Khamis, April 09, 2015

Contest petua dan herba Kongsibersamanora


Contest petua dan herba Kongsibersamanora | Assalamualaikum & salam sejahtera. Dek kerana Murni tertarik dengan contest yang dianjurkan oleh blogger Kak Nora, maka dengan itu sekali lagi diri ini terjebak untuk turut serta memeriahkan contest tersebut.

petua dan herba Kongsibersamanora
Contest petua dan herba Kongsibersamanora


Contest yang Murni maksudkan ialah Contest petua dan herba Kongsibersamanora yang telahpun berlangsung sejak 1 Febuari 2015 yang lepas dan tarikh tamat contest telahpun dilanjutkan pada 31 Mac 2015 10 April 2015. Tak rugi sebenarnya kalau korang join contest ni, sambil join contest at least ada juga ilmu tentang herba dan petua yang boleh diperolehi.


Apa itu petua dan herba?


Kalau hendak bercerita tentang petua-petua ni, sudah semestinya orang-orang dulu yang mempunyai pengalaman seperti nenek moyang kita lebih arif apabila memberi nasihat mahupun panduan kepada orang muda. Petua amalan turun-temurun ni sebenarnya ada macam-macam jenis termasuklah petua kecantikan, petua berkaitan kesihatan, petua nak bagi masakan tu jadi sedap dan lain-lain.

Herbalist mentakrifkan bahawa,


"Herba ialah tumbuhan yang boleh digunakan sebagai bahan makanan, ubatan dan bahan aroma. Ini bermaksud, tidak hanya tumbuhan renek, bahkan pokok yang berkayu juga boleh ditakrifkan sebagai herba jika ada potensi bagi mana-mana tiga kegunaan tersebut."


Takrifan di atas jelas menunjukkan bahawa walaupun hanya tumbuhan herba, ia mampu memberikan manfaat kepada manusia terutamanya dari aspek bahan makanan, perubatan, dan juga sebagai penambah aroma, penyedap masakan.


Petua dan herba Kongsibersamanora: Halia

Untuk pengetahuan anda, halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale merupakan salah satu tumbuhan herba yang ada disebut di dalam Al-Quran dengan sebutan Zanjabil.

Allah S.W.T berfirman;

"Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil"
                                                                                                 [Surah Al- Insan:17]


Salah satu tumbuhan herba yang sememangnya Murni suka makan sudah semestinya halia. Almaklumlah, kalau bab makanan ni serius tak tipu, penggunaan herba sememangnya akan menyedapkan lagi rasa makanan sehinggakan aroma yang terhasil daripadanya boleh membuatkan anda rasa tak sabar nak merasa makanan yang masih berada di dalam kuali ataupun periuk panas. Murni pernah rasa, ok. Tambah-tambah kalau mak Murni tengah masakkan lauk kegemaran, Ikan Masak Halia. Sedap tau sampaikan licin pinggan hanya tinggal tulang ikan je...hihi petua dan herba Kongsibersamanora


petua dan herba Kongsibersamanora
Ikan Masak Halia


Kalau dulu time Murni masih belajar di U, asal balik je ke kampung confirm minta mak buatkan Ikan Masak Halia. Siap bagitau dekat mak halia, bawang putih, dan cabai kena letak banyak2. Time duk di kampung jelah dapat merasa makanan ni, almaklumlah Murni hanya dapat balik ke kampung untuk setahun sekali je time belajar di UUM untuk tempoh tiga tahun dulu. Dapat merasa sendiri masakan air tangan mak memang nikmat tak terkata. Sekarang ni lagilah terasa nikmat sedap masakan mak bila dah dapat duk sebumbung hewhew :D

Kandungan & Fungsi Halia


petua dan herba Kongsibersamanora
Halia

Selain menggunakan halia di dalam masakan, ia juga banyak digunakan untuk tujuan perubatan. Misalnya, masyarakat Melayu sering menggunakan halia untuk membuang angin dalam badan yang mendorong kepada ketidakselesaan tubuh.

Murni selitkan di bawah ini sedikit info berkaitan dengan kandungan dan fungsi halia yang Murni perolehi hasil daripada pembacaan di beberapa buah website. Antara kandungan dan fungsi halia adalah seperti berikut:-


  • Halia mengandungi magnesium, kalsium, dan fosforus yang mana akan bekerja bersama-sama dalam pembentukan tulang, meregangkan otot dan transmisi saraf.
  • Halia juga mengandungi mineral yang tinggi dan ia bermanfaat untuk masalah kejang otot, stres, tekanan darah tinggi, mual, serta gangguan pencernaan.
  • Kadar kalium yang tinggi dalam halia boleh memberi manfaat terutamanya menjaga tubuh daripada masalah tulang reput, lumpuh otot lemah, bingung, kerosakan ginjal dan jantung.
  • Mengandungi minyak volatil yang mana ianya bersifat meruap masuk udara apabila dipanaskan.  Halia biasanya digunakan sebagai ubat herba yang direbus atau dibancuh seperti teh dan minyak urut tradisional. Ianya baik untuk sistem penghadaman, mengatasi selesma, dan sakit-sakit sengal pada sendi atau otot.

Petua untuk anda cuba sendiri

1. Mencegah demam dan selesma
  • Rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang ke dalam air panas. 
  • Hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  • Minum teh halia panas-panas dan tambahkan secubit serbuk kayu manis bagi menambah khasiat.


2. Mengubati mual, mabuk, sakit tekak
  • Ambil halia sebesar ibu jari kemudian tumbuk dengan lesung batu.
  • Masukkan halia yang telah ditumbuk ke dalam air yang akan dipanaskan.
  • Selepas beberapa minit, tuangkan ke dalam cawan dan tambahkan dengan 2 sudu madu kemudian kacau. petua dan herba Kongsibersamanora


3. Mengurangkan sakit sendi dan otot 
  •  Minyak halia dicampurkan dengan minyak neutral lain dan digosok pada bahagian sendi atau otot yang sakit


4. Mengurangkan masalah mulut berbau
  • Tumbuk lumat sepotong halia dan sesudu garam kasar, kemudian tambahkan air dan bancuh sehingga sebati.
  • Setiap kali selepas menggosok gigi, kumur dengan air bancuhan tadi dan amalkan setiap hari.
  • Petua ini bukan sahaja boleh memberikan nafas segar malah boleh memutihkan dan menguatkan gigi.

        

3 Entri Menarik untuk dibaca




"Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"


Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan oleh KongsiBersamaNora bersama penaja :






28 ulasan:

  1. Salam buat Murni.... semoga sihat hendaknya. Entri yang bagus dengan memilih halia sebagai petudan herba. Semoga berjaya dengan Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih bang kamil
      Murni pilih pun sebab ni salah satu herba yg murni suka makan,
      semoga berjaya jga dlm contest ni

      Padam
  2. terima kasih diucapkan kerana menghantar penyertaan contest petua dan herba kongsibersamanora

    semoga ada manfaat dan kebaikan utk semua
    all d best n gd luck.

    nota. kena submit link contest ke page kongsibersamanora ya sis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 sis :)
      terima kasih juga sebab sudi singgah ke blog Murni...
      ok sis nnt Murni submit link contest...

      Padam
  3. Halia banyak manfaatnya.
    semoga berjaya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu syira halia ni bnyk mmbntu klu perut kita ni masuk angin,
      btw terima kasih :)

      Padam
  4. salam murni...

    entry yang bagus. selamat berjaya ya ;)

    saya pun suka masakan berhalia ni. minuman berhalia contohnya teh tarik halia pon best

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam sis Ummie Hanie

      hihi kita ada persamaanlah... btw terima kasih :)

      Padam
  5. wah halia memng suka letak kalau buat masakan..terbaikk sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. confirm sedap jer rasa masakan tu, tambah2 aroma dia tu yg murni suka sgt

      Padam
  6. Balasan
    1. wasalam :)

      terima kasih sudi singgah ke blog murni & semoga berjaya jugak

      Padam
  7. Selamat berjaya dengan contest ni ya. Yg penting perkongsian herba halia yang memberikan manfaat kepada banyak pihak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaallah semoga perkongsian ni bermanfaat utk smuanya, btw terima kasih sis aynora :)

      Padam
  8. Selamat berjaya dengan contest ni ya. Yg penting perkongsian herba halia yang memberikan manfaat kepada banyak pihak.

    BalasPadam
  9. Salam Murni,

    Semoga berjaya dengan penyertaan contest ni.

    BalasPadam
  10. Salam first time singgah sini. Rasa mcm lama x makan halia. Kalau dalam masakan tu pn msti da kais awal2 ke tepi. Jemput follow blog liz.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam, terima kasih liz sbab sudi singgah ke blog murni :)
      ok! nnt murni singgah & follow blog liz ye.

      Padam
  11. Entry yang bermanfaat...

    Salam... saya datang ziarah dari link yang ditinggalkan di fb group...
    (Ziarah-baca entry-komen-follow)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam :)

      terima kasih sbab sudi singgah ke blog murni

      Padam
  12. Bila sebut halia sahaja pasti teringat akan kehebatannya utk buang angin dalam badan! Tapi kalau ikan masak halia tu... sedap sehingga menjilat jari! :)

    BalasPadam
  13. Herba lg bagus dari ubag.ubat hanya penahan sahaja.

    BalasPadam
  14. haliah sangat bagus untuk buang angin dalma badan... kak suka makan haliah dimasak bersama sup ayam.. sodap...

    BalasPadam
  15. thanks for the article information is very useful for me

    BalasPadam