Sabtu, Januari 17, 2015

Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Kali ni Murni sertai SEO Contest Malaysia Best Blog 2015 yang dianjurkan oleh Ohduit.com. Matlamat utama contest ini adalah bertujuan merangkingkan halaman web peserta di engine carian Google Malaysia dengan kata carian "Malaysia Best Blog 2015". Pertandingan ini akan berlangsung selama lebih kurang 3 bulan, bermula pada 15 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2015 dan penyertaan akan ditutup pada 18 Febuari 2015.

Malaysia Best Blog 2015
Malaysia Best Blog 2015

Antara 10 pilihan Malaysia Best Blog 2015 yang Murni pilih adalah seperti yang berikut:

1. Inche Gabbana

Inche Gabbana merupakan pemilik blog Angel Pakai Gucci. Identiti beliau bagi Murni sangatlah misteri sebabnya nama sebenar beliau pun Murni tak tahu. Beliau lebih mesra dengan panggilan nama penanya, Inche Gabbana. Apa yang membuatkan Murni tertarik dengan blog beliau adalah hasil penulisannya yang berunsurkan dakwah dan tarbiyyah sentap serta gaya penulisan beliau yang akan membuatkan anda nak baca sampai habis sesuatu topik yang diutarakan. Boleh dikatakakan best blog bagi Murni.

Untuk pengetahuan anda, beliau telah berjaya menghasilkan dua buah buku yang ohsem. Buku beliau yang pertama adalah IKHWAH PAKAI JEANS: KERANA AKHIRNYA IKHWAH ITU SEORANG LELAKI yang menghimpunkan artikel-artikel yang terdapat di dalam blog beliau dan yang kedua ialah #Chenta, koleksi cerita pendek. Wah bestnya kalau ada orang yang bagi hadiah buku penulisan Inche Gabbana ni...hihi...Tak rugi sebenarnya kalau anda berkunjung ke blog Inche Gabbana ni.


2. Fatin Liyana


Malaysia Best Blog 2015
Malaysia Best Blog 2015

Kalau sebut je nama Fatin Liyana, sudah semestinya ramai yang mengenali si pemilik blog honeykoyuki.blogspot.com ni kan? Fatin Liyana merupakan salah seorang blogger yang sangat popular di Malaysia, best blog katakan dan namanya sentiasa meniti di bibir orang ramai & Murni salah seorang dari orang ramai tu..hihi Beliau juga merupakan seorang doktor di Pusat Perubatan, UKM Cheras. Sebenarnya Dr. Fatin ni merupakan salah seorang daripada penulis bagi novel DIAgnosis 2.

Woww hebatkan kak Fatin ni, sekarang dah jadi penulis novel pulak. Berita gembira bagi mereka yang selalu ikuti perkembangan blog beliau, confirm dah tahu yang kak Fatin ni sudahpun menjadi tunangan orang & orang yang bertuah tu sudah semestinya Dr. Anwar Fazal. Tahniah kak Fatin, semoga bahagia selalu & dipermudahkan oleh Allah S.W.T segala urusan. Tak sabar rasanya nak tengok kak Fatin ni naik pelamin.

3. Denaihati

Pemilik blog ini merupakan seorang blogger yang mempunyai harapan agar kehadiran blog denaihati dalam dunia blog Nusantara dapat memberi pelbagai informasi, dan juga ilmu kepada orang ramai. dan tagline beliau 'Hidupkan Untuk Memberi' amatlah bersesuaian sekali. Buktinya dapat kita lihat apabila salah satu entri blog Denaihati iaitu 28.7% sahaja remaja Islam Malaysia Solat 5 waktu penuh dijadikan sebagai rujukan oleh PU Azman pada peringkat akhir Pencetus Ummah 2014. 

Banyak kejayaan yang telah diraih oleh blog denaihati, maka tidak hairanlah blog denaihati ni boleh dinobatkan antara Malaysia Best Blog 2015, kan? Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan seorang yang suka mengembara dan menjelajah ke negara orang untuk melihat sendiri kesusahan orang lain dan sentiasa mensyukuri nikmat yang ada. Beliau juga sering menganjurkan contest yang menawarkan hadiah yang cukup menarik buat pembaca blog.

4. Hasrul Hassan

Memperkenalkan best blog pakar SEO Malaysia, sifu Hasrul Hassan yang sentiasa menjadi rujukan dan sumber inspirasi bagi blog yang berplatformkan blogspot. Murni belajar bab2 teknik SEO melalui blog beliau dan sentiasa mencuba untuk aplikasikan tips SEO yang beliau kongsikan. Kalau dulu Murni memang tak tahu pun, apa itu SEO? Sejak Murni sertai Contest SEO: Jom Aktifkan Mykad, Murni dah tahu serba sedikit berkaitan dengan teknik SEO dan juga tips blogging berdasarkan pembacaan di blog sifu HH. Terima kasih Sifu HH atas perkongsian ilmu & minta dihalalkan ye. 

5. Namee Roslan

Nama diberi Nameera binti Roseland empunya blog Namee Roslan, bergelar isteri & mempunyai dua orang anak yang sangat comel. BTW tahniah kak Namee atas kelahiran orang baru. Murni suka jadi sweet stalker kak Namee sebabnya best je bila baca dari awal sampailah akhir, tambah2 bila tengok telatah Adam.

Kak Namee pun suka berkongsi tips berkaitan parenting so siapa2 yang nak tahu tips parenting yang kak Namee kongsikan bolehlah jenguk2 blog beliau. Keunikan blog kak Namee ni adalah service advertorial yang ditawarkan, setiap entri yang kak Namee publish, confirm ada advertorial.  Kiranya pembaca ni sambil menyelam minum airlah katakan sambil2 baca entri boleh usha mana-mana produk yang berkenan dihati. 

6. Irine Nadia

Malaysia Best Blog 2015 menjadi pilihan merupakan salah satu blog yang Murni memang suka sangat stalk, selalu je jadi silent reader...hihi Seronok baca blog Irine ni. Tak tahulah macam mana nak describe keseronokan tu...mybe sebab seronok tengok keluarga bahagia Irine, tambah pulak dengan kehadiran si comel Fiska Medina dengan telatahnya yang sangat mencuit hati Murni. Tahniah Murni ucapkan tak lama lagi akan menyambut kelahiran baby yang kedua pulak. Untuk pengetahuan anda, Irine pun dah buka Butik Fiska Shah Alam di Alam Avenue 2.

7. Yuyu Zulaikha

Haaa ni lagi salah satu best blog yang Murni suka baca, blogger yang Murni maksudkan semestinya kak Yuyu, alah blogger yang kecil molek tu.  Asal ada je baby, Murni memang suka..salah satu faktor juga tu, tak sabar nak tahu perkembangan Habib menerusi blog kak Yuyu. 

Semangat positif yang kak Yuyu tunjukkan dalam penulisan sedikit sebanyak beri inspirasi dekat Murni bak kata Kak Yuyu Allah jadikan kekurangan kita beserta dengan kelebihan. Bagi Murni setiap insan tu masing2 ada kelebihan & kekurangan, apa yang penting jangan jadikan kekurangan yang kita miliki jadi batu penghalang untuk kita mencapai sesuatu matlamat.

8. Ben Ashaari

Nama yang tidak asing lagi dalam dunia blog, boleh dikatakan salah satu best blog di Malaysia siapalah yang tak kenal dengan blogger Ben Ashaari ni kan? Beliau mempunyai dua orang anak yang sangat comel Qhaliff & Zahra, rasa macam nak cubit je pipi bila tengok gambar Qhaliff & Zahra ni. Keunikan yang ada pada blog abang Ben ni adalah beliau sentiasa update blog, berdasarkan pemerhatian Murni dalam masa sehari tu 4 atau 5 entri abang Ben akan update, tak pun lebih dari tu. 

Kagum bila tengok abang Ben boleh update entri banyak macam tu dalam sehari. Blog abang Ben ni lebih kepada blog personal yang mengisahkan tentang kehidupan yang dilalui sendiri oleh beliau dan bersifat sangat santai. Tak hairanlah ramai yang suka berkunjung ke blog beliau, kan? 

9. Mia Liana

Sudah tentu ramai yang mengenali blogger Mia Liana, kan? Beliau menjadikan blog beliau sebagai platform untuk mengekalkan kemahiran teknologi maklumat dari aspek coding, programming, graphic design serta berkongsi pengalaman kepada pembaca blog. Tak dinafikan bahawa kak Mia ni boleh dikatakan salah seorang blogger yang sangat sporting dan selalu update blog. Kalau anda tak percaya boleh berkunjung sendiri ke blog beliau. 

Mengapa Murni katakan Kak Mia ni sangat sporting? Buktinya beliau selalu memberi sokongan kepada rakan2 blogger yang mengadakan contest/giveaway dengan menyertai contest tersebut. Bukan itu sahaja, kak Mia pun selalu juga menganjurkan contest yang menawarkan hadiah yang cukup menarik, contest terkini yang berlangsung adalah Giveaway Ephyra Skin Bar.

10. Oh! Duit

Malaysia Best Blog 2015 yang terakhir adalah blog Oh! Duit. Kalau nak diikutkan Murni dapat tahu kewujudan blog Oh! Duit ni menerusi sifu HH yang berkongsi di laman sosial milik beliau berkaitan dengan contest SEO yang dianjurkan oleh blog Oh! Duit. Pemilik blog ni bernama Khirol Hazwan. 

Berdasarkan pemerhatian, Murni dapati blog beliau ni berkisar tentang business online untuk menjana pendapatan disamping mengetengahkan nota-nota yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada pembaca blog Oh! Duit. Himpunan nota-nota yang disediakan oleh beliau seperti Nota Bisness, Nota Blog, Nota eBay, Nota Geek, & Nota SEO. Kalau anda nak tahu lebih lanjut boleh terjah terus ke blog Oh! Duit.

"Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com dan ditaja oleh (*akan ditambah kemudian jika ada penaja)"

Hey there! 8Share rewards me cash and points for sharing cool stuff with my friends. It's that easy! Join me now and you will get RM1.00 free when you sign up. Click HERE for sign up.

68 ulasan:

  1. Balasan
    1. salam singgah..

      cantik blog ini dan saya mendoakan admin terus sukses berblogging termasuk dalam kontest ini nanti..

      Padam
    2. terima kasih Hero Borneo utk doanya :)

      Padam
  2. Sangat bagus pemilihan 10 Malaysia Best Best 2015.Semoga berjaya....

    BalasPadam
  3. semua hebat2 . goodluck ye kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu parih, terima kasih & goodluck utk parih jgk :)

      Padam
  4. Semua hebat, semoga berjaya :)
    Salam singgah, berminat sponsor giveaway? klik sini: http://studioous.blogspot.com/2015/01/sponsor-1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. baetul tu mrk semua hebat2...terima kasih ya Njihe.am :)

      Padam
  5. Semua blog yang disenaraikan cukup SUPERRRR...
    Semoga berjaya..
    jangan lupa follower saya di sini http://kehidupanseorangbujang.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Salam kenal sis...

    Ada 1 lg blog awak x senaraikan tu...shamdisini.blogspot.com... kah3...

    Apa2 pn i folow u...n gud luck...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal Sham..tak pa next contest murni masukkan..hihi
      btw terima kasih sbab sudi follow

      Padam
  7. semuga sukses untuk kontes ni yer. Banyak kelebihannya masuk kontes ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas sokongan yg diberikan tuan Denaihati

      Padam
  8. membalas kunjungan dari segmen sama.Terima kasih sudi datang.wah...nanti saya belek blog mana yang belum saya kenal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih juga kerana sudi singgah ke sini, salam perkenalan dari Murni :)

      Padam
  9. memang kena tulis 10 blogger aje ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. minimum 10 blogger, bole je klu nak tambah

      Padam
  10. Semoga berjaya dalam contest itu nanti :)

    BalasPadam
  11. haha.ingatkan Namee tu dulu lelaki der..dem silap

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha ni mesti kes tak selidik dulu si pemilik nama, tu yg boleh tersalah ingatkan lelaki

      Padam
    2. Saya tak ikut contest ni tapi saya pilih Fatin Liyana... suka tengok blog dia yg cantik... saya harap satu hari nanti blog saya akan sebagus blog dia...

      salam kenal yer Murni

      Padam
    3. salam kenal Najib Ariyan :)
      inshaallah semoga doa Najib dimakbulkan ye.

      Padam
  12. Terima kasih kerana menyenaraikan blog saya sebagai salah satu malaysia best blog 2015.

    BalasPadam
  13. semua blog-blog hebat yang tersenarai nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi blogger yg jd pilihan & seronok je bla baca blog mrk

      Padam
  14. Malaysia Best Blog 2015 ni banyak pesaing.. Good luck.. hehe.. banyak blog yang mama orang ni.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu bnyk psaing & bole dkatakan blogger yg hebat2 pun join jgak, btw terima kasih :)

      Padam
  15. Banyak blog kekeluargaan yang Murni list kan..tapi seronok baca sebab banyak positif entry kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya sis seronok je bila baca, tambah2 Murni ni jenis yg mmang sukakan budak2..bila tgok telatah budak2 kecik ni sejuk je rasa hati ni

      Padam
  16. semua blog yang tersenarai itu hebat dan ada keunikan tersendiri.
    semoga berjaya dengan contest ini

    BalasPadam
  17. memang menarik blog2 dekat atas ni....boleh jadi rujukan....^^

    BalasPadam
  18. Tidak syak lagi... Semua blog yang disenaraikan merupakan blog terbaik masa kini! All the best! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih BM , all the best utk BM jgak :)

      Padam
  19. Salam. sessi menerjah bw disini dari http://ohduit.com/senarai-peserta-contest-seo-malaysia-best-blog-2015/ . Semoga berjaya murni :')

    BalasPadam
  20. Semua senarai awak tu best best belaka! Ruby pun join juga. Saje-saje cuba. Selamat berjaya dari ruby.my. :)

    BalasPadam
  21. gud luck ye.. hehehe

    saya pun join ..mana lah tau ada rezeki nanti :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih lisa :)
      inshaallah klu ada rezeki tak kemana

      Padam
  22. wahhh... touchingnyaaaaa... thanks ya kak mia ada dalam senarai...

    gud luck ok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 kak mia, kak mia mmng layak utk tsenarai dlm malaysia best blog ni :D
      btw terima kasih ya kak mia...

      Padam
  23. good luck !
    Selamat Bersegmen :)
    http://mellyareenza.blogspot.com

    BalasPadam
  24. Good luck murni :) dating sini baca-baca list awak hehehe

    BalasPadam
  25. Salam kenalan ya. Semoga sukses untuk kontes Malaysia Best Blog 2015 ini ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal :)
      terima kasih, semoga berjaya jga Khairul Zamri dlm contest ni

      Padam
  26. Pilihan menarik. Semoga berjaya dalam contest ni.

    BalasPadam
  27. Semua follow n semua memang best. Hebat² blogger Malaysia kita ni. 😻

    BalasPadam
  28. Semua follow n semua memang best. Hebat² blogger Malaysia kita ni. 😻

    BalasPadam
  29. Datang menjenguk
    Salam perkenalan, semoga berjaya dalam kontest
    Malaysia Best Blog 2015

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam pkenalan jgak dr murni...
      terima kasih sbab sudi singgah ke sini

      Padam
  30. entri contest yang menawan hati..hehhe.semoga suksess dalam contest seo Malaysia best blog 2015 ya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah boleh pulak erk menawan hati, btw terima kasih cik matahariku :)

      Padam
  31. setujuuu.. mmg layak pon dorang ni :)

    BalasPadam
  32. salam, terima kasih atas perkongsian. saya ema, newbie in blogspot, follow my blog:

    Ohhh ya, blog ema menerima tempahan guestbook berbaloi murah, photobooth sangat murah, prop craft paling murah, badge seius murah...

    visit us: www.vetovirago.com/p/veto-selfy.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam, sama2 ema...terima kasih juga sebab sudi singgah ke sini.

      Padam
  33. walaupun ena baru terhegeh2 nk blogging tapi ada juga la beberapa nama blog yg murni listkan tu ena kenal..hihi....hebat2 semua

    BalasPadam
  34. salam perkenalan..cantik blog sis..saya masih baru lagi dlm blog mohon tunjuk ajar ye :)

    BalasPadam