Jumaat, November 27, 2015

Perintah Aurat Bagi Wanita

Perintah Aurat Bagi Wanita | Assalamualaikum & salam sejahtera. Murni nak kongsikan kepada korang terutamanya bagi kaum hawa mengenai perintah aurat bagi wanita sebagaimana yang terkandung dan disebutkan di dalam Al-Quran, surah Al-Nur, 24: ayat 31. 

Perintah Aurat Bagi Wanita (Surah Al-Nur, 24: ayat 31)

Pada ayat ini Allah menyuruh Rasul-Nya supaya mengingatkan wanita-wanita yang beriman agar mereka tidak memandang perkara-perkara yang tidak halal bagi mereka seperti aurat lelaki dan seluruh tubuh bagi wanita. Mereka juga diperintahkan untuk memelihara kemaluan agar tidak terlibat dengan zina.

Perintah Aurat Bagi Wanita, surah al-nur ayat 31
Gambar Sekadar Hiasan [source; google image]


Daripada Ummu Salamah, bahawa ketika dia dan Maimunah berada di sisi Rasululllah, datanglah Abdullah bin Umi Maktuum dan masuk ke dalam rumah Rasulullah (pada waktu itu telah ada perintah hijab). Rasulullah memerintahkan kepada Ummu Salamah dan Maimunah untuk berlindung (berhijab) daripada Abdullah bin Umi Maktum. Ummu Salamah bertanya, "Wahai Rasulullah bukankah dia itu buta tidak boleh melihat dan mengenal kami?" Rasulullah menjawab, " Apakah kalian berdua buta tidak boleh melihat dia?". (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

Selain itu, wanita juga diharuskan untuk menutup kepala dan dadanya dengan tudung supaya tidak terlihat rambut dan leher serta dadanya. Sebab utamanya adalah wanita biasa menutup kepalanya namun tudungnya diikat ke belakang sehingga terlihat leher dan sebahagian dadanya, sebagaimana yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyah.

Cincin kahwin
Gambar Sekadar Hiasan [source: google image]

Wanita juga dilarang untuk menampakkan perhiasannya kepada orang lain kecuali yang tidak boleh disembunyikan seperti cincin, inai, celak dan sebagainya. Berbeza dengan gelang tangan, gelang kaki, kalung, mahkota, selempang dan anting-anting. Semua itu dilarang untuk diperlihatkan kerana terdapat pada anggota tubuh yang termasuk aurat wanita yang mana bendbenda tersebut terletak pada lengan, betis, leher, kepala dan telinga yang tidak boleh dilihat oleh orang lain.

Konklusi daripada ayat ini ialah setiap wanita mukmin hendaklah menyekat pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka agar tidak jatuh kepada yang haram. Perhiasan mereka jangan dipamerkan kecuali perhiasan yang susah disembunyikan seperti cincin dan sebagainya. (Departmen Agama RI, Al-uranulkarim wa Tafsiruhu, Jilid 6, 2009: 596-597)
Semoga entri Perintah Aurat Bagi Wanita ini bermanfaat untuk korang dan diri Murni sendiri.

Sumber: Al-Quran Al-Karim Ar-Raudah [Tema Hukum]

1 ulasan:

  1. Berat sungguh jadi wanita di dunia ini namun balasan kepada wanita yang patuh dengan Allah di akhirat kelak sangatlah terbaik

    BalasPadam