Sabtu, Jun 06, 2015

Penyakit was-was

Penyakit was-was | Assalamualaikum & salam sejahtera. Pernah tak korang dengar penyakit was-was atau mungkin korang salah seorang penghidap penyakit ini? Ok, kalau tak pernah dengar Murni akan kongsikan beberapa info berkenaan dengan penyakit was-was

Was-was pada sudut Islam 

Mungkin ada di antara korang yang pernah ternampak seseorang atau pernah alami sendiri sifat-sifat seperti di bawah:-

  • Ambil air sembahyang berulang kali
  • Membasuh anggota wuduk berulang kali
  • Mengangkat takbir berulang kali dan menggeletar
  • Membaca Fatihah dengan kuat pada huruf  'ha pedas' dan ayat 'waladhaalin'
  • Tahiyyat-akan mengulang-ulang ayat yang melibatkan 'ha pedas' dan juga bacaan syahadah
  • Melapik tempat tidur atau duduk dengan kain lain kerana khuatir tempat tersebut mempunyai tahi cicak
  • Merasakan tombol pintu atau pili paip yang dipegang orang lain kurang bersih
  • Membelek-belek secara teliti pada kain sembahyang ataupun sejadah agar tiada sebarang kotoran
  • Terlalu teliti menutup setiap bahagian tubuh ketika hendak solat seperti memakai sarung tangan walaupun sudah bertelekung. Memakai berlapis-lapis agar terjamin tiada yang akan terdedah atau jarang.

Ada banyak lagi sikap yang boleh dikaitkan dengan penyakit was-was, dalam konteks lain setiap perbuatan yang terlalu teliti dan tidak mempercayai diri sendiri boleh dikategorikan sebagai penyakit was-was.

Dari kaca mata Islam, penyakit ni sering kali dialami oleh mereka yang mula berhijrah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Golongon ini sentiasa ingin memastikan bahawa setiap ibadah yang dilakukan diterima oleh Allah SWT.

Namun begitu, sikap mereka yang inginkan kesempurnaan dalam beribadah kadang-kala akan menjerat diri sendiri sebabnya sikap was-was ni berkaitan dengan hati dan sekiranya tidak dibendung lama kelamaan akan menjadi sukar untuk diubati.


Punca penyakit was-was


  1. Keinginan melakukan ketaatan atau beramal ibadah dalam agama
  2. Doronga syaitan yang sudah tidak mampu menghalang kita dari berbuat taat, maka syaitan mendorong supaya menjadi melampau dan bersangatan dalam amalan. Akhirnya menyusahkan kita dalam mentaati Allah SWT. Akibatnya kita gagal dalam mendadpatkan ibadah yang sempurna kerana tertumpu pada hal yang diwas-waskan.
  3. Terperangkap dalam hujah syaitan yang tidak mampu dilawan.Tanpa ilmu dan panduan seseorang pasti akan menyerah dengan bulian syaitan tersebut.


Kaedah untuk merawat penyakit was-was

Penyakit was-was

  • Doa kepada Allah kerana Allah jua yang memiliki hati manusia dan Dia juga yang mampu membolak-balikkan hati-hati manusia
  • Amalkan surah an Nas
  • Pada lafaz niat, kita perlu tahu bahawa lafaz niat ini bukan suatu yang rukun, dan ia hanya sunat bagi membantu hadir niat semasa takbiratulihram. Jadi, tidak menjadi masalah untuk melafazkan niat dalam bahasa Melayu
  • Pada niat pula, kita perlu tahu yang perlu hadir dalam niat ada 3 sahaja iaitu Qasad (kita buat dgn sengaja/sedar bukan tengah tidur), Ta' rudh (Apa yang kita buat-solat), Ta'yin (Kategorinya-waktu subuh). Maka telah selesai jika hadir niat itu seperti ini "Aku solat fardhu subuh", jika kita makmum, niat seperti ini " Aku solat subuh makmum"
  • Terapinya-paksa diri supaya maksimum takbir hanya 3 kali sahaja, dan jika hadir juga was-was, maka abaikan dan teruskan solat


Was-was pada sudut Saintifik

Penyakit ini dikenali sebagai Obsessive Compulsive Disorder (COD) yang merupakan salah satu daripada penyakit psikiatri iaitu gangguan jiwa. Terjadi apabila terdapat saraf yang tersekat (blockage) yang menghalang maklumat dari saraf impuls untuk menghantar maklumat ke otak. Apabila ianya berlaku, maka otak hanya mampu untuk mengimbas  (scan) sesuatu situasi tetapi tidak dapat mendaftar (register) situasi tersebut dengan menyeluruh, menyebabkan pesakit merasakan sesuatu itu tidak lagi selesai, walaupun rasionalnya hal tersebut sudah selesai. 

Kebiasaanya penyakit COD ini menyerang seseorang yang mempunyai perangai perfectionalist atau terlalu cenderung dengan disiplin tertentu atau ianya akan dihidapi oleh seseorang yang mengalami sesuatu trauma pada masa lalu seperti kes dera, trauma selepas bersalin dan apa jua senario yang membawa kepada kerisauan yang lama dan juga kemurungan.

Hasil perkongsian info berkaitan penyakit was-was yang Murni kongsikan adalah bersumberkan majalah dara.com.


3 ulasan:

  1. ada jugak kawan. sampai towel dia pon dia rasa was was lg. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak kena nasihat kawan ni, takkanlah kut towel sendiri nk rasa was was

      Padam
  2. Pak Cik, ayah kami terkena penyakit ini apa ada obat yang bisa menyembuhkannya.
    terima kasih

    BalasPadam