Jumaat, September 11, 2015

Firaun Membiarkan Anak Perempuan Hidup dan Membunh Anak Lelaki

Firaun Membiarkan Anak Perempuan Hidup dan Membunh Anak Lelaki | Assalamualaikum & salam sejahtera. Salam Jumaat. Sebelum ni Murni ada kongsikan berkaitan dengan Pengetahuan Wanita Tentang Makanan Haram. Korang dah baca ke belum? Kalau tak baca lagi klik SINI

Perkongsian yang akan Murni bawakan pada kali ni adalah berkaitan dengan Firaun Membiarkan Anak Perempuan Hidup dan Membunuh Anak Lelaki (QS Al-Baqarah: 2:49) di bawah tema Ibrah.

Firaun Membiarkan Anak Perempuan Hidup dan Membunh Anak Lelaki


Firaun Membiarkan Anak Perempuan Hidup dan Membunh Anak Lelaki
Gambar Sekadar Hiasan [kredit foto]


Ahli tafsir bersetuju bahawa Israil iaitu Yaakub bin Ishak bin Ibrahim AS. Bani Israil iaitu nama bagi anak cucu. Allah SWT memberikan mereka dengan keutamaan yang banyak dalam kalangan mereka yang menjadi Nabi. 

Mereka juga turut mendapat kenikmatan-kenikmatan dunia, termasuk ketika Allah SWT menyelamatkannya daripada dikejar tentera Firaun selepas hidup di tengah-tengah kekejaman Firaun yang membiarkan anak perempuan hidup dan membunuh anak lelaki yang lahir.

Rasulullah SAW bersabda, "Memaki-maki orang muslim iaitu kefasikan dan membunuhnya iaitu kafir." (Hadis Riwayat Bukhari Muslim dan Ibnu Majah). Hadis lain menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,"Lenyapnya dunia ini lebih ringan dalam pandangan Allah daripada membunuh satu mukmin tanpa sebab yang benar." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Firaun telah menghapuskan hak untuk hidup bagi anak lelaki. Perbuatannya telah melebihi batas. Hanya Allah yang berhak menghidupkan dan mematikan seseorang. Sehebat mana pun manusia, dia tidak mempunyai hak melakukan perbuatan sedemikian. Segala sesuatu yang berlaku adalah berdasarkan kehendak-Nya.

Kezaliman dan kefasikan Firaun hakikatnya iaitu ujian daripada Allah SWT. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran dalam diri mereka bahawa ujian merupakan bentuk tempaan daripada-Nya.

Segala persoalan hidup akan terasa ringan ketika ujian dijadikan ilmu pengetahuan, dihadapi dengan penuh kesabaran, terus memohon kepada-Nya agar diberi jalan keluar dan tidak berputus asa daripada rahmat-Nya. Allah Maha Luas ilmu-Nya. Dialah yang lebih tahu akan segala sesuatu yang yang terbaik bagi setiap hamba-Nya.

Ayat ini kembali mengingatkan kita akan perilaku Bani Israil yang sentiasa kufur terhadap nikmat yang Allah berikan. Mereka sentiasa menyimpang daripada kebenaran dan tidak mahu mengambil hikmah daripada ujian hidup. Hikmah kisah ini, iaitu supaya setiap ujian kehidupan dapat diurus dengan betul. (Sayyid Qutb, Fi Zilalil Qur'an, Jilid 1, 2000:70)

Perkongsian Firaun Membiarkan Anak Perempuan Hidup dan Membunh Anak Lelaki adalah petikan bersumberkan Al-Quran Al-Karim Ar-Raudah. Semoga bermanfaat. Entri yang akan datang berkaitan dengan Kisah Isteri Imran di bawah tema tokoh wanita.

3 ulasan:

  1. jom GA ni...rm200 menanti anda!!!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.htm

    BalasPadam