Ahad, Ogos 23, 2015

Hukum: Ketentuan Haji Bagi Wanita

Ketentuan Haji bagi Wanita | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Alhamdulillah, hari ni dapat juga Murni luangkan masa untuk menaip entri setelah dua minggu blog tak terupdate. Entri ni hanyalah sekadar perkongsian untuk pembaca yang mungkin belum mengetahui mengenai hukum ketentuan haji bagi wanita (QS al-Baqarah, 2:158)

Maksud Haji 


Secara bahasa iaitu 'tujuan' manakala secara syarak bermaksud 'berangkat menuju Baitullah dan tempat-tempat khusus dengan amalan yang khusus seperti tawaf dan wukuf di Arafah'.

Haji merupakan salah satu rukun Islam. Daripada Ibnu Umar r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Islam dibina atas lima asas, iaitu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad iaitu Rasulullah, mendirikan solat, membayar zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan puasa Ramadhan."  (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

Hikmah Pelaksanaan Ibadat Haji 

  • Taat kepada Allah
  • Mengingati Allah
  • Berkumpul dengan teman-teman untuk beroleh tujuan amal ibadat haji


Wanita Tidak Wajib Berhaji, Kecuali Memenuhi Syarat-syarat; 

  • baligh, berakal, 
  • merdeka (bukan hamba sahaya), 
  • mampu secara jasmani, 
  • berharta, 
  • selamat dijalannya dan 
  • disertai muhrim.

Daripada Ibnu Abbas r.a, dia berkata, "Ada seorang wanita membawa anak kecil kepada Rasulullah SAW dia berkata, "Wahai Rasulullah, apakah dia akan beroleh pahala haji?" Rasulullah menjawab, "Ya, dan kamu pun akan beroleh pahala." (Hadis Riwayat Muslim, Kitabul Hajji:1336)

Daripada Ibnu Abbas r.a, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Seorang lelaki tidak boleh meninggalkan seorang wanita. Seorang wanita tidak boleh melakukan lawatan tanpa seorang mahram." Lelaki itu pun berdiri seraya berkata, " Aku wajib berperang pada perang ini, sedangkan isteriku pergi haji." Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Pergilah dan berangkatlah haji bersama isterimu." (Syaikh Ahmad Jad, Fiqh Sunnah Linnisa, 2009:347)

Inshaallah kalau Murni ada masa, Murni akan kongsikan mengikut tema, iaitu Hukum, Ibrah, Tokoh Wanita, dan Akhlak-akhlak yang berkaitan dengan muslimah berpandukan kepada Al-Quran Al-Karim Ar-Raudah.


Al-Quran Al-Karim Ar-Raudah

Kepada anda yang ingin memiliki Al-Quran Al-Karim Ar-Raudah ini bolehlah klik pada gambar untuk membuat tempahan. 

2 ulasan:

  1. Perkongsian yang menarik berkaitan haji. Baru-baru ini saya turut kongsikan berkaitan haji sebagai matlamat kewangan. InsyaAllah doakan impian kami untuk berangkat haji dari Jepun dimakbulkan olehNya. Jemputlah singgah di http://travelogisma.blogspot.jp/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Murni, semoga impian saudara Isma akan dimakbulkan dan segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT.

      Padam