Menabung dengan si Biru

Menabung dengan si Biru | Assalamualaikum & salam sejahtera. Awal bulan Mac, tetiba tergerak di hati ni nak menabung bila ternampak mak Murni ada simpan tabung yang masih baru & belum berisi duit lagi dekat dalam kedai. Bila terpandang tabung tu direct je mulut Murni cakap dekat mak,

"mak minta tabung ni, boleh?"

Menabung dengan si Biru
Menabung dengan si Biru

Ok dengan baik hatinya mak Murni pun bagilah dekat Murni tabung tu, mak cakap "ambiklah nanti baru beli tabung lain". hihi dalam hati bukan main gembira lagi sebab dah dapat benda yang dinakkan sangat. 

Murni ni dari kecik sampai umur dah  20-an ni memang tak pernahnya nak menabung sampai lama2 kejap je duit yang dalam tabung tu akhirnya akan keluar dalam masa beberapa hari, memang tak berdisiplin langsung. Tapi sekarang ni boleh dikatakan wajib jugaklah Murni menabung memandangkan Murni akan konvo dalam bulan 10, tahun ni. At least boleh tambah duit poket nak ke UUM nanti.

Murni just menabung dengan si Biru je, jumlah yang dimasukkan tak menentu sangat kadang tu adalah dua tiga ringgit sehari & kalau ke bandar lagi syok sebabnya asal balik je confirm duit seringgit2 ni banyak, terus je masukkan ke dlm tabung tak adenya nak disimpan lagi dlm purse.

In Sha Allah, sebelum Murni konvo nanti Murni akan bukak tabung ni & kalau berkesempatan nanti Murni akan update berapa ribu dapat hasil dari menabung ni...haha tak adanya sampai nak beribu raban dlm tabung tu cik akak oiii.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan