Khamis, Mei 21, 2015

Hijab 2 in 1

Hijab 2 in 1 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Entri ni kalau nak diikutkan sepatutnya Murni update awal bulan 5 hari tu, sebelum ni Murni just masukkan gambar dengan video je langsung tak ada mukadimah, body dan penutup. Then bila dah update entri lain mulalah dah lupa pasal entri Hijab 2 in 1 ni, kesian pulak terperap lama sangat dalam draf. hihi tak pa na malam ni Murni buat. 

Kalau cerita bab2 hijab ni Murni memang suka sangat share dalam belog ni. Entahlah sejak dua menjak ni Murni suka sangat gunakan hijab jenis chiffon terutamanya wide shawl chiffon. Kalau dulu last semester time Murni study, Murni suka guna wide shawl cotton. But now Murni jatuh chenta dengan hijab material chiffon pulak. Selesa plus tak terasa panas sangat even klu Murni gunakan tudung ekspress sebagai inner tudung.

Berbalik kepada Hijab 2 in 1, actually dah lama sebenarnya Murni bercadang nak beli kain untuk dibuat Hijab 2 in 1 means boleh guna sebagai tudung bawal dan shawl bidang 60, hihi dari tahun lepas lagi sebenarnya nak beli kengkonon nak pakai bawal labuh dengan menggunakan material chiffon macam dalam > Tutorial Tudung Bawal Labuh 

Hijab 2 in 1
Hijab 2 in 1 (Tudung Bawal + Shawl Bidang 60)

Kain chiffon kat atas ni, sebenarnya wife abang sepupu Murni yang sponsorkan. Kain dah beli time awal bulan hari tu, tapi sampai ke hari ni Murni tak pi hantar ke kedai jahit untuk jahit tepi. hihi Murni ni selalu je terlupa nak bawa bila turun ke bandar. Inshaallah minggu depan kalau tak ada halangan, Murni pergi hantar kain. 

Bab saiz ukuran shawl macam dalam video di bawah ni, Murni memang tak tahu saiz ukuran yang spesifik untuk shawl tu & time Murni nak beli kain chiffon tu tanpa segan silu Murni direct tanya pekerja dekat kedai kain tu saiz untuk buat tudung bidang 60 ni nak guna berapa meter then akak tu cakap 1 meter 1/2. Ok, baru tahu saiz kain tu...hihi 

Bagi korang yang sukakan gaya yang sopan bila berhijab, video dibawah ni rasanya boleh bantu korang untuk menggayakan shawl bidang 60.



Ok, selamat mencuba Hijab 2 in 1:)



Follow my blog with Bloglovin

1 ulasan: