Jumaat, April 17, 2015

Kelebihan Surah Al-Kahfi

Kelebihan Surah Al-Kahfi
Surah Al-Kahfi

Kelebihan Surah Al-Kahfi | Assalamualaikum wbt. Murni nak berkongsi ilmu dengan korang tentang kelebihan surah Al-Kahfi seperti yang tercatat di dalam buku Hikmah Surah Al-Kahfi yang berada dalam simpanan Murni sendiri. 

Surah yang disunatkan untuk dibaca pada malam ataupun hari Jumaat adalah surah Al-Kahfi yang mana kelebihan membaca surah Al-Kahfi ini ada disebutkan secara khusus dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w.

Hari Jumaat bermula apabila terbenamnya matahari pada hari khamis dan berakhir semasa terbenamnya matahari pada hari Jumaat.

Antara kelebihan surah Al-Kahfi:


1. Terpelihara daripada fitnah dajjal


Seorang sahabat Nabi, iaitu Abu Darda' melaporkan Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa


"Sesiapa yang memelihara iaitu memelihara bacaan dengan sentiasa membaca10 ayat pertama daripada surah Al-Kahfi, maka dia akan dilindungi daripada fitnah dajjal"

(Hadis ini direkodkan oleh Muslim, Abu Daud, An-Nasaie, dan At-Tarmizi, kedudukan hadis ini adalah hasan sahih)


Ibnu Kathir turut merekodkan hadis ini dalam Tafsir Al-Quran Al-'Azim ketika menghuraikan kelebihan surah  Al-Kahfi.

Abu Darda' juga melaporkan bahawa terdapat satu hadis lain yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w.:


"Sesiapa yang membaca 10 ayat terakhir daripada surah Al-Kahfi, maka dia akan terpelihara daripada fitnah dajjal"

(Hadis ini direkodkan oleh Muslim dan An-Nasaie. Ibnu Kathir juga merekodkan hadis ini dalam Tafsir Al-Quran Al-'Azim)


Imam An-Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim menjelaskan bahawa pada awal surah Al-Kahfi terkandung ayat-ayat yang menceritakan tentang keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. Oleh itu, orang yang menghayati dan memhami maksudnya, pasti tidak akan tertipu dengan fitnah dajjal. Begitu juga pada ayat-ayat terakhir surah Al-Kahfi. Allah s.w.t menyatakan dalam surah Al-Kahfi ayat 102:

Kelebihan Surah Al-Kahfi
Al-Kahfi ayat 102

"Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka dapat mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku?..."



2. Sumber Ketenangan (As-Sakinah)


Seorang sahabat Nabi, iaitu Al-Barra' melaporkan seorang lelaki membaca surah Al-Kahfi. Pada ketika itu, disisinya terdapat seekor kuda yang terikat dengan dua tali. Lelaki itu melihat ke atas dan mendapati awan kabus menaunginya. Awan kabus itu bergerak dekat dan semakin dekat sehingga membuatkan kudanya meronta-ronta ingin lari. Apabila waktu pagi, lelaki itu berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan menceritakan peristiwa yang dialaminya. Rasulullah s.a.w berkata " Itulah ketenangan (As-Sakinah) yang turun disebabkan Al-Quran."

Imam Ibnu Kathir menyatakan bahawa lelaki itu adalahUsaid bin Al-Hudhair.

(Hadis ini direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)


3. Keutamaan membaca surah Al-Kahfi

Seorang sahabat Nabi s.a.w., iaitu Abu Said Al-Khudri melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa


"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah s.w.t akan menyinarinya dengan cahaya di antara dua Jumaat"


(Hadis ini direkodkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dan Al-Baihaqi. Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani dalam Shahih Al-Jami' menyatakan hadis ini adalah sahih)

Hadis lain yang menyebut tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat adalah seperti berikut:


"Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Baitul 'atiq"


(Hadis ini direkodkan oleh Darimi, An-Nasaie, dan Al-Hakim. Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani, dalam Shahih Al-Targhib wa Al-Tarhib menyatakan hadis ini sahih)

Kelebihan Surah Al-Kahfi
kredit foto : www.indahislam.com


Peringatan mesra dari Murni jangan lupa baca surah Al-Kahfi yaaa...



7 ulasan:

  1. Nice sharing...
    Salam jumaat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam jumaat sis Maria Firdz btw thanks :)

      Padam
  2. Alhamdulillah..sentiasa membacanya setiap hari Jumaat

    BalasPadam
  3. nice share.. ustaz saya cakap, malam jumaat lebih utama baca surah alkahfi dari surah yasin.. wallahu a'lam.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks Pha Is, murni pun ada terbaca dlm buku Hikmah Surah Al-Kahfi yg mnyatakan bhw amalan mbaca surah Yasin pd mlm Jumaat x bdasarkan kpd sbrg hadis yg sahih. Amalan yg digalakkan utk dlakukan hendaklah bertepatan dgn sunnah Rasulullah iaitu dgn mngamalkan surah Al-Kahfi pd mlm Jumaat & hari Jumaat.

      Padam