Kerana Terpaksa, Aku Rela Pecahkan Tabung 'Ayam'

Kerana Terpaksa, Aku Rela Pecahkan Tabung 'Ayam' | Assalamualaikum & salam sejahtera. Huaa tajuk memang tak boleh belah langsung dah macam dalam drama pulak kan. Murni update blog ni pun sebab nak tunaikan janji yang Murni pernah buat dalam bulan tiga hari tu. alah kalau korang perasan dulu Murni pernah update pasal Menabung dengan Si Biru, kengkonon duit hasil menabung tu Murni nak guna sebagai duit poket utk konvo nanti.

Tapi kan Murni terpaksa tau pecahkan tabung tu sebab nak beli handphone baru sobsss nangehhh tepi bucu katil. Actually semakpong Murni dah lama rosak dalam 9 minggu mcm tu & kalau korang perasan dah lama Murni tak update blog guna gambar sendiri, semuanya cilok dekat google image tak pun FB tehee. 

Menabung dengan si Biru
Kerana Terpaksa, Aku Rela Pecahkan Tabung 'Ayam', haha mak Murni pun memang dah bagi green light tuk beli fon baru maka dengan itu hati pun manyak senang owhhh...haha Murni beli fon baru pun guna duit sendiri tau. Murni pecahkan tabung sebab nak topup duit hasil amik upah buat assignment tehee. Murni kalau boleh tak nak susahkan sapa2 nak minta duit bagai semata-mata nak beli fon, bukan ke guna duit hasil usaha sendiri akan terasa nikmatnya.  

Eh! lupa pulak nak bagitau jumlah duit hasil dari menabung dengan si Biru ni, kan dah janji dalam entri yang lepas. Ok, duit yang terkumpul hasil menabung dalam beberapa bulan ni, RM170. Masa bulan pertama tu memang disiplin sangat menabung tapi dah masuk bulan kedua & seterusnya tu mulalah liat sikit pastu ada jugak kes sampai terlupa nak masukkan duit dalam tabung tehee. Duit RM50 tu, akak Murni dah tukar dengan duit seringgit-seringgit sebab nak guna untuk duit raya haha. 

Serius weyhhh best jugak kalau dapat menabung cenggini, bolehlah jugak selamatkan kita time diri tengah perlukan duit atau dalam kes2 tertentu...haha macam kes Murni ni handphone penting kut tambah pulak ekau tu blogger even blogger picisan je. Nak capture gambo yang lawa-lawa pun perlukan semakpong..kan?

Semakpong apa yang Murni beli biarlah rahsia muehehe...ok bai SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan