Ahad, Disember 06, 2015

Menang Giveaway Products From Citra Mulia by Pinku no Sakura

Menang Giveaway Products From Citra Mulia by Pinku no Sakura | Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah hadiah yang ditunggu akhirnya dah selamat sampai a few days ago. Actually bulan tiga hari tu Murni ada menang satu giveaway yang dianjurkan oleh blogger Jia Jia pemilik blog Pinku no Sakura. Sesaja nak join tak sangka pulak boleh menang.

Menang Giveaway Products From Citra Mulia by Pinku no Sakura
Produk Citra Mulia


Yang lawaknya mati-mati Murni ingatkan menang tempat kedua, sampailah Jia Jia maklumkan semula yang Murni menang 1st place. Tahu pun lepas dah dapat hadiah & cek semula email yang Jia Jia pernah send dulu. Huaaa teruk sangat masalah rabun time tu mana dengan tak cukup tidur lagi, ada je yang tersilap pandang.

Hadiah lambat sampai sebabnya servis penghantaran yang hampeh sangat, dua kali tau parcel return tanpa sebarang notis. Murni dah menolak supaya  Jia Jia tak perlu pos semula tapi dia still nak pos jugak. Akak puji sangat tau dengan sikap Jia Jia yang bertanggungjawab atas Giveaway yang dianjurkan. 

Terima kasih sekali lagi Jia Jia untuk hadiahnya, seriously produk ni memang best sangat bila pakai. Lastly, korang yang tak follow lagi blog Jia Jia boleh direct klik [+] Pinku no Sakura

1 ulasan: