Sekali Lagi Blog Berwajah Baru

Sekali Lagi Blog Berwajah Baru | Assalamualaikum & salam sejahtera. Apalah Murni ni asyik-asyik tukar baju blog, tak pening ke mengadap coding template?. Huhhh pening sikit je cik Kiah oiiii tehee. Entahlah sejak beberapa hari lepas dalam diri ni asyik rasa tak puas hati je dengan belog sendiri. 

That's whylah beberapa hari yang lepas jugak *tak ingat accurate day* sekali lagi tangan ni gatal nak belog ni berwajah baru. Time nak perbetul coding terpaksalah blog diprivatekan buat sementara waktu time tu. Murni minta maaf ye kut2 ada yang terlajak terjah blog Murni time tu. *erk adakah?*

Bila dah bosan dengan tema black & white, Murni curang pulak nak guna template baru bertemakan pink & white gitu. Hati ni sentiasa berbolak balik tau, sekejap nak yang tu sekejap nak yang ni pulak. Lahai ragam pompuan cenggini la, selagi tak jumpa yang perfect di mata sendiri selagi tulah asyik try & error je memanjang haha.

Sekali Lagi Blog Berwajah Baru, template blog mesra SEO, minimal template blog

Gambar atas ni wajah belog Murni sebelum ni. Ok,  memandangkan dalam hati ni masih ada rasa sayang nak lepaskan design template ni, so murni gunakanlah template ni dalam blog Murni yang lagi satu. Dulu Murni pernah delete tau blog tu, then undelete balik hihi sebabnya mana-mana je GA yang Murni rasa nak join akan dimasukkan dalam blog mawarmedina. Blog utama ni pun still guna gak tuk join GA...hihi ikut suka hati tuan empunya blog je. Mana-mana pun boleh, ok!

Time nak tukar template baru ni, Alhamdulillah Murni takadelah berdepan banyak sangat masalah dengan coding yang sebelum ni Murni pernah alami bila bertukar template baru. Cehhh macam dah terpandai sikit bab coding ni tehee.

Ok, template yang Murni gunakan sekarang Murni ambil daripada Blogger Templates 2015 . Newly Designed . Top Best Themes. Free je ok! 

Apa pendapat korang dengan template yang Murni gunakan sekarang? Oklah Murni terpaksa stop menaip, nak bermanja dengan 'assignment' pulak.


2 ulasan: