Sabtu, Mei 23, 2015

Blog Tampil dengan Design Template Baru

Blog Tampil dengan Design Template Baru | Assalamualaikum & salam sejahtera. Selepas berperang dengan coding blog yang agak memeningkan kepala Murni selama beberapa hari, akhirnya dapat juga atasi masalah dengan template baru walaupun tak siap sepenuhnya. Bab coding ni Murni tak berapa gheti sangat sebabnya ilmu yang berkaitan sangatlah terbatas. Ada yang kena tambah & ada yang kena buang, penin tau kepala ni...hihi

Blog Tampil dengan Design Template Baru
Design Blog lama | Kredit Foto

Untuk pengetahuan korang, actually Murni dah tukar template blog yang lama kepada Winters Blogger Template since hari selasa yang lepas. Entahlah macam mana tetiba pulak tersuka dengan design template winter tu yang mana pada pandangan mata Murni design dia nampak simple bertemakan hitam putih, minimalist, dan girly gitu. 

Tambahan pula Murni rasa template Winters ni antara yang paling senang berurusan dengan coding berbanding template lain. Kalau tak silap, Murni dah pun buat try & error 5 blogger template yang berbeza-beza dekat blog Murni yang satu lagi. But now blog tu Murni dah delete...kuikui template Winters jelah yang tak berapa nak menyusahkan Murni. 

Bila dah siap install template baru, Murni try cek SEO blog dekat chkme.com. Terkejut pulak bila tengok score SEO just 36% dan penyebab utamanya sebab heading H1 tak ada. Bila dah tahu punca masalah tu, Murni terus jelah google cara mudah nak letak heading H1. Sebelum ni Murni pernah buat tapi dah lupa...hihi Bila dah letak heading H1 score SEO dah jadi...

Blog Tampil dengan Design Template Baru
SEO Score
Header blog pun Murni terpaksa tukar sebabnya kalau nak guna yang lama macam tak berapa nak sesuai. So Murni decide buat header blog baru yang simple.

Saiz font untuk heading dalam template Winters ni agk besar dan menggunakan uppercase. Murni perasan saiz font dia tak berapa nak sesuai bila mana salah satu entri blog terdapat part yang terlibat dengan h2, h3...tak muncul. Alhamdulillah nasib baik part ni Murni boleh selesaikan just adjust saiz tulisan dan tukar uppercase kepada sentence case.

Blog Tampil dengan Design Template Baru
Template Winters

Korang nampak tak anak panah dalam gambar kat atas ni, sampai ke hari ni Murni tak dapat nak selesaikan. Murni dah cek di bahagian Blogger Support Forum berkenaan dengan masalah undefined date, author & comment di bahagian home page. Murni dapati blogger yang gunakan template yang sama turut hadapi masalah yang sama. Nampak gayanya terpaksalah Murni biarkan macam tu je even dorang suggest download semula template tu then install semula ke blog. Habis sia-sia je Murni edit blog sebelum ni. Penat plus pening kepala tau kalau Murni nak buat semula dari A. 

Template yang Murni gunakan sekarang ni Murni ambil daripada Blogger Templates 2015 . Newly Designed . Top Best Themes. Free je ok!

Ok tu jelah nak cerita, salam.


2 ulasan: