Al-Quran Menjadi Petunjuk bagi Perempuan yang Bertakwa

Al-Quran Menjadi Petunjuk bagi Perempuan yang Bertakwa | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Jika sebelum ini Murni kongsikan berkaitan Ketentuan Haji Bagi Wanita di bawah tema Hukum yang bersumberkan Al-Quran Al-Karim Ar-Raudah, entri kali ini Murni akan kongsikan pula mengenai Al-Quran Menjadi Petunjuk bagi Perempuan yang Bertakwa (QS al-Baqarah, 2:2) di bawah tema Ibrah.

Gambar sekadar hiasan *kredit gambar kepada pemilik asal


Al-Quran menjadi petunjuk bagi orang yang bertakwa termasuklah perempuan. Orang yang ingin mendapatkan petunjuk daripada Al-Quran hendaklah terjalin dengannya dengan hati yang sihat, jernih, takut, waspada dan hati-hati. Pada ketika itulah Al-Quran akan membuka pelbagai rahsia dan cahayanya pada hati orang yang bertakwa.

Diriwayatkan bahawa Umar bin Khattab r.a bersoal kepada Ubai bin Ka'ab tentang takwa. Ubay bertanya kembali kepada Umar, "Apakah engkau pernah melalui jalan berduri?" Umar menjawab, "Pernah" Ubay bersoal lagi, "Apakah engkau lakukan?" Umar menjawab, "Aku berusaha sedaya upaya dan bersungguh-sungguh" Ubay bin Ka'ab berkata, "Itulah takwa". (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Hakikat takwa adalah kepekaan hati nurani, keheningan perasaan, rasa takut yang terus menerus, bersikap berhati-hati dan berwaspada terhadap duri-duri jalan

Dalam menempu kehidupan, terlalu banyak tarikan duri-duri nafsu dan syahwat, duri-duri cita-cita dan angan-angan, duri-duri keresahan dan kegelisahan, duri-duri harapan palsu kepada orang yang sesungguhnya tidak mempunyai kemampuan untuk memenuhi harapan, duri-duri ketakutan palsu terhadap orang yang tidak mampu memberi manfaat atau bahaya dan masih banyak duri yang lain.

Perempuan yang bertakwa tidak akan mudah tergelincir disebabkan duri-duri kehidupan kerana benteng takwa telah menetapkan hatinya untuk mengambil dan menerima Al-Quran sebagai petunjuk kehidupannya. (Sayyid Qutb, 2002, Fi Zilalil Quran, Jilid 1:64)

Qatadah berkata bahawa orang-orang yang bertakwa adalah orang yang percaya kepada yang ghaib dan menunaikan solat.

Abu Rauq meriwayatkan dari Ad-Dahlak, dari Ibnu Abbas r.a mengenai 'hudal lil muttaqin', dia mengatakan bahawa mereka adalah orang-orang yang beriman yang menjauhkan diri dari kemusyrikan terhadap Allah dan sentiasa beramal dengan mentaatiNya.

Dari At-Tiyah As-Sudi r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Seorang hamba tidak akan sampai pada darjat takwa sehingga dia meninggalkan sesuatu yang makruh kerana bimbang akan terjerumus ke dalam dosa." (Hadis Riwayat Tirmizi). (Ibnu Katsir, Tafsir Al-Quran Al-'Azim, Jilid 1, 1996:42).

Semoga perkongsian entri Al-Quran Menjadi Petunjuk bagi Perempuan yang Bertakwa bermanfaat khasnya kepada kaum hawa. Entri yang akan datang Murni akan kongsikan berkaitan dengan tokoh wanita pula. 



2 ulasan:

  1. Yes of course I remembered when I was in dubai last year , Some Ustaz or they prefered called sheikh said " Work , Life and everything need guidance , perfect guidance definitely is Al-Quran " After a year I searching , travel , novels and I said myself " What I do before yer " and then after I read quran "YES quran is definitely a TRUE story and biggest of them all after we seen right now already in Quran" So better be a good muslimah my muslim friends . Guide them even through your blogs :D Thumbs up for this post as well Murni . I like it very very much

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you for your willingness to drop by my blog and give feedback on this entry. I really hope this post can be beneficial to anyone who reads it.

      Padam