Seruan Supaya Perempuan Menyembah Allah

Seruan Supaya Perempuan Menyembah Allah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Korang dah baca ke kisah disebalik perempuan pertama di syurga yang Murni kongsikan sebelum ini? Haaa kalau belum lagi meh klik SINI

Perkongsian yang Murni akan bawakan pada hari ini bertajuk Seruan Supaya Perempuan Menyembah Allah ( QS al-Baqarah, 2:21 ) di bawah tema Akidah & Akhlak yang bersumberkan Al-Quran Al-Karim Al-Raudhah.

Akidah, Akhlak, Agama, Muslimah
Gambar Sekadar Hiasan 

Inilah seruan kepada seluruh umat manusia, dari kaum lelaki mahupun perempuan agar menyembah Allah SWT yang telah menciptakan dan menuntut mereka untuk mengikhlaskan ibadah hanya kepada-Nya.

Ibnu Mas'ud r.a bertanya keada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah apakah dosa yang terbesar di sisi Allah?" Rasulullah SAW menjawab, "Engkau menyekutukan Allah, padahal Allah yang telah menciptakanmu." (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

Al-Harits Al-Asyari r.a berkata, Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah SWT menyuruh Yahya bin Zakaria AS supaya mengerjakan lima perkara dan menyuruh Bani Israil untuk melakukannya, tetapi dia lambat menyampaikan hal tersebut kepada Bani Israil sehingga ia ditegur oleh Isa As, "Sesungguhnya Allah telah menyuruh engkau melaksanakan lima perkara dan menyuruh Bani Israil supaya melakukannya. Sekiranya engkau tidak dapat menyampaikannya, maka akulah yang akan menyampaikannya." Yahya menjawab, "Wahai saudaraku, aku berasa bimbang kalau engkau yang menyampaikannya, maka aku akan diseksa dan dibinasakan-Nya." 

Lalu Yahya lantas mengumpulkan Bani Israil di Baitul Maqdis sehinggalah memenuhi ruangan masjid. Kemudian dia duduk di atas mimbar sambil berkata, "Allah telah menyuruh aku melakukan lima perkara: Pertama, hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya. Kedua, Dia menyuruh engkau mengerjakan solat. Ketiga, Dia menyuruh engkau berpuasa. Keempat, Dia menyuruh engkau bersedekah. Kelima, Dia menyuruh engkau berzikir."

Rasulullah SAW bersabda, "Dan Aku menyuruh engkau melaksanakan lima perkara yang diperintahkan kepadaku, iaitu bersatu (berjemaah), mendengar dan taat kepada pemimpin, berhijrah serta berjihad di jalan Allah. Sesungguhnya sesiapa yang keluar dari Jama'atul Muslimin walau sejengkal sahaja, bererti dia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya. Dan sesiapa yang mengajak kembali kepada cara jahiliyah, maka ia termasuk ahli neraka jahana."


Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, walaupun dia solat dan puasa?" Nabi Muhammad SAW menjawab, "Walaupun dia solat, puasa, dan mengaku muslim. Maka sebutlah golongan muslimin itu dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT, iaitu Al-Mu'minin dan 'Ibadullah." (Hadis Riwayat Ahmad) 

Muaz bin Jabal r.a ditanya oleh Nabi SAW, "Tahukah engkau apa yang menjadi hak Allah yang diwajibkan kepada para hambaNya?" Muaz menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Nabi SAW bersabda, "Supaya manusia menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apa pun." (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

Perkongsian Akidah & Akhlak: Seruan Supaya Perempuan Menyembah Allah adalah petikan daripada Al-Quran Al-Karim Al-Raudah. Semoga bermanfaat. Entri yang akan datang berkaitan dengan Pengetahuan Wanita Tentang Makanan Haram di bawah tema Hukum. 

*Credit picture to the original owner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan