Ahad, Disember 28, 2014

Penipuan Si Anak

Disember 28, 2014 8 Comments
Penipuan Si Anak | Assalamualaikum & salam sejahtera. Ada perkara yang Murni nak kongsikan dengan korang. Bila baca tajuk macam big issue pulak, kan? Sebenarnya, ada sesuatu yang menarik perhatian Murni bila skodeng tumblr orang lain. Hihi pecah rahsia suka skodeng tumblr orang. Nak tahu apa, cuba korang hayati apa yang tersirat disebalik foto2 di bawah ni. 

 penipu, anak menipu, liarpenipu, anak menipu, liar

penipu, anak menipu, liarpenipu, anak menipu, liar

penipu, anak menipu, liarpenipu, anak menipu, liar

 penipu, anak menipu, liar

penipu, anak menipu, liarpenipu, anak menipu, liar


Bila mana Murni scroll tumblr dari atas ke bawah Murni perasan air mata dah mengalir kat pipi...huhu Murni sebak sebenarnya bila teringat time study kat UUM dulu. Murni sambung degree start 2011, berakhir 2014 & In Sha Allah akan konvo tahun depan dalam bulan 10 ataupun 11. Huhhh lamanya kena tunggu. Sepanjang tempoh pengajian tu dah banyak sangat dah Murni rasa susah bila terpaksa hidup berdikari. First time kut duduk jauh dari mak, terpisah oleh Laut China Selatan.

Nak save bajet punya pasal katakan, sanggup tau makan makanan yang tak berkhasiat. hihi Murni masih ingat lagi dulu Murni ni suka makan meggi perisa asam laksa, meggi perisa tom yam dengan mamee chef perisa tom yam. Makanan tak berkhasiat ni hanya akan dipandang bila dah nak dekat2 penghujung semester, hihi almaklumlah duit dalam purse semakin tipis & duit dalam bank pun laju je keluarnya. Kadang tu makan nasi berlauk then selang sehari makan meggi pulak.

Bila penghujung sem mak tanya ada duit lagi tak? Murni confirm bagitau ada lagi even pada hakikatnya duit dah habis, yang jadi mangsa abang & kakak. Maaf menyusahkan :D Sepanjang tempoh pengajian, Murni hanya pernah minta duit dengan mak sekali je, tu pun sebab Murni dah terdesak sangat time tu nak pakai duit untuk jilidkan empat buah thesis. Makan beratus ringgit jugaklah nak siapkan thesis.

Satu perkara yang Murni tak boleh nak lupa bila Murni call mak & mak tanya sihat ke tak? Jawapan kepada soalan mak Murni tu, kalau time Murni sakit..Murni selalu cakap 'sihat jugak' dengan nada suara yang meyakinkan, harap2 mak Murni tak  susah hati fikirkan anak dia kat tempat orang. Hihi maaf mak kita terpaksa menipu.

Pernah tak korang tipu parents sendiri dengan niat tak nak susahkan hati mereka? Apa pulak kisah korang Penipuan Si Anak? hihi kalau ada, jangan segan silu drop ur comments :)

Sabtu, Disember 20, 2014

Nasib Baik Bukan Interview Formal

Disember 20, 2014 5 Comments

Nasib Baik Bukan Interview Formal Assalamualaikum & salam sejahtera. Murni nak berstory telling dengan korang yang sudi baca entri ni,  hihi story telling di subuh hari mengenai bab2 interview. Nampaknya lagi sekali Murni tak dapat nak lelapkan mata, setelah terjaga dari mimpi yang lena dalam pukul 11:00 p.m. Penyakit susah nak tido malam, ni semua penangan time belaja kat U dulu, sampai terbawa-bawa ke hari ni. 

Actually semalam Murni adala pergi satu program kiranya macam karnival Kerjaya jugaklah, nama program tu Program Memperkasa Modal Insan yang berlangsung di Darvel Bay, Lahad Datu Sabah.  Program ni berlangsung selama dua hari yang bermula 19 hingga 20 Disember 2014. Pencerahan sikit mengenai program ni: Program ni adalah temu duga terbuka bagi pencari kerja di daerah Lahad Datu, Tawau, Semporna & Kunak. Anjuran bersama Kementerian Pembangunan Sumber & Kemajuan Teknologi Maklumat dengan Pejabat Daerah Lahad Datu.

Kalau diikutkan tentatif program ni start pukul 9 pagi, tapi Murni dengan member Murni, nama dia Astie datang lambat sikit sebabnya kami baru nak print resume & fotostat dokumen sokongan...haaa nampak tak kitorang ni tak bersedia sangat nak pergi interview. Actually Murni baru dapat tahu program ni waktu malam sehari sebelum program ni start. Ok, memandangkan Murni dah sebulan lebih ternak lemak kat pipi; kerjanya asyik bangun, mandi, makan, mandi, tidur, jadi penganggur terhormat jap...haha Pipi Murni ni dah bambam sikittt je, Murni ni jenis makan banyak tapi badan tetap maintain, yang naik just kat pipi ja that's whyla statement tu terkeluar ternak lemak kat pipi...haha

Ok back to the story, Murni just sempat prepare susun segala sijil2 yang diperolehi since form 4 until sijil IPTA...huhhh lama jugak nak susun, Murni siap search kat google cara yang betul nak susun sijil dalam fail. Almaklumlah ni merupakan kali pertama tau Murni pi nterview secara formal. Dulu pun Murni pernah kerja, tapi tak delah nak kena prepare segala sijil bagai. Malam tu perasaan Murni dah bercampur2 dah. haha takut punya pasal sampai tak tido malam tau. 

Pagi semalam, Murni dengan member settlekan print resume & fotostat dalam pukul 11:00 a.m. Then akak yang duk sebelah kitorang tu pun tengah print resume jugak. Sempat sembang kejap dengan akak tu, then akak tu pun beritahu company takdelah interview sangat, dorang just minta kita tuk isi application form je plus bagi resume, nanti dorang akan buat short list kalau dapat nanti company akan call. Ok time ni, Murni dah rasa lega sikit sebabnya takdelah kena interview formal sangat. 

Usai makan makanan yang tak berkhasiat, kami berdua pun pergilah ke Darvel Bay. Sampai2 tengok takdelah ramai sangat orang, maybe sebab kami ni lambat datang...hihi semalam Murni just mohon kat 2 company je. Nak mohon company lain tapi borang permohonan dah habis...haha padan muka hang, sapa suruh datang lambat. hihi tak apa pagi ni Inshaallah kami serbu lagi company yang lain.

waktu petang memang dah tak ramai orang



Sebelum balik, nak jugak amik gambar...hihi





20/12/2014, Sabtu

Time-time macam ni Murni masih duk sibuk nak siapkan application for employment form yang Murni ambil petang semalam dalam Program Karnival Kerjaya yang Murni pergi. Tak siap-siap lagi sebenarnya form ni, ada maslah sikit nak isi grade course yang Murni ambil masa kat U. Murni tak ada lagi transkrip yang hard copy punya sebabnya Murni akan grade tahun depan, yang ada sekarang ni pun just soft copy yang ada dalam portal pelajar. Portal pelajar UUM pulak tak boleh bukak, tu yang buatkan Murni stress sikit. Acaner nak completekan form ni, dahla Murni ni jenis yang tak boleh nak ingat sgt grade kursus yang Murni dapat. Tapi kalau yang dapat grade A/A+ confirm Murni akan ingat...haha nampak tak permainannya kat situ.


Position yang dorang sarankan Murni untuk amik Shipping Manager or  Operation executive. Hati ni tamak pulak kalau boleh nak dua2..haha memandangkan Murni ada background sikit berkaitan operation jadi mungkin inilah plihan terbaik. Hopefully diterima. Semoga dipermudahkan segala urusan pada pagi ini.. Aamiin.

Ok stoplah dulu ehh, story telling utk subuh ni..hihi sbelum tu anyone of you yang pernah hadiri temu duga, mohon tips yang boleh Murni praktikkan. Terima kasih daun keladi, bertemu lagi di lain entri.


Isnin, Disember 15, 2014

Kembali Muram

Disember 15, 2014 0 Comments
Assalamualaikum & salam sejahtera.



Huaaa tajuk tak boleh blahhh langsung. Kenapa bah kau berubah? aisehhh macam nak menyanyi pulak bila tengah bermuka masam ni. Jika sebelum ni dalam entri Kembali Tersenyum Murni adalah cerita sikit masalah handpone Samsung Murni rosak & dah pulih semula dari koma selama beberapa minggu. 

Tapi sekarang ni dia bagi masalah lain pulak kat Murni. Kalau Murni nak online guna handphone rasa kejap je tak sampai 10 minit handphone tetiba off. Sama juga dengan kes kalau nak download aplikasi kat google play store, tak habis download lagi dia dah off sendiri. Rasa geram jugak kena download semula. Tambah lagi rasa tak seronok bila tengah berwaksep dengan member, dia off tetiba., tak ke buatkan hati ni lagi sakit. Malas sangat nak kena buka battery phone, baru bole cas handphone, terpaksa kut buat macam tu sebabnya port USB phone dah rosak.

Rasa tak ceria hari Murni tanpa smartphone..hihi nak hanphone baru pleaseeee. "Nak sangat tunggulah handphone baru jatuh dari langit tak pun g beli baru"...haha


Tukar Baju Blog

Disember 15, 2014 6 Comments
Assalamualaikum & salam sejahtera.

Oh, tidak mawar sungguh blog ni! huhu once again blog murni berwajah baru, masih lagi mengekalkan konsep yang sama iaitu elemen bunga mawar. Nampak sungguh sifat kewanitaan terserlah..haha Jejari Murni since dari semalam gatal nak edit blog, sampaikan godaan manja oleh katil dgn selimut pun tak dihiraukan dek kerana terlebih exited katakan. 

Header blog Murni pun dah bertukar, ni merupakan percubaan pertama Murni try Create Clipping Mask guna Adobe Photoshop. Murni nak sangat tulisan tuk title blog ada bunga2 & Alhamdulillah menjadi juga apa yang dihajatkan :3

Kali ni Murni buat sendiri background guna Adobe Photoshop jugak. Murni just search image kat google pilih background bunga mawar, then letak line kat sebelah kiri & kanan macam dalam gambar kat bawah ni.


background rose, background cute, background red rose, background 3 column


Bukan tu je, Murni pun create sendiri untuk tajuk2 kecil di tepi sidebar blog. 

design sidebar









Murni nakkan kelainan sikit pada icon2 comel sosial media yang Murni ada, create nak yg sama spesis dengan header, background dengan tajuk tepi sidebar; nak jugak bunga mawar diselitkan. 


sidebar, icon twittersidebar, icon pinterestsidebar, icon comelicon comel sidebarikon facebook, imej facebook, gambar facebook, logo facebook


Huhhh korang pun nampak sendiri kan Murni dah terlebih sangat sukakan bunga mawar, ni belum lagi dapat bunga mawar yang real kalau tak cair terus hati ni. hihi oklah Murni nak stop menulis nak rehat lapangkan minda kejap.



Selasa, Disember 09, 2014

Makanan Percuma: Caring SOA Campaign

Disember 09, 2014 0 Comments
Assalamualaikum & salam sejahtera

Hi, readers! Tengah2 malam macam ni Murni rajin scroll newsfeed dekat FB, then tadi Murni ada ternampak gambar dari page Sukan Star TV dengan caption 'Makanan percuma untuk students yg kelas pack. Lokasi UUM'. Gambar seperti tertera di bawah ni. Murni puji sangat usaha yang dilakukan oleh Pensyarah School of Accounting (SOA) untuk bantu students, sharing is caring katakan. Kalau tak breakfast pepagi buta, confirm tak boleh fokus dalam kelas. 



Sumber Foto: Sukan Star TV

Semoga Allah membalas kebaikan yang ditaburkan oleh pensyarah ni. Mungkin cara ni juga boleh digunakan di mana-mana IPTA or IPTS yang lain.