Rabu, Disember 16, 2015

Bahan-Bahan Yang Disalahgunakan Dalam Pembuatan Kosmetik Tidak Berdaftar

Bahan-Bahan Yang Disalahgunakan Dalam Pembuatan Kosmetik Tidak Berdaftar | Assalamualaikum & salam sejahtera. Rasa terpanggil pula nak kongsikan mengenai bahan-bahan yang disalahgunakan dalam pembuatan kosmetik yang tidak berdaftar. Kaum hawa wajib baca tau entri ni. At least ada jugaklah sedikit ilmu tentang bahan-bahan kosmetik yang kita gunakan sama ada boleh memudaratkan kesihatan ke tak.

Gambar sekadar hiasan, sumber: google image


Maklumat yang Murni dapat adalah bersumberkan daripada page AWAS Prodak Kecantikan Yang Berbahaya. Antara 4 bahan berbahaya yang sering kali disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggunjawab seperti berikut:

1. Tretinoin

  • Merupakan ubat terkawal yang sering kali digunakan untuk merawat masalah jerawat tetapi hanya dengan arahan daripada doktor pakar perubatan sahaja.
  • Tretinoin ialah bahan teratogenik iaitu penyebab kanser yang boleh menyebabkan kecacatan bayi di dalam kandungan.
  • Pengguna juga berisiko tinggi untuk mengalami pengelupasan kulit yang teruk sekiranya dos penggunaan adalah tidak dikawal.

2. Merkuri

  • Merkuri ialah sejenis logam berat yang digunakan secara meluas dalam industri kimia dan elektronik.
  • Ianya sangat bertoksik kepada manusia dan perlu dikendalikan dengan cermat
  • Pengguna berisiko tinggi untuk mengalami pengelupasan kulit yang teruk, kecacatan bayi, (jika pengguna mengandung), dan meningkatkan risiko penyakit parkinson.

3. Hydroquinone

  • ialah bahan yang selalu disalahgunakan dalam krim pemutih
  • Ia bertindak dengan menghapuskan sel melanin yang menghasilkan pigmen (bahan pelindung sinaran UV) dan menyebabkan sel kulit terdedah kepada sinaran UV seterusnya berpotensi untuk mendapat kanser kulit.
  • Pengguna berisiko tinggi untuk mengalami pengelupasan kulit yang teruk, kehitaman kulit (kesan terbakar), dan sawan.

4. Plumbum

  • ialah sejenis bahan yang sering digunakan secara meluas dalam pembuatan cat dan gasoline.
  • Pendedahan terhadap plumbum secara berterusan akan meningkatkan lagi kandungannya di dalam tubuh badan dan tubuh tidak mempunyai cara yang berkesan untuk membuang plumbum.
  • Pengguna berisiko tinggi untuk mengalami kerosakan otak, gangguan buah pinggang,, dan masalah usus seperti sembelit dan koliks.
Lepas ni kena berhati-hatilah kalau nak pilih produk kosmetik. Silap sikit menyesal tak sudah. Kalau korang nak cek sama ada sesuatu produk tu berbahaya ke tak korang boleh klik pautan ni http://portal.bpfk.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan