DIY: Storage Box

 DIY: Storage Box | Assalamualaikum & salam sejahtera. Kalau tak silap Murni rasanya dah lebih seminggu Murni buat DIY: Storage Box, tapi baru hari ni nak update kat blog. Hari tu tak siap lagi sebenarnya balut pun tak mana bahagian nak buka drawer dia tak buat lagi. So semalam dah beli pembalut, tak sampai sejam dah siap storage box Murni.

DIY: Storage Box

For those mommy out there, janganlah buang kotak susu yang ada di dapur maybe boleh buat DIY storage. Tapi kalau malas nak buat memang tak jadi jugak kan? Hihi tak pa kalau nak buat or tak nak buat pun boleh. Bergantung pada diri masing-masing.

Murni siap cakap awal-awal dengan kakak tak payah buang kotak susu anak buah Murni sebab nak buat storage box. Kotak susu Anmum ni saiz dia tak adalah besar or kecik sangat sederhana je, jadi senanglah nak buat storage box.

DIY kali ni Murni tak ada pn tengok mana-mana tuto dekat youtube, semuanya ikut kepala hotak sendiri je. Asal jadi katakan haha. Sebelum ni Murni pernah buat DIY: Makeup Case.

 Step by Step DIY Storage Box

step by step diy sorage box, storage box
Step by Step DIY Storage Box

  1. Sediakan 6 kotak susu Anmum / apa sahaja jenis kotak yang mempunyai saiz yang sama.
  2. Ambil 3 kotak & gunting bahagian atas kotak (gambar #2)
  3. Sambungkan ketiga-tiga kotak tersebut dengan menggunakan gam/double tape/stapler (gambar #3)
  4. 3 kotak yang selebihnya untuk drawer. Guntingkan sedikit (1cm/kurang) bahagian kiri dan kanan. Kalau nak senang ikut je line kotak yang tertulis maklumat pemakanan (gambar#4)
  5. Step 5 & 6. Bila dah gunting sampai ke hujung, bahagian depan kotak tadi kena tinggalkan sebahagian sahaja untuk dilipat ke dalam dan gamkan. Tujuannya nak bagi keras sikit bahagian depan drawer jadi senang nak tarik keluar nanti. Boleh tengok gambar #8
  6. Step 7. Untuk bahagian belakang drawer pun kena guntingkan sikit, then stapler or gamkan. Penting dari step 4 hingga 7. Itu yang menentukan ketiga-tiga drawer boleh masuk atau tak ke dalam kotak yang dan siap sebelum ni iaitu gambar #3
  7. Step seterusnya kena buat lubang sikit pada bahagian depan drawer supaya senang nak tarik keluar. Murni cadangkan korang guna penutup botol untuk buat ukuran hemisphere. Murni ingat nak guna ribbon je tapi tak jumpa pulak penebuk lubang.
  8. Dah siap semua tu, bolehlah korang balut cecantik.

Tadaaaa inilah storage box Murni tak lawa pun tapi bolehlah kan. 

DIY: Storage Box
My Storage Box

Abaikan je lappy usang Murni ya hari tu lekat resit bank kali ni kad bisness haha terpaksa buat macam tu sebab dah banyak kali hantar kat kedai. Ok sampai di sini perkongsian Murni, tunggu next DIY pula.

1 ulasan:

  1. Terima kasih dengan perkongsian yang amat menarik..
    Boleh try buat nie..

    Follow blog AlongMisuari

    AM nak ajak join GA
    Giveaway Disember 2015 Cash RM500

    Berminat menjana RM2400 sehari??? KLIK SINI

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    BalasPadam