Jumaat, Mac 13, 2015

Renungan di hari Jumaat

Renungan di hari Jumaat | Assalamualaikum & salam sejahtera. Normal sebagai manusia, setiap daripada kita ni memang tak akan lepas daripada buat salah sama ada dalam keadaan sedar ataupun tanpa kita sedari. Beruntung sangat kalau ada orang yang tegur kesilapan kita secara senyap2, tak adelah sampai nak menjaja aib kita. Trend orang sekarang ni nak jaja aib orang direct je guna media sosial terus hentam tanpa usul periksa. Serius Murni cakap Murni lebih hormatkan orang yang tegur kesilapan secara senyap2 berbanding orang yang menegur secara terang-terangan yang boleh membuka aib seseorang.

Renungan di hari Jumaat
Renungan di hari Jumaat

Mukadimah yang Murni suarakan hanyalah sekadar pandangan & pendapat sahaja, harap korang tak ambil hati, ya. Di bawah ni ada beberapa bait kata-kata yang mungkin boleh kita renung-renungkan di hari Jumaat ni.


Dalam tak sedar.
Kadang kita dah buka aib orang.
Dalam tak sedar.
Kadang kita dah kutip dosa sebab mengaibkan orang.
Dalam tak sedar.
Kadang kita sebar fitnah merata.
Dalam tak sedar.
Kadang kita dah mengumpat mengata.
Sebelum menyebar berita.
Sebelum membuka mulut untuk berbicara.
Sebelum jari menekan kata-kata.
Pastikan, fikirkan kebaikan atau keburukan.
Jangan sebab kejahilan dan taksub dengan “trending semasa”, kita beramai-ramai kumpul dosa.
Lebih baik diam.
Dari bising tak bawa faedah.

kredit tumblr

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. "Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat itu tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" ( Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Nabi S.A.W. bersabda: " Barangsiapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat". (Hadis Riwayat Muslim)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan