Cara Mudah Menjimatkan Data Internet

image via www.bankrate.com

Cara Mudah Menjimatkan Data Internet | Assalamualaikum & salam sejahtera. Sekali lagi dan berkali-kali jugaklah mood nak menaip hilang entah ke mana. Taip, then delete, taip lagi sekali, then delete lagi & at the end beralih ke blog yang lain.

Alahai kesian sungguh blog personal Murni ni, jom berhuhu sapa yang mengalami nasib yang sama tehee. Well Murni ni jenis yang suka jadi 'burung hantu', makanya hari ni WAJIB update blog :P Actually Murni just nak share tips cara mudah bagaimana korang boleh jimatkan data Internet di Smart Phone korang.

Klik [+] Pengalaman Bersama ONEXOX

Ada tak di antara korang yang menggunakan simkad ONEXOX? Sekiranya ada, korang wajib baca entri ni sampai habis. Ok! Pengguna simkad daripada telco lain pun boleh cuba, tak kisahlah sama ada langganan pakej data korang tu limited or unlimited.

Cara Mudah Menjimatkan Data Internet

Sekiranya korang ada menggunakan aplikasi Whatsapp, telegram, Facebook dan lain-lain, ada baiknya kalau korang ubah setting mode telefon "auto download" kepada smart phone "manual media download". Kalau korang tak buat, confirm data korang tu cepat habis.

Antara 4 aplikasi yang perlu diubah settings:-

1. Facebook Setting

  • Buka FB
  • Pilih app settings
  • Pilih video - play
  • Pilih off/wifi only

2. Telegram Setting

  • Buka Telegram, klik bahagian atas sebelah kiri
  • Pilih Setting
  • Pilih "when using mobile data"
  • Hilangkan semua tanda "tick" dalam kotak

Klik [+] Pengalaman Bersama ONEXOX


3. Whatsapp Setting

  • Buka app Whatsapp
  • Pilih setting
  • Pilih chat settings
  • Pilih media "auto-download"
  • pilih "when using mobile data"
  • Hilangkan semua tanda "tick" dalam kotak

4. Play Store Setting

  • Buka Play Store
  • Pilih setting
  • Pilih "auto-update apps"
  • Pilih "auto-update apps over wifi only"
sumber: Facebook

Selamat mencuba! Sampai di sini sahaja perkongsian daripada Murni, semoga bermanfaat. Nak beralih ke blog lain pula hihi. 

Klik [+] Pengalaman Bersama ONEXOX 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan