Etika Pemakanan Rasulullah SAW

Etika Pemakanan Rasulullah SAW | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Dalam aspek etika pemakanan, kita sebagai umat Islam hendaklah mencontohi amalan pemakanan yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW kerana baginda merupakan contoh teladan yang terbaik untuk semua umat manusia. Murni akan tampilkan 7 perkara penting dalam aspek etika pemakanan Rasulullah SAW. 

1. Baca Bismillah sebelum makan


Makanan akan menjadi lebih berkat dan akan beri kesihatan yang berpanjangan sekiranya setiap diawal perbuatan kita dimulakan dengan bacaan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah.

Sumber Foto: Google Image


Dari Aisyah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni 'Bismillah'). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwalahu wa akhirahu'" (HR Abu Dawudf dan at Tirmidzi)


2. Guna tangan kanan


Kalau nak makan, gunalah tangan kanan sebabnya ia dianggap mulia berbanding guna tangan kiri. Kenapa tak boleh makan guna tangan kiri? Sebabnya ialah ia melambangkan sifat angkuh atau bongkak. Hal ni ada dinyatakan dalam sebuah hadis iaitu 

Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah SAW. Maka baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab, " Engkau tidak boleh? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak! Kemudian tidak diangkat tangannya ke mulut." (HR Muslim)

3. Makan apa berhampiran denganmu


Maksudnya disini katakanlah kalau korang tengah makan dalam kumpulan yang terhidang dengan pelbagai hidangan, seeloknya ambillah makanan yang berdekatan dengan tempat duduk korang. Adab ni kena dijaga sebabnya ia boleh bantu korang untuk kurangkan kadar pengambilan makanan yang banyak. 

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah SAW dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah SAW berkata: "Wahai budak, ucapkanlah 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu." (HR Bukhari dan Muslim)  

4. Galakan guna tiga jari


Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah SAW makan menggunakan tiga jari...(ibu jari, jari telunjuk, dan jari tengah)" (HR Muslim)

Makan dengan tiga jari merupakan amalan yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Amalan seperti ini boleh mendorong untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit dan dikunyah dengan perlahan-lahan supaya makan terhadam dengan baik. Bukan tu je galakan guna tiga jari juga boleh elakkan sifat gelojoh dan kurang sabar bila mengadap makanan, tambah-tambah bila perut tu dah lapar sangat. Amalan ni juga sesuai bagi sesiapa yang tengah berdiet.

5. Larangan mencela makanan


Islam melarang umatnya menunjukkan perasaan tidak suka bila berhadapan dengan rezeki, iaitu ketika makan. Kalau tak suka degan sesuatu makanan, elakkan daripada makan. Tapi kalau korang tak makan dan mencela makanan tersebut, kiranya berdosa sebab mencela makanan.

Sumber Foto: Google Image


Dari Abu Hurairah r.a. berkata, " Tidak sekali-kali Rasulullah SAW mencela makanan. Jika banginda menyukainya, maka baginda makan. Jika baginda tidak menggemarinya, maka baginda tidak makan." (HR Bukhari dan Muslim)

6. Tidak bersandar ketika makan


Makan dengan tertib dan duduk dengan betul ketika makan supaya makanan yang dihadam dapat bertindak balas dengan baik pada anggota badan. Makan sambil berdiri atau baring adalah di larang dalam Islam, begitu juga makan sambil bersandar.

Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Aku tidak makan sambil bersandar." (HR Bukhari)

7. Jilat jari usai makan


Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)" (HR Bukhari dan Muslim)



5 ulasan:

  1. Pernah tonton dokumentari pasal etika jamuan makan ni. Asalnya etika makan Barat macam three courses meal ni dicedok dari budaya Islam. Tapi, tak semua lah yang diorang ikut, ada modified sikit-sikit untuk nampak 'western' sikit.

    BalasPadam
  2. Bagus kalau boleh ikut semua sunnah Rasulullah.

    BalasPadam
  3. Selamat menjamu selera.. Jangan sendawa kuat-kuat :)

    BalasPadam
  4. Singgah sini
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
    Jemput join segmen saya yg terbaru ni ye..

    Segmen Mencari Bloglist blogahbar

    Senarai Peserta

    Mari sama2 kita berblogwalking kenali rakan blogger anda..

    BalasPadam
  5. Salam singgah, info yang bermanfaat!
    Jemput singgah, http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html

    BalasPadam