Isnin, Mei 25, 2015

Makanan Feveret Time Mengaji kat U

Makanan Feveret Time Mengaji kat U | Assalamualaikum & salam sejahtera. Entri kali ni Murni nak share makanan feveret time Murni mengaji dekat U dulu. Kalau Murni mention 'dulu' rasa macam dah bertahun-tahun tinggalkan sintokYo padahal November tahun lepas still lagi berpeluang jejakkan kaki ke sana & Inshaallah tahun ni Murni konvo. 

Gambar yang Murni selitkan dalam entri ni semua gambar lama yang Murni cilok dari IG Murni,  tu pun bukak IG guna lappy je tak boleh dah nak upload gambar. Sekarang ni tengah berdepan dengan darurat yang amat dahsyattt, kuikui actually smartphone Murni dah rosak. Huarghhh nak nanges tau kita dibuatnya. 

Dahlah malas nak cerita pasal semakpong yang rosak tu. Berbalik kepada makanan feveret time mengaji kat U, kalau nak diikutkan makanan feveret tu banyak tapi yang Murni teringin sangat nak makan time ni macam dalam gambar kat bawah ni ggrrr gigit jari jelah nengok screen lappy..kahkah

Makanan ruji utama Murni bila penghujung sem adalah makanan daripada family mee (maggi, mamee chef, PAMA, MAMA)...Biasa berlaku awal sem je kaya, dah dekat hujung2 sem tu dah macam bankrap sikit haha. Tetiba pulak kan keluar perkataan nak berjimat bila penghujung sem. Inilah masalahnya bila tuan empunya badan kuat makan, tapi badan tak pandai nak kuruih2...eh! silap bambam sikit.

Meh usha makan feveret Murni 

1. CHOCOLATE MOIST CAKE


Makanan Feveret Time Mengaji kat U
Chocolate Moist Cake

Chocolate Moist Cake ni sedap baq hang! Murni kalau study ke atau siapkan asimen sampai lewat malam mula lah tercari-cari makanan yang sedap untuk isi perut untuk mengelakkan mata cepat mengantuk. Cake ni mudah sangat nak dibeli sebabnya student yang jual tu akan letakkan di tepi tangga hostel & kita yang nak beli just letakkan duit dalam bekas yang disediakan. Agak berisiko jugak sebenarnya bila berniaga dengan cara macam ni probability duit hasil jualan hilang agak tinggi. Harga dia Murni tak ingat berapa henggit...hihi Selain chocolate moist cake Murni pun suka jugak dengan kek keju. Sedap sampai licin bekas tu.

2. NASI KERABU DPP MUAMALAT


Makanan Feveret Time Mengaji kat U
Nasi Kerabu DPP Muamalat

Sebelum Murni kena apung ke DPP lain, nasi kerabu DPP Muamalat ni lah yang menjadi feveret utama Murni. Inilah makanan tengah hari sekali dengan makan malam yang selalu dibeli bila duk di DPP Muamalat. kadang tu selang-seli jugak hari ni makan nasi kerabu, esoknya pulak share dua jenis lauk dengan member. Teringin sangat nak makan nasi kerabu ni, rasanya tak ada lagi peniaga lain yang boleh lawan rasa nasi kerabu ni, sedap hokeyyy tak tipu hihi...kalau korang nak tahu cerita bab kena apung DPP tu boleh klik SINI

3. MEE LADNA


Makanan Feveret Time Mengaji kat U
Mee Ladna

Mee Ladna ni pun salah satu makanan feveret Murni tapi tak boleh selalu nak makan sebabnya Murni ni allergic dengan seafood. Kalau betul-betul teringin nak makan barulah Murni akan beli. Sedap je kan nampak udang tu berenang dalam mangkuk...haha tu yang tergoda nak makan even ada allergic. 


4. NASI LEMAK


Makanan Feveret Time Mengaji kat U
Nasi Lemak


Lepas dah kena apung ke DPP lain, nasi lemak ni lah yang di bantai bila balik dari kelas petang-petang. Bau dia pun wangi, rasa dia pun sedap, ayam pun besar gedabak...kenyang tau. Harga dalam 3 or 3 hinggit setengah. Kekadang tu singgah cafe DPP lain pulak semata-mata nak beli french fries untuk makan malam...haha kan dah mention awal2 tadi Murni ni memang kuat makan.

5. SET A (Nasi Putih + Tomyam Ayam + Telur)

Maaf gambar tak ada dalam simpanan rasanya dah terdelete kut. Last semester duduk di DPP baru, cafe yang selalu dikunjungi semsetinya Cafe DPP Petronas. SET A dia bagi Murni memang sedap sebabnya ada Tomyam Ayam yang sangat sedap tak jemulah kalau nak makan selalu...hihi Kalau tak makan petang, kadang tu malam baru nak makan nasi...nak berjimat punya pasal makanan berat2 ni Murni just makan sekali sehari je, hurmmm kalau duk rumah 3x seharilah jawabnya. 

Murni just nak bagitau 5 makanan feveret time mengaji kat U, tapi tertaip banyak pulak...waaaa perut dah krikkrik pulak...haha entahlah ada lagi ke tak kelima-lima makanan ni dijual, harap time konvo still ada lagi. NAK MAKAN!


Hey there! 8Share rewards me cash and points for sharing cool stuff with my friends. It's that easy! Join me now and you will get RM1.00 free when you sign up. Click HERE for sign up.



4 ulasan:

  1. terliur dh tgk mknn mlm2 ni..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. huaaa najwa teringin sangat nak makan semuanya...hihi

      Padam
  2. mee ladna tu kat dpp mana sis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cafe DPP Muamalat, entah ada lg ke tak djual kat tmpat tu

      Padam