Generasi Jaman Dolu-dolu Vs Jaman Sekarang

Generasi Jaman Dolu-dolu Vs Jaman Sekarang | Assalamualaikum & salam sejahtera. Amboi tajuk bukan main klasik lagi 'Generasi Jaman Dolu-dolu Vs Jaman Sekarang', hang guna bahasa apa cik Murni? Hurmmm entahlah saja nak merapu sebab kita rasa bosan yang amatttt dahsyat gitu hihi. 

Well kalau nak diikutkan jaman dah berubah, generasi yang dolu-dolu itu dah tak sama dengan generasi jaman sekarang. Salah satu faktor yang menyebabkan perubahan mendadak especially dari aspek gaya hidup adalah dek kerana faktor teknologi yang semakin canggih manggih pada abad ini. Eh! kalau salah minta korang perbetulkan ye.

Buktinya, lihat saja gambar-gambar dibawah ini. 

Generasi Jaman Dolu-dolu vs Jaman Sekarang, zaman dulu, zaman sekarang

1. Outdoor game/permainan tradisional dll Vs online games dll

Sekarang ni nak nampak bebudak main sekitar halaman rumah memang jarang-jarang nampak kelibat dorang. Macam di tempat Murni kalau dulu ada je yang main guli, main sorok-sorok, kejar sana kejar sini kat depan rumah, tapi sekarang ni sejak depa dah mampu memiliki lappy or smartphone sendiri online game dah menguasai diri mereka...ceh ayat tak boleh blah.


2. Direct buyer Vs Online shopper

Kalau dulu tak adanya nak beli barang secara online, kedua-dua kaki itulah yang menapak dari satu kedai ke satu kedai mencari barang-barang yang diperlukan. Bila zaman dah canggih manggih dengan teknologi maklumat dan perniagaan atas talian pun berkembang pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan, maka segala urusan pembelian barang hanya berlaku dihujung jari just tunggu abang posmen tu terpaku depan rumah je. Masa dan tenaga pun jimatttt.



3. Hengpong tiga tiga sekupang Vs semakpong

Nasib baik dolu-dolu Murni pernah guna hengpong tiga tiga sekupang ni, so bangga kejap sebab sekarang ni boleh dikatakan fon lejend muehehe...Sekarang jangan kata orang dewasa je yang miliki semakpong budak2 kecik yang umur 2 tahun pun dah dibelikan tau oleh mak bapak dorang. Hurmmm dah lah malas nak cakap pasal semakpong, sensitif tuan empunya blog ni (semakpong kita dah hancusss berkecai)


4. Paint Vs Adobe

Jujur ya Murni nak bagitau ni sebenarnya Murni tak tahu sangat gunakan benda alah kat atas ni, kalau paint tu Murni just gunakan bila ada mana-mana gambar yang Murni printscreen then Adobe Photoshop. Murni ni boleh diibaratkan sebagai pengguna suam-suam kuku je klu buat header blog yang simple mimple confirm akan guna khidmat photoshop. Korang pulak macam mana, mesti dah terlebih pandai kan kan kan???



5. Buku Vs Tablet or keluarga pad

Haha keluarga pad tu pepandai korang faham ye asal ada je jenama yang bunyi belakang dia pad like iPad..haaa yang itulah tu. Agak-agak koranglah kan mana yang lebih best bila guna. Tepuk dada tanya selera, ok! Kalau Murni lebih prefer kepada buku sebabnya kalau tengok lama sangat skrin mata akan jadi berpinar-pinar gitu.


6 . Tandas dulu Vs Tandas sekarang

Tandas tetap tandas okay tak adanya yang berubah, yang berubah itu ragam orang jaman sekarang. Kalau dulu elok je engko terperap duk dalam tu, lancar je engko buat pelaburan emas..hurmmm sekarang siap engko bawa masuk sekali dengan semakpong masuk ke tandas. Haaa ni mesti kes main COC tak pun wasap dengan makwe. Betul tak? baik ngaku cepat.



7. Persoalan dulu Vs Persoalan sekarang

Nak pi mana-mana confirm dalam fikiran tu ada wifi ke tak?. Kalau tak ada rasa macam tak ada feel nak buat kerja, tambah-tambah kalau kerja tu memerlukan wifi untuk sempurnakan sesuatu tugasan.



8. SMS Vs Whatsapp

Kalau yang ni tak payah citer lebih-lebih...hihi faham-faham sendirilah ye.


9. Lepak sesama Vs Terperap dalam rumah

Haha macam terkena dengan batang hidung sendiri pulak, well Murni ni bukan jenis yang suka bersosial. Orangnya sangatlah pemalu werkkk muntah hijau haha


10. Tak faham!!!

Seriously gambar kat atas ni Murni tak faham sangat apa yang cuba disampaikan. Ke dah mereput? korang faham tak? cer habak mai

Credit Pictures


4 ulasan:

  1. zaman dah berubah..tu sebab kalau duduk taman skrg ni x kenal org keliling..hihihi..sama la kita murni yang no9 2...hihih

    BalasPadam
  2. Zaman membesar dulu bergelumang dgn permainan tradisional..masa tu duduk kat kampung. Walaupun dok main gasing, guli tapi tak perkataan "Bosan" tak pernah terungkap. Budak skrg dah ada macam2 pun boleh kata bosan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu p'mainan tradisional yg slalu jd pneman masa kecik2 dulu mang tak da rasa bosan, yg bestnya p'mainan tradisional kbiasaanya ikut musim jgak, klu hari ni main congkak, batu seremban ke ape esok2 lusa game lain pulak yg nak main...best sgt bila dpt kmpul dgn kengkawan...hurmmm tu la kan klnk dbandingkan bdak zman dulu2 dgn skrg mmang dah beza sgt..

      Padam