Khamis, Disember 17, 2015

Kisah Perebutan Wanita Oleh Habil & Qabil

Kisah Perebutan Wanita Oleh Habil & Qabil | Assalamualaikum & salam sejahtera. Murni kembali lagi untuk berkongsi salah satu tafsir di bawah tema tokoh wanita iaitu Kisah Perebutan Wanita oleh Habil & Qabil sebagaimana yang terkandung dalam Al-Quran Surah Al-Ma'idah, 5: 27.

Kisah Perebutan Wanita Oleh Habil & Qabil
Gambar sekadar hiasan

Kisah Perebutan Wanita Oleh Habil & Qabil

Kisah ini berlaku selepas diturunkan Adam dan Hawa ke bumi. Pelbagai cabaran hidup telah bermula. Salah satu penyebabnya ialah wanita sehingga satu sama lain saling bermusuhan seterusnya membawa kepada pertumpahan darah. Perkara ini merupakan bentuk demonstrasi kekuatan mereka yang mengikut hawa nafsunya.

Kisah Qabil dan Habil merupakan kisah pertumpahan darah pertama di bumi ini yang disebabkan oleh wanita. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas daripada Nasin, daripada seorang sahabat bahawasanya Adam mengahwinkan setiap lelaki dengan keturunan wanita yang lain.

Habil berhasrat untuk berkahwin dengan saudara kembar Qabil yang lebih tua daripadanya. Namun Qabil menghalangnya. Dia pun meminta agar dikahwinkan dengan saudara kembarnya. Adam menolaknya dan memerintahkan kedua-duanya untuk berkorban.

Lalu disaksikan oleh seluruh keluarga Adam, Qabil dan Habil pun mempersembahkan korban di atas bukit. Qabil mempersembahkan hasil pertaniannya. Dia sengaja memilih hasil gandum daripada jenis yang buruk, sedangkan Habil mempersembahkan seekor kambing yang terbaik dan yang paling dia sayangi.

Dengan berdebar-debar, mereka menyaksikan daripada jauh. Tidak lama kemudian, api besar menyambar kambing persembahan Habil, sedangkan gandum persembahan Qabil tetap tidak tersentuh. Qabil sangat kecewa melihat situasi tersebut dan terpaksa menerima kenyataan.

Hari demi hari berlalu, Iblis datang merasuk fikiran Qabil dan membisikkan sesuatu, iaitu jika Qabil boleh membunuh Habil, tentulah dia akan berkahwin dengan Iqlima yang cantik jelita. Perkara ini terus-menerus diperdengungkan oleh Iblis.

Pada dasarnya, Qabil memang berhasrat memiliki Iqlima sehingga dia pun mengikut bisikan iblis. Pada suatu hari, ketika Habil mengembala ternaknya di tempat sunyi yang jauh daripada penempatan Nabi Adam dan Hawa, tiba-tiba Qabil memukul kepala Habil sampai mati. Inilah pembunuhan pertama pada umat manusia di bumi.

Selepas Habil mati, Qabil berasa kebingungan. Dia pun menggoncang-goncangkan tubuh saudaranya itu, namun tidak bergerak. Lalu dia membawanya ke sana dan ke mari. Dia pun menyesal. Pada saat itulah, Allah memberikannya pengajaran melalui burung gagak. Akhirnya dia menggali tanah dan menguburkan mayat saudaranya itu. (Dr. Yasin Gadban, Nisa Fi Hayatil Anbiya, 2004:23).

Sumber: Al-Quran Al-Karim Ar-Raudah [Tema Tokoh Wanita, m/s 112]

2 ulasan:

  1. setiap apa yg berlaku ada hikmah yg Allah nak tunjukkan sis... dalam kisah ni Allah nak ajar manusia cara mengebumikan mayat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul tu sis, sungguh setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya

      Padam