Sabtu, Ogos 29, 2015

Hawa Wanita Pertama di Surga

Hawa Wanita Pertama di Surga | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Seperti yang Murni janjikan sebelum ini di dalam entri Al-Quran menjadi Petunjuk Bagi Perempuan Yang Bertakwa di bawah tema Ibrah yang mana Murni akan update berkaitan tema Tokoh Wanita. Tokoh wanita yang Murni maksudkan adalah Hawa iaitu Wanita Pertama di Surga (QS al-Baqarah, 2:35).

Allah SWT memberitahu kemuliaan yang diberikan kepada Adam selepas Dia menyuruh malaikat bersujud kepada Adam. Maka Allah memerintahkan Adam untuk tinggal di syurga, makan dan minum sepuasnya. 

Abu Dzar r.a bertanya, "Apakah Adam itu seorang nabi?" NAbi SAW menjawab menjawab, "Ya, dia seorang nabi dan rasul yang berbicara langsung dengan Allah, iaitu ketika Allah berfirman, (...Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga...)

Adam AS sudah terlebih dahulu tinggal di syurga, lalu Hawa diciptakan sebagai perempuan pertama untuk menemaninya seperti perintah Allah SWT. Pada suatu ketika, iblis berjaya menggoda mereka. Lalu turunlah perintah Allah untuk mengeluarkan Adam dan Hawa darisyurga kerana melanggar perintahNya.

Ibnu Mas'ud dan beberapa orang sahabat berkata, "Iblis diusir dari syurga, sedangkan Adam ditempatkan di syurga. Adam pun berjalan-jalan kesunyian di syurga. Tiba-tiba dia tertidur. Ketika bangun, Hawa telah berada di sebelahnya untuk tinggal bersamanya. Kemudian, Hawa ditegur oleh Adam, "Siapakah engkau?" Hawa menjawab, "Saya seorang perempuan." Kemudian ditanya lagi, "Untuk apa engkau diciptakan?" Hawa menjawab, "Untuk tinggal bersama engkau di Syurga." 

Malaikat ingin mengetahui ilmu Adam lalu bertanya, "Siapakah namanya, wahai Adam? Adam menjawab, "Hawa." Kemudian ditanya lagi, "Kenapa Hawa?" Adam menjawab lagi, "Kerana dia diciptakan daripada benda hidup."

Manusia boleh meraih kedudukan malaikat dengan cara menepati janjinya kepada Allah, mengawal kehendaknya, tidak tunduk kepada syahwatnya dan mampu mengatasi hasutan dari syaitan. Terjerumus dalam kesesatan akan maerosakkan dan menjatuhkan maruah manusia kepada kehinaan lebih daripada kehinaan haiwan.

Kisah ini mengingatkan kepada manusia supaya sentiasa berhati-hati dalam pelbagai kesempatan kerana syaitan akan terus mengganggu anak cucu Adam sampai hari qiamat, seperti janjinya kepada Allah. (Ibnu Kasir, Tafsir Al-Quran 'Azim, Jilid 1, 1996:82-83).

Perkongsian ini adalah bersumberkan Al-Quran Al-Karim Ar-Raudah. Semoga bermanfaat. Entri yang akan datang Murni akan bawakan kepada anda di bawah tema Akidah-Akhlak pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan