Jumaat, Mei 01, 2015

Hadis Palsu dalam Bulan Rejab

Hadis Palsu dalam Bulan Rejab
google image

Hadis Palsu dalam Bulan Rejab | Assalamualaikum & salam sejahtera. Kalau diikutkan dalam kalender Islam, hari ni dah pun masuk 12 Rejab & sebenarnya sehari sebelum nak masuk bulan Rejab hari tu Murni plan nak kongsikan antara beberapa hadis palsu yang berkaitan dalam bulan Rejab tapi niat tu asyik tertangguh je. 

Rasa macam tak selesa pulak dibuatnya bila tengok news feed FB ada hadis palsu yang tersebar, Murni yang dok baca pun jadi tension pulak dibuatnya. Murni kongsikan di sini hasil penulisan Dr.Arieff Salleh bin Rosman, fellow fatwa antara kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan laporan/hadis palsu ialah:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat”.

Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

2. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.

3.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir”.

Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

4.Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah”.

 Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.

5.Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya?

Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim.
Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.

6.Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka”.

Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.

Kalau korang nak baca lebih lanjut berkaitan dengan bulan Rejab ni bolehlah klik pautan NI . Maklumat diperolehi daripada Portal Rasmi Fatwa Malaysia.

Murni harap lepas ni isu berkaitan dengan hadis palsu mengenai bulan Rejab  boleh dicegah. Tak rugi pun sebenarnya kalau kita  luangkan sedikit masa untuk cari sesuatu kebenaran berkenaan dengan sesuatu perkara, at least tak adelah kita ni mudah sangat tertipu nak percaya bulat-bulat tambah2 kalau berkaitan dengan agama.



1 ulasan:

  1. singgah sini nak jemput join segmen saya :)

    http://syahirahvaliant.blogspot.com/2015/04/segmen-jom-blogwalking-by-syahirah.html

    BalasPadam