Sabtu, Februari 28, 2015

5 Perkara Unik Tentang Jepun

5 Perkara Unik Tentang Jepun | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Entri kali ni Murni nak kongsikan 5 perkara yang unik tentang Jepun. Manalah tau lepas baca, berkenaan pulak dekat hati nak pergi bercuti ke negara Matahari Terbit. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk anda.

1. Iklim Negara Jepun


uniknya Jepun
source: ms.wikipedia.org

Bertuah sangat negara Jepun ni, haaa untuk pengetahuan anda selain Korea, Jepun ni merupakan negara Asian yang mempunyai empat musim iaitu musim sejuk, musim bunga, musim hujan & panas, & musim luruh. Di Malaysia tak adanya nak empat musim ni, sebab itulah negara Jepun ni sesuai sangat untuk dijadikan sebagai destinasi percutian terutamanya bila tiba musim sejuk & musim bunga di negara Matahari Terbit ni. Dikatakan bahawa musim bunga di Jepun merupakan simbol percintaan & bunga sakura akan mengeluarkan bunga dalam bulan Mac-April. Seronoklah kalau dapat pergi dengan family tersayang tak pun sesuai sangat bagi mereka yang ingin berbulan madu, kan?


2. Makanan Jepun


sushi,uniknya jepun
source: ocnutritionblog.com

Uniknya Jepun tu dapat dilihat melalui makanannya. Kalau disebut 'sushi', ramai di antara kita yang tahu makanan ni berasal dari mana. Sampaikan makanan Jepun mencipta nama dengan sushi di seluruh dunia, mana taknya pengusaha-pengusaha restoran yang berkonsepkan makanan Jepun sudah pun menapak di kebanyakan negara di seluruh dunia. Lihat sahaja di Malaysia restoran makanan Jepun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Untuk pengetahuan anda, sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan akan diletakkan dengan inti campuran ikan, makanan laut, sayuran ataupun telur. Kalau anda berpeluang pergi ke negara Jepun jangan lupa untuk menikmati sendiri hasil air tangan si pembuat sushi, sudah tentu rasanya tidak akan sama seperti yang anda pernah rasa di tempat anda.

3. Tradisi Minum Teh  Masyarakat Jepun


uniknya jepun
source: www.kosmo.com.my

Walaupun kehidupan moden masyarakat Jepun setanding dengan negara Barat, namun masyarakat Jepun masih tetap mengekalkan jati diri, tradisi dan budaya mereka. Salah satu budaya tradisi yang masih dikekalkan oleh masyarakat Jepun adalah Upacara Minum Teh atau dikenali sebagai Chado. Upacara minum teh ini telah pun bermula pada akhir kurun ke-15 & kemudiannya mendapat sentuhan semula pada kurun ke-16 oleh Sen no Rikyu. Upacara ini sangat mementingkan etika, peralatan yang digunakan dan perhiasan dalam bentuk yang ringkas.


Setiap tiga tahun sekali ribuan peminat teh di negara itu akan berkumpul bagi meraikan Festival Teh Dunia yang disambut pada setiap bulan Mei.- Kosmo! Online


4. Perayaan Masyarakat Jepun


Walaupun negara Matahari Terbit ini telah menjadi sebuah negara moden, namun masyarakat Jepun masih lagi menghargai setiap nilai-nilai tradisi yang telah dipegang sejak sekian lama. Pada masa ini, terdapat pelbagai perayaan yang disambut untuk menggambarkan kepercayaan, pegangan hidup & sikap masyarakat Jepun itu sendiri. Antara perayaan yang terkenal adalah seperti berikut :-

  • Perayaan Tahun Baru (1-3 Januari )
  • Kodomo-no-Hi/ Hari Kanak-kanak (5 Mei setiap tahun)
  • Hina-Matsuri/ Perayaan Anak Patung (3 Mac setiap tahun)
  • Setsubun (disambut sebelum hari pertama musim bunga)
  • Hana-Mi (disambut pada akhir Mac & awal April)
  • Koi-Nobori (5 Mei)

uniknya jepun
source: en.wikipedia.org

Hina-Matsuri



uniknya jepun
source: en.wikipedia.org
Setsubun

uniknya jepun
source: en.wikipedia.org
Hana-Mi


uniknya jepun
source: henridaros.wordpress.com

Kodomo-no-Hi

5. Anime 


Anime merupakan animasi yang berasal dari Jepun yang mana terlihat seakan-akan komik Jepun yang bergerak. Jepun juga merupakan antara pengeksport budaya pop terbesar didunia. Salah satunya menerusi Anime, manga, muzik, dan fesyen yang mendapat permintaan terbesar dalam kalangan peminatnya yang tersendiri. Di Jepun sendiri ada diantara peminat anime  yang sanggup berpakaian dan meniru gaya seperti watak anime kesukaan mereka. Kalau di Malaysia anime yang terawal disiarkan adalah Doraemon, Crayon Shin-chan, & Gundam Seed. 

Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati
  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie


Hadiah Bulanan
  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

Terima kasih kepada Sohoque.com dan Travelog.my yg mengwar2kan mengenai contest ini :)



6 ulasan:

  1. bestnya kalau dapat pergi Jepun. Best kalau dapat tgk suasana kat sana yang lain dari Malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, murni pun teringin juga nak menjejakkan kaki ke jepun

      Padam
  2. saya juga teringin nak melancong kesana jika diberi peluang

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga impian tu terlaksana 1 hari nnt

      Padam
  3. Seronoknya dapat berjalan ke negara orang. Banyak kumpul pengalaman

    http://www.kakyongcun.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu sis, dpt kumpul pngalaman & pastinya boleh tgok mcm mna budaya d ssuatu tmpt dgn lbh dkat lg

      Padam