Jumaat, Disember 25, 2015

Nabila Huda dan Mohd Izwan Johar Selamat Bernikah

Nabila Huda dan Mohd Izwan Johar Selamat Bernikah | Assalamualaikum & salam sejahtera. Tahniah Murni ucapkan kepada Nabila Huda, 31 yang kini sudahpun selamat bergelar isteri kepada Mohd Izwan Johar, 32 pemilik restoran Kulcats pada jam 9.30 pagi bertempat di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah.

Gambar kahwin, artis malaysia, nabila huda kahwin
Nabila Huda dan Mohd Izwan Johar


Nabila Huda dan Mohd Izwan Johar Selamat Bernikah


Nabila dinikahkan sendiri oleh bapanya, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 57, disaksikan jurunikah. Mohd Izwan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Nabila. Bagaimanapun pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran. Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas tujuh dulang. Majlis pernikahan pelakon yang popular dengan drama bersiri Teduhan Kasih itu berlangsung secara sederhana dan dihadiri oleh teman rapat sera keluarga. - Berita Harian

Gambar Majlis Akad Nikah Nabila Huda & Mohd Izwan Johar


nabila huda kahwin, mohd izwan johar
Nabila Huda dinikahkan oleh bapanya sendiri, Amy Search (Suhaimi Abdul Rahman, 57)
Mohd Izwan Johan menyarungkan cincin di jari isterinya, Nabila Huda

Nabila Huda dan Mohd Izwan Johar Selamat BernikahNabila Huda dan Mohd Izwan Johar Selamat Bernikah

Nabila sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008 namun berpisah tiga tahun kemudian. Hasul perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.- Berita Harian

Sumber: Berita Harian

1 ulasan: