Khamis, Mei 07, 2015

DIY: Makeup Case

DIY: Makeup Case | Assalamualaikum & salam sejahtera. Entri kali ni khas buat kaum hawa yang selalu menghadapi masalah nak bawa barangan makeup bila keluar rumah...confirm ada di antara korang yang main sumbat je masukkan dalam beg. kan? oppsss Murni pun macam tu jugaklah, sekarang ni, benda wajib yang Murni selalu sumbat dalam sling bag or tote bag like bedak compact, lip tint, lipstik plus blusher...tapi kan kita jarang guna sobsob buat berat bag je haha. 

Petang tadi Murni ada ternampak satu video dalam FB cara nak buat makeup case & that's why Murni nak kongsikan dengan pembaca blog ni hasil makeup case yang Murni dah buat berpandukan pada video tersebut. hihi kita buat sendiri tau tanpa menggunakan mesin jahit dan zip dengan kain pun Murni kitar semula. 


DIY: Makeup Case
Bahan untuk Makeup Case

Alahai kesian pulak tengok blouse yang Murni dah gunakan almost 3 tahun time belaja dekat u dulu kena gunting macam tu je (actually dah tak muat sebenarnya) haha. Zip tu pulak Murni amik daripada kain baju kurung yang dah tak muat...haha nampak sangat dah bambam sikit.

Cara nak buat makeup case tu korang boleh rujuk video dekat bawah ni, step by step akan ditunjukkan & actually Murni pilih design yang kedua. Dia guna mesin jahit & Murni just guna mesin jari je...haha bestnya kalau kat rumah Murni ni ada mesin jahit





Tadaaaaaa...inilah hasilnya

DIY: Makeup Case
Makeup Case

Nasib baik ada jugak rupa bentuk macam dalam video tu. Tadi tunjuk dekat mak, mak kata nanti buatkan..Korang pun boleh cuba tau even kalau tak ada mesin jahit sekalipun, sebabnya jahitan tangan tak akan nampak punyalah sebabnya ia berada dekat bawah lipatan kain. 

Selamat mencuba DIY: Makeup case!

6 ulasan:

  1. Wah bestnya..nanti nak try buat juga..memang suka kala nak buat DIY ini...(:

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba jgn tak cuba sis fiqah, best gak buat DIY ni :D

      Padam
  2. ptut la mula2 tgk mcm knl je kain 2..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha baju lama dah tak muat najwa, tu yg djadikan sbg eksperimen buat makeup case

      Padam