Jumaat, Jun 05, 2015

Kamu Hamba Allah atau Hamba Telefon?

Kamu Hamba Allah atau Hamba Telefon? | Assalamualaikum & salam sejahtera. Memandangkan Murni suka sangat baca setiap bait-bait penulisan daripada tumblr (boleh dikatakan tiap-tiap hari skodeng tumblr orang), so Murni nak wujudkan satu label iaitu randomthoughtviatumblr‬ khas di dalam blog ni. 

Kadang melalui penulisan confirm akan ada yang terkesan dekat hati bila Murni baca dan sometimes ianya boleh jadi sumber kekuatan hati bila rasa down, ingat kepada Allah, pengajaran, kadang ianya reflect kepada pengalaman yang pernah dilalui dsbgnya. 

 randomthoughtviatumblr‬ : Kamu Hamba Allah atau Hamba Telefon?


Label randomthoughtviatumblr‬ pertama yang Murni nak utarakan di blog ini‬ bertajuk Kamu Hamba Allah atau Hamba Telefon? catatan oleh kakpijah. Korang yang ada tumblr tu bolehlah follow tumblr kakpijah.

"Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu…Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu…Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya…Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia…Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya…Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu…Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu..Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu..Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu…Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya..Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu..KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH?-Muhasabah diri bersama." 

Kredit tumblr

Semoga ada pengajaran yang diperolehi untuk diri sendiri dan kepada anda yang membaca entri ini. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan