Perempuan Hendaklah Menepati Janji

Perempuan Hendaklah Menepati Janji | Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah dapat juga update setelah beberapa hari tertangguh nak taip entri ni. Di bawah label agama, entri terakhir yang Murni kongsikan adalah berkaitan dengan Kisah Isteri Imran. Kalau korang nak tahu kisahnya bolehlah klik SINI

Ok, kali ni Murni akan kongsikan pula berkaitan dengan kaum hawa yang mana kita ni yang bergelar perempuan hendaklah sentiasa menepati janji apabila ianya sudah dilafazkan. Tapi dalam apa jua keadaan sekalipun tak kiralah sama ada lelaki ataupun perempuan kenalah sentiasa tepati janji.

Gambar sekadar hiasan *picure: credit to the origional owner

Perempuan Hendaklah Menepati Janji


Sesungguhnya perjanjian Allah dengan Bani Israil mengandungi kaedah-kaedah yang tetap. Kaedah-kaedah itu juga dibawa oleh Islam, kemudian mereka mengingkari dan menolaknya.

Perjnjian yang pertama berkaitan dengan akidah, iaitu tauhid yang bersifat mutlak bahawa mereka tidak menyembah selain daripada Allah. Kemudiannya mereka pun diperintahkan untuk berbuat baik kepada orang tua, kaum kerabat, anak yatim dan orng-orang miskin.

Perjanjian ini juga mengandugi seruan kepada manusia supaya berkata baik kepada manusia, terutama amar ma'ruf dan nahi mungkar. Begitu juga dengan kewajipan solat dan zakat. Semua ini merupakan kaedah-kaedah Islam.

Melalui ayat ini Allah SWT mengingatkn Bani Israil terhadap apa yang telah di perintahkan kepada mereka dan pengambilan janji oleh-Nya terhadap hal-hal tersebut dari mereka. Akan tetapi mereka berpaling dari semua itu dan menentang dengan sengaja dan dirancang, sedangkan mereka tahu dan mengingati perkara itu.

Hak yang paling utama bagi Allah SWT iaitu supaya kita menyembah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, kerana untuk itulah Allah menciptakan kita. Kemudian seterusnya iaitu hak kepada makhluk dan yang paling dikuatkan dan mesti ditunaikan iaitu hak kepada kedua ibu bapa.

Kemudian seterusnya hak anak-anak kecil yang tidak ada ibu bapa yang menanggung hidup mereka. Hak orang-orang miskin yang tidak menjumpai apa yang mereka belanjakan untuk diri mereka sendiri dan keluarganya. Kemudian yang terakhir iaitu hak untk melakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar tentunya dengan cara-cara yang maaruf.

Dengan demikian Umat ini diberi kepercayaan oleh Allah SWT, untuk mengerjakan perintah-perintah Allah yang tidak dapat dilakukan oleh umat-umat sebelumnya. (Ibnu Kasir, TafsirAl-Quranil 'Azim, Jilid 1,1996:124)

Perkongsian Perempuan Hendaklah Menepati Janji (QS al-Baqarah, 2: 112) adalah petikan bersumberkan Al-Quran Al-Karim Ar-Raudah di bawah tema Akidah-Akhlak. Semoga bermanfaat. Entri yang akan datang berkaitan dengan Rukshah Berbuka Puasa bagi Wanita di bawah tema Hulum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan