dapatkan tambah nilai adalah melalui portal xox selfcare: www.onexox.my
  10. User Get User: Kalau korang mengesyorkan kepada sesiapa sahaja simkad ONEXOX ni, korang akan dapat ganjaran istimewa sebanyak 6% daripada jumlah yang akan mereka topup setiap bulan.
  11. Pendaftaran yang murah iaitu serendah RM10 sahaja.


Bagi korang yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kelebihan simkad ONEXOX ini dan berminta untuk menempah simkad ONEXOX, korang boleh KLIK SINI

Senarai Penaja Contest SEO


Pengalaman Bersama ONEXOX, apa itu ONEXOX, kelebihan simkad onexox
Contest SEO Terbaik 2015: Pengalaman Bersama ONEXOX

9 ulasan:

  1. Terima kasih kerana sudi menyertai contest ini.. good luck!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama tuan & terima kasih juga sbab terima entri penyertaan drp Murni

      Padam
  2. Salam...

    gudluck Murni....

    saya baru acah2 nak join...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Ummie Hanie =D
      terima kasih...jemputlah join skali Ummie Hanie mana tau ada rezeki bole menang

      Padam
  3. Wah…. Menarik sungguh artikel Cik Murni berkaitan Pengalaman Bersama ONEXOX. Pengalaman sendiri sebagai pengguna ONEXOX. Ada peluang untuk menang dalam contest ini. Semoga berjaya buat Cik Murni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aaminn, terima kasih & semoga Bro Kamil Salleh pun berjaya menjadi salah seorang pemenang nnt

      Padam
  4. Sekadar pemberitahuan... Setakat ni ada 2 perserta Contest SEO sudah Disqualified... Boleh baca entri terbaru blog saya.. TQ

    BalasPadam
  5. wah! Nmpak menarik juga OneXOX ini ya!

    BalasPadam