Isnin, Mac 30, 2015

Tutorial Shawl Chiffon Labuh


Tutorial Shawl Chiffon Labuh | Assalamualaikum & salam sejahtera.  Alhamdulillah task yang terakhir dah pun siap & dah submit pagi semalam. So hari ni bolehlah jenguk2 blog kesayangan ni plus blogwalking sekali. Kali ni Murni nak share dekat korang tutorial shawl chiffon labuh memandangkan sejak dua menjak ni Murni dah jatuh chenta dengan shawl chiffon ni. 

 Jatuh Chenta dengan Shawl Chiffon

Hurmm nampaknya Murni dah curang dengan wide shawl cotton..hihi tak curang sebenarnya saja Murni nak tukar angin pulak almaklumlah sekarang ni cuaca asyik panas je, tu yang pakai shawl chiffon. Best je bila pakai, tak adenya rasa panas2 even kalau pakai tudung syria kat dalam sebagai inner tudung. Kalau nak pakai shawl chiffon ni wajib tau pakai inner labuh supaya aurat kita tak nampak.

Meh sini Murni nak share step by step tutorial bergambar macam mana Murni pakai shawl chiffon & nampak labuh. Murni gnakan 3 pin tudung plus 1 peniti comel.

Step 1: Pinkan shawl bawah dagu. Make sure shawl belah kanan atau kiri panjangkan sikit.

Jatuh Chenta dengan Shawl Chiffon

Step 2: Bawa bahagian shawl yang panjang ke belakang, then adjust sikit bahagian shawl yang pendek ke depan sikit macam gambar di bawah ni

Jatuh Chenta dengan Shawl Chiffon

Step 3: Kemaskan shawl

Jatuh Chenta dengan Shawl Chiffon

Step 4: Dah kemaskan, then bolehlah tarik lebihan shawl yang pendek tu ke tepi 

Jatuh Chenta dengan Shawl Chiffon

Step 5: Lebihan shawl akan diletakkan di bahagian tengah kepala, kemudian bolehlah korang sematkan dengan peniti yang comel loteh tu

Jatuh Chenta dengan Shawl Chiffon

Step 6: Sematkan pin tudung sebelah kanan 

Jatuh Chenta dengan Shawl Chiffon

Step 7: Sematkan pin tudung sebelah kiri

Jatuh Chenta dengan Shawl Chiffon

 Lastly cenggini lah rupa shawl chiffon labuh depan & belakang

Jatuh Chenta dengan Shawl Chiffon


Style macam ni jelah yg Murni boleh buat...hihi kalau nak lilit banyak2 takut nanti jadi pendek pulak shawl tu.ok tu jelah yang Murni nak share simple jer confirm korang pun boleh buat Tutorial Shawl Chiffon Labuh macam ni...


3 ulasan:

  1. Cantik! Berfesyen tapi masih menjaga aurat...;)

    BalasPadam
  2. bagus tutorial ni.... utp nya pon labuh tutup dada... :D

    jindrisska.blogspot.com

    BalasPadam